Translate

Thursday, 9 January 2014

PANDUAN PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM
KERTAS 4 (940/4)
PENGGAL 2

1.      Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei
Kertas cadangan atau proposal penulisan esei ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penulis tentang kerja kursus atau esei yang akan dilakukan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan berikut:
(a)    Apakah tajuk esei yang akan dilaksanakan?
(b)   Apakah isu yang dikenal pasti?
(c)    Apakah objektifnya?
(d)   Bagaimanakah kita akan melaksanakan / pengumpulan maklumat atau data?
(e)    Berapa lamakah tempoh masa perlaksanaannya?
(f)    Berapakah kos yang diperlukan? (jika ada)
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei disediakan sebelum sesuatu penulisan esei yang lengkap dilaksanakan. Ia boleh disediakan mencakupi kerengka masa bermula penggal 2 hingga ke suatu tarikh akhir penyerahan tugasan tersebut (Tarikh:..........).
2.      Fungsi Kertas Cadangan (Proposal)
Kegunaan Kertas Cadangan (Proposal) penulisan esei merupakan satu panduan yang menyatakan objektif penulisan esei, langkah-langkah (format) esei keseluruhannya, peralatan yang digunakan atau tempoh masa perlaksanaan penulisan yang dirancang oleh penulis (pelajar). Kertas cadangan (proposal) membantu penulis menjalankan kajian penulisan esei dengan lebih terancang lagi.
3.      Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Sejarah STPM
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah tidak mempunyai format yang khusus (bergantung kepada tajuk / keperluan esei berkenaan). Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah yang berkaitan:
(i)                 Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
(ii)               Nama penulis
(iii)             Tajuk esei
(iv)             Refleksi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkaitan dengan tajuk
(v)               Isu keperihatianan / Fokus Kajian
(vi)             Objektif Kajian
(vii)           Kumpulan Sasaran
(viii)         Tindakan Yang Dicadangkan
(ix)             Jadual Perlaksanaan
(x)               Kos Kajian (jika ada)
4.      Format Penulisan Esei Sejarah
Para penulis (pelajar) yang terlibat dalam penulisan kerja kursus 940/4 Sejarah Penggal 2 ini disarankan merujuk ‘Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4), Manual Sekolah’ yang berkaitan bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan tatacara penulisan esei Sejarah yang lengkap.
Tindakan penulis (pelajar) agar mematuhi kriteria-kriteria penulisan esei Sejarah yang betul agar selari dengan tajuk, tujuan, permasalahan, rujukan, sorotan kajian (literature review), kaedah, struktur esei, teknik rumusan, nota akhir (endnote) dan bibliografi (rujukan) yang lengkap (Rujuk Manual Calon Sekolah).

Format penulisan Esei
(a)    Eesei ditulis atau ditaip atas kertas saiz A4.
(b) Panjang esei 2500 – 3000 patah perkataan (15 – 18 muka surat) tidak termasuk kertas cadangan, nota akhir (endnote), jadual, rajah, graf, dan rujukan (bibliografi).
(c)  Esei ditaip jarak langkau 2 baris, saiz fon 12 Times New Roman. Penulisan senarai bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikuti gaya Chicago, iaitu rujuk,  http:// www. chichagomanualofstyle.org
(d)   Muka surat hadapan (cover page).


2.2 inci

1 inci

1 inci       TAJUK ESEI (                  )
 

(1.5 inci)               NAMA PELAJAR :                           (1.5 inci)
                               NO. KAD PENGENALAN :
                               ANGKA GILIRAN :
                               NAMA SEKOLAH :
                               NO. PUSAT :

1 inci


 




2.5 inci



Contoh penulisan nota akhir (endnote)  dan bibliografi:
(a)    Nota Akhir (Endnote):
1.      R.G. Collingwood, The Idea of History, Oxford, 1977, hal. 77.
2.      L. Kreger, Raknke : The Meaning of History, Chicago, 1977, hal. 2-4.
3.      Ibid, hal. 6.
4.      R.G. Collingwood, op.cit., hal. 89.

