Pengenalan
Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,
bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai
sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat
kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas juga. Konsep kemajmukannya
yang merujuk kepada pelbagai masyarakat campuran kumpulan manusia yang
mengamalkan cara hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu entiti
berasaskan kaum sendiri dalam lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan
sahaja menjadikan masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan
pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama
berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap
masyarakat ini terus bekembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan
global (Zaid Ahmad, et al., 2013).
Kepelbagaian
masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini mencetuskan perbezaan
individu-individu dalam banyak aspek seperti agama, pekerjaan, bahasa, dan
politik (Marshall, 1994). Keadaan ini akan mencorak kepelbagaian budaya yang
wujud dalam masyarakat heterogen di negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat
akan terus berinteraksi dan berkongsi pola kebudayaan mereka namun tidak kurang
pula yang bersifat ekstrem dan teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan
budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah besar sekiranya semua
golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep multikultural ini
sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan dalam
masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud
antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum
dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui
perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan
keunikan budaya setiap kaum. perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui
pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam
kalangan masyarakat.
Kupasan
idea yang berkaitan dengan isu ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek budaya
semata-mata malah aspek seni yang terkandung di dalamnya juga. Sesuai dengan keperluan tugasan ini, fokus
perbincangan adalah menjurus kepada kepentingan bidang seni dan kebudayaan
kepada masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini amat penting di mana setiap
masyarakat harus menerimanya dengan tangan dan dada terbuka. Persefahaman
budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf
unsur kebudayaan kaum lain (Fatimah Daud, 1984). Selain daripada itu, melalui
persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati
yang terbuka dan tidak menimbulkan konflik.
Definisi Seni dan Kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti
yang saling berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan
kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah
kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain.
Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan
seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat
mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup
mereka.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana
rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek
seni dan kebudayaannya juga. Sifat multikultural (kepelbagaian budaya) dari
sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang
sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan
kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi
sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan
sehingga sekarang.
(i)
Definisi Seni
Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu
yang halus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan,
2005). Sesuatu yang dikatakan seni
pula adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain
lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri. Perkataan ‘seni’ jika ditambah
dengan imbuhan ‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran) membentuk perkataan ‘kesenian’
yang membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu perihal seni, yang berkaitan
dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah karya seni tersebut.
Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting kepada kebudayaan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak turun temurun lagi. Dengan
kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini,
identiti masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural lebih terserlah dan
dikenali ramai.
(ii)
Definisi Kebudayaan
Manakala,
takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa
Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’ yang berasal daripada bentuk jamak dari ‘buddhi’ membawa maksud budi atau akal.
Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan
akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut ‘culture’ yang
berasal daripada perkataan Latin ‘colere’,
iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada
tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja
pertanian).
Namun, pengertian kebudayaan yang bersabit dengan tradisi akal dan
budi manusia ini lebih menjurus kepada cara hidup sesuatu
bangsa atau umatnya. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia
termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya,
yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah
kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini juga berkait rapat dengan bidang
seni, sastera, dan muzik klasik serta merangkumi aspek-aspek kehidupan lain
dalam masyarakat kita.
Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian
adat dan budaya sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum.
Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari
pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah
kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian
Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang
wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada : (1) memahami
fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal (perspektif universal),
(2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik) dan (3)
mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka (perspektif
budaya).
Jadi, setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap
budaya pula mempunyai keunikannya. kebudayaan
adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya,
mempunyai perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola
perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan
lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan
kehidupan bermasyarakat.
Fungsi
Seni Dan Kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan
tertentu. Sudah tentu kepentingan kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada
masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan
kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat
Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan
juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam
kalangan masyarakat kita.
Di antara fungsi-fungsi bidang seni
dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita
memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang
tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah
seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian
bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain
menjalin hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti
seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar
menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti
riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat
sejahtera.
Bagi aktiviti seni dan kebudayaan
yang berkait rapat dengan agama, seluruh penduduk dan masyarakat kampung
terbabit dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib.
Aktiviti-aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti
kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti
kesenian sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara
berkesan serta memberi keinsafan sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik
ahli masyarakat supaya akur dengan perintah agama dan mengerjakan
perkara-perkara yang wajib dan sunat.
