PANDUAN
PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM
KERTAS 4 (940/4)
PENGGAL 2
1. Kertas
Cadangan (Proposal) Penulisan Esei
Kertas cadangan
atau proposal penulisan esei ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara
yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penulis tentang kerja kursus atau
esei yang akan dilakukan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan berikut:
(a)
Apakah
tajuk esei yang akan dilaksanakan?
(b)
Apakah
isu yang dikenal pasti?
(c)
Apakah
objektifnya?
(d)
Bagaimanakah
kita akan melaksanakan / pengumpulan maklumat atau data?
(e)
Berapa
lamakah tempoh masa perlaksanaannya?
(f)
Berapakah
kos yang diperlukan? (jika ada)
Kertas cadangan
(proposal) penulisan esei disediakan sebelum sesuatu penulisan esei yang
lengkap dilaksanakan. Ia boleh disediakan mencakupi kerengka masa bermula
penggal 2 hingga ke suatu tarikh akhir penyerahan tugasan tersebut (12 April
2013).
2. Fungsi
Kertas Cadangan (Proposal)
Kegunaan Kertas
Cadangan (Proposal) penulisan esei merupakan satu panduan yang menyatakan
objektif penulisan esei, langkah-langkah (format) esei keseluruhannya,
peralatan yang digunakan atau tempoh masa perlaksanaan penulisan yang dirancang
oleh penulis (pelajar). Kertas cadangan (proposal) membantu penulis menjalankan
kajian penulisan esei dengan lebih terancang lagi.
3. Kandungan
Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Sejarah STPM
Kertas cadangan
(proposal) penulisan esei Sejarah tidak mempunyai format yang khusus
(bergantung kepada tajuk / keperluan esei berkenaan). Namun begitu, berikut
adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal)
penulisan esei Sejarah yang berkaitan:
(i)
Nama
Sekolah (beserta alamat penuh)
(ii)
Nama
penulis
(iii)
Tajuk
esei
(iv)
Refleksi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkaitan dengan tajuk
(v)
Isu
keperihatianan / Fokus Kajian
(vi)
Objektif
Kajian
(vii)
Kumpulan
Sasaran
(viii)
Tindakan
Yang Dicadangkan
(ix)
Jadual
Perlaksanaan
(x)
Kos
Kajian (jika ada)
4. Format
Penulisan Esei Sejarah
Para penulis (pelajar) yang
terlibat dalam penulisan kerja kursus 940/4 Sejarah Penggal 2 ini disarankan
merujuk ‘Manual Pentaksiran Berasaskan
Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4), Manual Sekolah’ yang
berkaitan bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan tatacara penulisan
esei Sejarah yang lengkap.
Tindakan penulis (pelajar)
agar mematuhi kriteria-kriteria penulisan esei Sejarah yang betul agar selari
dengan tajuk, tujuan, permasalahan, rujukan, sorotan kajian (literature review), kaedah, struktur
esei, teknik rumusan, nota akhir (endnote)
dan bibliografi (rujukan) yang lengkap (Rujuk Manual Calon Sekolah).
|
Format penulisan Esei
(a)
Eesei
ditulis atau ditaip atas kertas saiz A4.
(b)
Panjang
esei 2500 – 3000 patah perkataan (15 – 18 muka surat) tidak termasuk kertas
cadangan, nota akhir (endnote),
jadual, rajah, graf, dan rujukan (bibliografi).
(c)
Esei
ditaip jarak langkau 2 baris, saiz fon 12 Times New Roman. Penulisan senarai
bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikuti gaya Chicago, iaitu
rujuk, http://
www. chichagomanualofstyle.org
(d)
Muka
surat hadapan (cover page).
|
2.2 inci
|
|
|||||||||||
1 inci
|
1 inci TAJUK ESEI ( )
(1.5 inci) NAMA PELAJAR :
(1.5 inci)
NO. KAD
PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN
:
NAMA SEKOLAH :
NO. PUSAT :
|
1 inci
|
|||||||||||
|
2.5 inci
|
|
Contoh
penulisan endnote/bibliografi:
(a)
Endnote:
1.
R.G.
Collingwood, The Idea of History,
Oxford, 1977, hal. 77.
2.
L.
Kreger, Raknke : The Meaning of History,
Chicago, 1977, hal. 2-4.
3.
Ibid, hal. 6.
4.
R.G.
Collingwood, op.cit., hal. 89.
(b)
Bibliografi:
(disusun mengikut abjad)
Abdul Rahman Hj Ismail, Buku Malaysia : Sejarah
Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
L.S.Stravarionos, The
Balkans 1815-1914, America, United States, 1965, hal. 77.
R. Sutralingam, Sejarah India Moden : Imperialisme dan
Nasionalisme, USM, Pusat Pengajian Luar Kampus, 1987.
Disediakan
Oleh;
Maran Anak Ramping
Guru akademik T6
SMK Meradong, Bintangor.
jan2013/mr
selamat sejahtera,nk tanya sikit ^^
ReplyDeleteapakah kandungan kerja kursus tersebut?
apa yang kena ada?
Format penulisan proposal / kajian yg berkaitan dengan mata pelajaran sejarah STPM,apa2 tajuk yg berkaitan dengan tema-tema yg telah disarankan oleh MPM bagi tahun 2013.
ReplyDeleteboleh terangkan lebih lanjut ..
ReplyDeleteHai assalammualaikum saya nak tanya end note tak perlu masukkan penerbit buku ke
ReplyDeletegampang
ReplyDelete