(b) Bibliografi: (disusun mengikut abjad) gaya Chicago, iaitu rujuk,  http:// www. chichagomanualofstyle.org

Abdul Rahman Hj Ismail, Buku Malaysia : Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

L.S.Stravarionos, The Balkans 1815-1914, America, United States, 1965, hal. 77.

R. Sutralingam, Sejarah India Moden : Imperialisme dan Nasionalisme, USM, Pusat Pengajian Luar Kampus, 1987.
                  * jangan diberi nombor
                       

                 Disediakan Oleh;

     Maran Anak Ramping
     Guru Akademik T6
     SMK Meradong, Bintangor.


     jan2013/mr

Note: Semoga membantu
                            CONTOH KERTAS CADANGAN PENULISAN ESEI SEJARAH
                                             940/4 STPM PENGGAL 2
Bahagian


Nama dan
Alamat Sekolah
SMK Meradong Jalan KJD, 96509 Bintangor Sarawak
Tel : 084691911
Faxs : 084691669
Nama Penulis
Nama Penulis      :     
Kad Pengenalan   :
Alamat :
Tel :
Email : 
Tajuk Esei
Sejarah seni dan kebudayaan : Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro Sarawak.
Pengenalan
Ø  Menerangkan secara umum tentang seni dan kebudayaan di Sarawak dan Malaysia.
Ø  Maksud kesenian dan kebudayaan
Ø  Menerangkan secara ringkas tentang kajian.
Ø  Menerangkan tentang bermukun.


Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai oleh penulis ialah:
1.    Mengenal pasti sejarah asal-usul seni bermukun dalam konteks masyarakat Melanau.
2. Mengkaji cara persembahan serta elemen utama dan peralatan yang digunakan dalam persembahan seni bermukun.
3. Mengenalpasti kepentingan seni budaya bermukun kepada masyarakat Melanau.
Permasalahan kajian
Permasalahan kajian adalah berkenaan dengan kurangny aminat generasi muda terhadap penglibatan dalam seni budaya bermukun dan kemalapan seni ini disebabkan arus kemodenan. Oleh itu,penulis ingin mengkaji asal- usul dan pelbagai elemen dalam persembahan seni bermukun. Hal ini bagi mendorong ramai lagi anak-anak muda melibatkan diri dalam aktiviti ini. Justeru itu,kajian ini juga mengakaji sejauhmana kepentingan seni bermukun ini kepada masyarakat.
Kepentingan  kajian
Kajian  ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat supaya dapat menghargai budaya dan kesenian yang terdapat dalam masyarakat itu sendiri. Selain itu,kajian ini juga penting untuk menghidupkan semula kesenian bermukun yang kian tenggelam dalam arus kemodenan.
Skop kajian
Kajian yang dilaksanakan oleh penulis adalah meliputi ruangan masa antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Kajian ini melibatkan kesenian bermukun dalam masyarakat Melanau yang difokuskan di kampung Penibong, Daro. Kajian ini juga memfokuskan masyarakat Melanau yang berumur kerana mereka merupakan penggiat aktif dalam seni ini. Tambahan pula mereka lebih mengetahui tentang seni bermukun ini. Fokus utama kajian juga adalah tentang asal-usul seni bermukun dan pelbagai elemen utama dalam persembahannya serta peranannya kepada masyarakat.
Sorotan kajian
Kajian seni bermukun ini juga telah dikaji oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam “Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak” pada tahun 1985. Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan  dalam penulisannya “Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun 2009. Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat, “Persembahan tradisional”, 2001.
Kaedah Kajian
Antara kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan peyelidikan ini ialah :
1.      Menemu bual tukang gendang di kawasan kajian bagi  memperoleh keterang anlisan tentang seni bermukun.
2.      Membuat penyelidikan di perpustakaan bagi memperoleh maklumat daripada buku-buku ilmiah dan pelbagai bahanbacaan lain.
3.      Melayari internet.
Pembahagian Struktur Esei
   Pendahuluan
   Isi –tujuan kajian
- permasalahan kajian
- kepentingan kajian
- skop kajian
- kaedah kajian
- asal usul seni bermukun dalam masyarakat Melanau di Matu Daro
- elemen utama dalam persembahan dan peralatan bermukun
- kepentingan bermukun kepada masyarakat.
-  Kesimpulan