Hubungan masyarakat adalah amat
penting. Proses sosialisasi yang membabitkan sebilangan besar masyarakat adalah
perlu bagai memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka.
Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan
identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan
masyarakat, khasnya bagi masyarakat berbilang kaum (Ting, 1997). Proses
sosialisasi ini menggambarkan hubungan etnik sosial dalam masyarakat. Melalui
aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling hormat menghormati dapat
dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.
Dari
segi pendidikan, bidang ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa
panjang supaya memiliki ciri insan yang
memiliki seni dan budaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di
sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai
serta mengintegrasikan unsur-unsur lain seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan supaya
menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang
kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran terus berkesan dan relevan. Hal ini dapat menjadikan
murid-murid lebih berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik dalam
bidang seni dan kebudayaan.
Sebagai ahli dalam
masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting. Proses penyampaian
komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan perspektif sosialisasi yang
baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai media mendidik dan mengkritik yang
lazim digunakan pada zaman dahulu dan berkesan sebagai media komunikasi. Aspek seni seperti wayang kulit, wayang orang dan
seni teater, syair dan seumpamanya mempunyai pesanan atau mesej dalam bentuk
komunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat. Oleh yang demikian, komunikasi
adalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus berhubung dengan orang lain.
Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif, iaitu seseorang
individu itu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu agar
seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk
melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan.
Seterusnya,
aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam
masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu
identiti bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi
pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat di negara kita. Keunikan identiti
ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di
dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan.
Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di mata dunia sebagai sebuah
negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormati.
Penglibatan Masyarakat
Konsep
budaya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata pepatah
Melayu, ‘bagai aur dengan tebing’ begitulah keakraban hubungan kedua-dua entiti
ini. Kepelbagaian budaya bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara
ini. Masyarakat Malaysia mulai menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan
dalam kehidupam seharian. Misalnya, amalan budaya makanan dalam masyarakat
Malaysia semakin diterima dan dikongsi secara bersama. Menururt Zaid Ahamad et
al,.(2013) semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini sekaligus telah
memajukan masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’.
Dalam konteks seni dan kebudayaan
yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat
serta penting dalam pertumbuhan hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti
seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam memberi impak ke atas daya
kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan pertumbuhan ekonomi.
Kecergasan
Fizikal
Penglibatan masyarakat di dalam aktiviti seni dan
kebudayaan dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan
melalui aktiviti yang dilakukan iaitu permainan tradisional yang melibatkan
banyak pergerakan yang ringkas tetapi mampu memberikan impak senaman ringan
yang sesuai untuk dilakukan setiap hari. Melalui aktiviti seni dan kebudayaan
di Malaysia berbentuk seni suara, seni gerak , seni rupa, dan permainan
tradisional masyarakat dapat bergerak aktif dan menggunakan tulang empat kerat
sepenuhnya. Pergerakan yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai
latihan fizikal tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap
sebagai satu bentuk senaman.
Bagi kebanyakan bentuk seni, seni tari misalnya
tidak lepas daripada pergerakan. Suatu pergerakan yang berirama merupakan
medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama yang indah yang membawa
kepada kecergasan fizikal. Selain itu juga, aktiviti seperti galah panjang juga
dapat meningkatkan kecergasan fizikal masyarakat kerana apabila mereka bermain
bersama di dalam suasana yang gembira dan kondusif, mereka dapat menunjukkan
seratus peratus potensi diri dan seterusnya menjamin kesihatan diri kerana
aktiviti senaman seumpama ini dapat membakar kalori di dalam badan.
Perpaduan
Kaum
Penumpuan
penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan juga
menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara
serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Aspek perpaduan kaum
bukan suatu isu yang remeh temeh. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai
budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk
mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat
pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.
Sehubungan
ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial
dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan
memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak
ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal
perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Bagi memupuk penghayatan
yang lebih baik kepada bidang seni dan kebudayaan ini Program Merakyatkan Seni
dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat
serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian dilaksanakan.
Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama
dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat
di kawasan bandar dan luar bandar. Program untuk mendidik dan menghebahkan
kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan masyarakat
diberi penekanan agar selari dengan hasrat penyatuan kaum di Negara ini
dicapai. Kesemua ini amat penting kepada masyarakt bagi menjamin hubungan kaum
terus terpelihara dan negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
Ekonomi
Dari
sudut ekonomi, aktiviti seni dan kebudayaan juga tidak kurang penting
sumbangnya. Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif
adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di
negara-negara maju. Misalnya, di Amerika Syarikat,
industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK). Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia,
industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK
negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi
serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan
secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang
komprehensif (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan
Malaysia, 2005).
Antara lain, usaha yang berterusan diambil untuk
membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi
penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran
pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi
kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru dilaksanakan secara meluas dengan
kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan kreatif serta
penjenamaan kraf negara diusahakan. Potensi ekonomi industri budaya kreatif terus berkembang dan menyediakan
peluang perniagaan kepada para usahawan. Industri kraftangan juga dapat
memastikan keutuhan ekonomi melalui bidang pelancongan iaitu menarik minat
pelancong asing membeli barangan tersebut.
Justeru
itu, penglibatan masyarakat amat penting bagi menarik kedatangan pelancong
asing untuk berkunjung ke Malaysia, melalui
aktiviti seni dan kebudayaan ini masih relevan dilakukan dan seterusnya dapat
menjana ekonomi negara Malaysia.
Penglibatan Murid
Di
peringkat bangku sekolah, penglibatan murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan
turut penting dan memberi kesan positif ke atas perkembangan diri dan kemajuan
akademik mereka. Bagi memaksimumkan pencapaian ini, sebagai seorang murid yang
berdaya saing dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga
turut terserlah di mana hubungan mereka secara personal dan interpersonal dapat
ditingkatkan lagi sejajar dengan nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama
insan yang lain di sekolah. Hubungan baik dengan rakan-rakan dan guru merupakan
aspek yang penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat. Keadaan ini
akan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang tinggi serta
memberi faedah kepada semua pihak.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan
penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid. Kepelbagaian budaya
yang datang dari setiap pelosok negara turut mencorakkan lagi landskap
kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Dalam hal ini, aktiviti seni dan
kebudayaan yang dapat melibatkan murid adalah aktiviti tarian dan permainan
tradisional.
Tarian
Tarian
adalah boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama.
Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian ,
sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur
moden. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada
waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian
ini termasuklah tarian siti payung, mak inang, asyik , gamelan dan sebagainya.
Berkenaan
dengan penglibatan murid dalam seni tarian ini ianya lazim berlaku di peringkat
sekolah. Murid-murid selalunya mengemari aktiviti tarian ini sejak kecil lagi
dan bergerak aktif sebagai gerak kerja luar bilik darjah mereka. Penglibatan
murid-murid dalam tarian dapat menonjolkan lanskap bakat dan potensi diri
mereka keseluruhannya. Dalam pergerakan seni tarian ini, pergerakan kreatif
merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal
anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (meliputi aktiviti
gerak tari) bertujuan untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing (expressive and functional ).
Dalam
aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana murid-murid
bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan
persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Potensi pergerakan
murid-murid boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak
mempunyai keiginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu satu cara
untuk memuaskan keiginan untuk begerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat
menikmati kepuasan melalui gerak-tari yang berentak dan berirama dalam tarian.
Di sekolah proses pengintegrasian
merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak jenis pengintegrasian
yang boleh dijalankan dalam pengajaran di sekolah. Antaranya
pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks
kurikulum di sekolah rendah. Bagi aktiviti seni tarian ini, pengintegrasian
mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi
Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan
pergerakan. Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada
pelajar terutama dalam menguasai kemahiran belajar dan seterusnya mengembangkan
bakat serta potensi mereka dalam bidang tarian.
Banyak peluang dan ruang untuk
mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang
berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan progresif.
Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Permainan
Tradisional
Penglibatan
murid-murid dalam permainan tradisional juga penting. Ianya bukan sahaja memenuhi
tuntutan kurikulum tetapi yang lebih penting sebagai usaha mempertahankan jenis
permainan ini tidak pupus dan diketepikan oleh golongan muda. Di peringkat sekolah telah ditubuhkan banyak
kelab permainan dalaman seperti congkak, batu seremban dan sebagainya. Ini bagi
mendedahkan murid kepada aktiviti permainan tradisional bermula daripada
peringkat sekolah rendah lagi. Lazimnya, permainan ini bersifat kekampungan
sahaja dan dimainkan oleh golongan dewasa sahaja. Hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) memperkenalkan jenis-jenis permainan tradsional ini dipelajari
di sekolah-sekolah adalah tepat demi kelangsungan permainan ini terus
terpelihara dan diminati golongan generasi muda.