Kesimpulan
Kesimpulan kajian ini menghujah dan membuktikan beberapa perkara yang menarik tentang seni bermukun dalam masyarakat Melanau. Asal usul seni ini dapat dikupas oleh pengkaji. Tambahan lagi, pengkaji menghuraikan beberapa aspek dalam cara persembahan peralatan yang digunakan dalam persembahan bermukun. Selain itu pengkaji dapat mengenalpasti kepentingan seni ini kepada masyarakat.
Bibiliografi
1)      Raunah Binti Mat, temubual lapangan di kampung Penibong,Daro, pada 2013.

2)      Hamidah Husein, Keseniandan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma,  Sdn.Bhd.  1995.
3)      Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013” Mingguan Sarawak Mary (Sarawak),  31 Mac 2013.
4)      Fatimah Subet dan Salbia Hassan ,Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam  55th Seminar in the CLS research seminar series, 2009.
5)      Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.
6)      Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company.1932.
7)      SopiSamaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.




                                                                                                                                                                                    

Sunday, 29 December 2013

Cabang-cabang Linguistik
 Bagi melihat lingustik secara lebih mendalam lagi, terdapat lapan cabang ilmu linguistik yang dikenal pasti. Antaranya ialah (i) Linguistik Deskriptif (Descriptive Linguistics), (ii) Linguistik Historis (Historical Linguistics), (iii) Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics), (iv) Sosiolinguistik (Sociolinguistics), (v) Neurolinguistik (Neurolinguistics), (vi) Linguistik Am (General Linguistics), (vii) Linguistik Terapan (Applied Linguistics), dan (viii) Psikolinguistik (Psycholinguistics).
 Dalam hal ini kita akan membincang tiga sahaja cabang linguistik yang sesuai dengan keperluan kajian ini. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2012) Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistik yang menghuraikan satu-satu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. Misalnya, ilmu linguistik yang menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Linguistik Deskriptif juga menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. Misalnya, Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan, diftong, sistem suku kata, perkataan, frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem vokal, konsonan, diftong, suku kata, perkataan, frasa atau ayat bahasa Melayu.
Kedua, Linguistik Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Dell Hymes (1966), Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri (Nik Safiah Karim, 1981) dan Fishman (1968) pula menyatakan bahawa Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi-variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga- tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa.
Tambah Abdul Hamid Mahmood (2012) lagi Linguistik Sosiolinguistik ini juga merupakan kajian yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Dalam aspek berkomunikasi cara seseorang menyebut perkataan, bunyi- bunyi perkataan, bagaimanakah ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis perbendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan identiti dirinya yang sebenarnya.

Selanjutnya yang ketiga pula ialah kita akan membincangkan Linguistik Am. Linguistik Am juga disebut linguistik umum merupakan ilmu linguistik yang membuat kajian atau membicarakan bahasa secara umum. Maksudnya, dalam Linguistik Am dibicarakan hal-hal tentang teori-teori kajian bahasa, kaedah- kaedah, pendekatan-pendekatan atau model-model yang digunakan dalam kajian bahasa. Dalam Linguistik Am turut dihuraikan cara kajian bahasa dilakukan mengikut teori, kaedah dan pendekatan tradisional, kajian bahasa mengikut aliran struktur, teori dan kaedah kajian bahasa mengikut aliran transformasi generatif, relasional, fungsional dan seumpamanya. Kajian ditumpukan kepada perkara-perkara umum dalam bahasa secara universal. Huraian bahasa secara umum dan universal ini mencakupi bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan seumpamanya secara umum (Abdul Hamid Mahmood, 2012).