Di
Malaysia permainan tradisional ini juga dikenali sebagai permainan rakyat atau folk
games. Permainan ini juga dikenali sebagai pemainan masa senggang atau
sukan rakyat. Permainan rakyat berfungsi sebagai medium hiburan, sosialisasi
dan meningkatkan kecergasan. Selain itu, permainan rakyat juga menjadi aktiviti
utama untuk menyerikan majlis keramaian dan perkahwinan pada zaman sebelum
kemerdekaan. Bagi permainan tradisional yang melibatkan murid-murid termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main
galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
Permainan tradisional ini wujud sejak sekian lama lagi, permainan ini mudah,
jimat dan boleh dimainkan bila-bila dan di mana sahaja. Selain melibatkan kos yang rendah, permainan
tradisional ini melibatkan penggunaan bahan yang mesra alam berbanding alatan
dalam permainan moden.
Penglibatan murid-murid dalam
permainan tradisional ini tidak harus dipandang sepi. Mereka harus didedah pada
peringkat awal lagi dan diberi peluang mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan,
justeru, penglibatan murid secara langsung dalam permainan tradisional ini
nescaya dapat mempopularkan permainan ini dan mengelakkan ianya pupus dan
lenyap begitu sahaja di negara ini.
Kepentingan Keterlibatan
Sejajar
dengan kepentingan penglibatan aktif murid-murid sekolah rendah dalam aktiviti
seni dan kebudayaan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perkembangan domain
psikomotor, kognitif dan afektif mereka. Hal ini memang tidak dapat disangkal
lagi. Bagi membincangkan kepentingan keterlibatan secara langsung murid-murid
ini, pendekatan secara teori berhubung dengan gaya pembelajaran mereka di
sekolah turut diambil kira.
Pada
pandangan pengkaji, Teori Pembelajaran Konstruktivisme di mana aliran
Behaviorisme, proses pembelajaran individu mensasarkan pengetahuan diperolehi
secara kognitivisme. Kaedah pembelajaran telah ditemui berhubung dengan manusia
sebagai cara untuk mengubah tingkah laku manusia (behavior change) dan potensi (potential
behavior change) yang ada pada seseorang, khususnya murid-murid. Dengan
lain perkataan, proses pembelajaran murid-murid berlaku berasaskan ‘hukum
pekaitan’ (Law of Association) yang
diutarakan oleh ahli Falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Ivan Pavlov
seorang ahli psikologi Rusia telah menjalankan satu siri percubaan secara
saintifik dan sistematik mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesutau
organisma. Menurut Ivan Pavlov
(1849-1936) ‘sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini ia
pernah mengalami sesuatu yang berkaitan’. Tambah beliau lagi, ‘Learning is a result on an
association formed between a stimulus (such as food) and a respond (the animal
salivating)’. Dalam kajian ini, anjing telah ‘belajar’ mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang diberikan kelak. Oleh sebab itu,
pemilihan prinsip pedagogi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat
penting supaya penglibatan murid-murid pada tahap optimum.
Bertitik
tolak daripada aliran Behaviorisme ini, proses pembelajaran murid-murid
mensasarkan pengetahuan diperolehi
secara kognitivisme. Seorang sarjana, Jean Piaget mengatakan bahawa kognitivisme
adalah perwakilan mental yang dikenali skema. Skema akan menentukan bagaimana
data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat
tersebut sesuai dengan skema yang ada, maka skema tersebut diterima atau
mungkin ditolak atau diubah suai.
Pandangan kognitivisme telah melahirkan Teori
Pembelajaran Konstruktivisme yang menjelaskan pengetahuan dibina secara aktif
oleh individu yang berfikir. Dalam konteks ini, murid-murid tidak menerima
sebarang maklumat (pengetahuan) tanpa berfikir dan menyesuaikannya dengan idea
dan maklumat baru selaras dengan pengetahuan sedia ada mereka. Keadaan ini
terbentuk hasil daripada interaksi sosial bersama guru dan rakan mereka. Bagi
mencapai matlamat ini, guru perlu memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan minat pelajar.
Teori
Konstruktivisme ini merupakan proses pembelajaran yang mewujudkan bagaimana
pengetahuan (knowledge) disusun dalam
minda pelajar. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan aliran Behaviorisme
yang mengkaji perubahan tingkah laku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji
tentang cara manusia (murid-murid) belajar dan memperolehi pengetahuan yang
menekankan perwakilan mental mereka. Pengetahuan (knowledge) dikembangkan secara aktif dan lazimnya pembelajaran
berpusatkan murid-muird (student-centred).
Prinsip
pembelajaran teori konstruktisvisme lebih menekankan aspek pembelajaran (learning) berbanding dengan pengajaran (teaching). Kekuatan teori ini memberi
peluang dan ruang bagi murid-murid memilih goal (goal), strategi dan penilaian ke
atas pembelajaran mereka. Para guru hanya berperanan sebagai fasilitator
(pemudah cara) serta membimbing murid-murid ke arah pembelajaran mereka.
Keadaan ini akan memberi lebih keyakinan dan motivasi kepada murid-murid dalam
meneroka pembelajaran berdasarkan inisiatif sendiri. Keupayaan murid-murid
mengkonstruk pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran seperti projek atau kajian
dan seumpamanya telah memaksimumkan kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) mereka. Bagi mengatasi murid-murid yang
lemah membaca, penekanan diberi kepada mereka bagi membentuk kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) dengan mengaitkan pengalaman
lampau untuk kegunaan masa depan. Murid-murid harus membina sendiri proses
berfikir mereka dan kemahiran berkomunikasi yang baik dan jelas.
Psikomotor
Berhubung dengan
aspek psikomotor murid, perkembangan domain ini aplikasi sesuatu konsep
yang berkaitan dengan kecekapan dan keberkesanan pergerakan yang boleh
dipindahkan dan digunakan dalam pelbagai situasi semasa perlaksanaan sebarang
pergerakan. Proses ini berkembang dari peringkat rendah ke tinggi. Terdapat
beberapa prinsip asas yang boleh diaplikasikan agar pelaksanaan sesuatu
pergerakan akan menjadi lebih baik, efisen,dan selamat. Peningkatan
kemahiran psikomotor juga membolehkan individu bertindak balas dengan pantas
dan tepat. Keupayaan ini pastinya akan mewujudkan suatu budaya masyarakat yang
aktif dan progresif. Bertepatan dengan penglibatan murid dalam aktiviti seni
dan kebudayaan ini berpanduan teori kontruktivisme ini menekankan agar murid
belajar memahami, aplikasi dan menilai akan keupayaan diri mereka.
Kognitif
Aspek kognitif pula, menekankan
proses pemindahan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran aktif dimana
murid akan memproses maklumat yang telah diperolehi secara aktif supaya ianya
dapat digunakan kemudian. Domain kognitif menganggap proses pembelajaran adalah
satu proses perolehan pengetahuan dan disusun semula melalui proses pemprosesan
maklumat dan disimpan sebagai maklumat yang berguna.
Penglibatan aktif dianggap murid dalam aktiviti
seumpama ini memerlukan dialog dan perbincangan sesama murid atau antara guru
dan murid. Oleh yang demikian, faktor berbahasa (komunikasi) dan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid perlu
dititikberatkan dalam proses komunikasi mereka. Kemahiran berfikir juga
intipati kepada aspek kognitif yang amat penting itu.
Afektif
Domain
afektif juga penting dalam perkembangan murid-murid yang aktif dalam aktiviti
seni dan kebudayaan. Aspek ini merupakan
sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam penglibatan murid dalam
aktiviti seni dan kebudayaan, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat,
sikap, emosi dan nilai. Dalam penglibatan, murid mempunyai perasaan terhadap
sesuatu yang ingin disertai. Minat akan menjadi fokus utama tahap penglibatan
mereka. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa penyertaan tersebut dan
nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik
dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan
kepada kepentingan emosi dan perasaan murid-murid.
Justeru
itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam dirinya
akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti,
pemerhatian murid tersebut terhadap aktiviti yang disertai, disiplin, motivasi
yang tinggi yang tinggi ditunjukkan. Fokus utama murid-murid
dalam aktiviti- aktiviti seni dan kebudayaan adalah meluahkan perasaan
dalam karya dan penglibatan serta memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga
tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Keadaan
ini mempunyai perkaitan dengan sifat
naluri (instinc) yang dimiliki
oleh seseorang murid yakni keupayaan murid menggunakan dan memahami bahasa
secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain
dan jalinannya dengan konteks sosial.
Rumusan
Sebagai
rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat penting
kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini sememangnya berkait rapat
dan sangat senonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni dan
kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi
yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan
budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh
masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni
dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah
memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Penglibatan pelbagai lapisan
masyarakat terutama golongan pelajar dalam bidang seni dan kebudayaan ini turut
memberi kesan positif terhadap pertumbuhan diri, khususnya tahap kecergasan
fizikal, aspek perpaduan kaum, dan ekonomi masyarakat secara keseluruhannya.
Keadaan ini telah melonjakkan nilai tambah (add values) bidang seni dan
kebudayaan dalam ruang lingkup masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus
menjadikan kedua-dua bidang ini amat penting dan terus menyumbang terhadap
pembangunan negara secara keseluruhannya. Penglibatan aktif golongan murid di
peringkat sekolah menandakan evolusi seni dan kebudayaan ini terus berkembang
dan mendapat tempat di benak sanubari golongan muda hari ini. Sejajar dengan
kepentingan bidang ini dalam mencorakkan tahap perkembangan domain psikomotor,
kognitif dan afektif murid di sekolah pada tahap yang optimum juga.
Rujukan
Fatimah
Daud. (1984). Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia Profile
13(2): 117-29.
Hassan,
S.H. (1994). Modul Sejarah Sebagai Alat Pendidikan. Jakarta: Universitas
Terbuka.
Kamus
Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.
(2005). Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia Press.
Kymlicka, W. (2002). Kewargaan Multikultural, Terjemahan
Edlina Hafmini Eddin. Jakarta: LP3ES.
Marshall,
G. (pent).(1994). The Concise Oxford Dictionary of Sociology. Oxford:
Oxford University Press.
Modul
QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Stavenhagen, R.(1986). Problems and Prospects of Multiethnic
States. Tokyo: United Nations University Press.
Ting
Chew Peh. (1997). Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tuan Yacob Bin Raja Mohamad. (1998).‘Gaya Komunikasi Guru Besar Hubungan Dengan
Komitmen Guru-Guru’. Majalah CERANA Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Bil. 3, 1998.
Zaid
Ahmad, Ruslan Zainudin, Sarjit Singh, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok
Fee. Najeemah Mohd Yusof & Nazri Muslim. (2013). Hubungan Etnik di
Malaysia. Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar.
Info yang sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan
ReplyDeleteYa betul itu.
DeleteBerguna...Appreciate it....Thx bro...
ReplyDeleteok thanks kerana merujuk
ReplyDeleteBlog yang bagus.... semoga terus berkembang.... .. Saya ingin berbagi article tentang Notre Dame di Paris di https://stenote-berkata.blogspot.com/2018/06/paris-di-notre-dame_10.html
ReplyDeleteLihat juga video di youtube https://youtu.be/7sWfbl4En7g
Ramai orang mengalami serangan yang seolah-olah keluar dari mana-mana. ini adalah serangan psikik peribadi, Juga Perniagaan dan Projek boleh diganggu dengan dari tahap tidak fizikal, tidak ada yang kelihatan seperti yang benar, dan kemajuan disekat atau disabotase - ini adalah serangan psikik pada kerja anda, bawa kembali apa pun yang anda kehilangan baik uang atau hubungan, membawa balik cinta yang hilang, memulihkan kembali wang anda yang hilang, memulihkan kerja anda yang telah hilang, membawa pulang bekas isteri atau suami anda, adakah anda mengalami penyakit mental atau mengalami kesakitan yang anda cari di sini adalah jaminan 100% melawat Roso Malia hari ini dan kehidupan anda menjadi makmur.
ReplyDeletePerkhidmatan ini menyediakan melalui imbasan semua jenis serangan atau gangguan sepanjang masa, dan membersihkan sumber-sumber serangan atau gangguan. Juga kaedah perlindungan diberikan untuk penyelenggaraan. Perlindungan teratur secara rutin juga boleh ditubuhkan bujur kehidupan kewangan anda dan menghubungi tuan penyelesaian hebat hari ini untuk pembersihan. anda boleh berhubung dengan saya melalui alamat e-mel ini: priestrosomalia621@outlook.com atau whats-app +233550822798.
Adakah anda berasa kecewa kerana anda akan mengalami salah satu masalah di bawah atau mahu kembali ke belakang anda dan tidak berfungsi dengan betul? Adakah anda ingin memulihkan cinta yang hilang dan menjaga dia tanpa syarat? Jika demikian, cinta yang hilang adalah salah satu daripada penyelesaian; apa yang penting untuk menyelesaikan masalah cinta, memberikan anda peluang terbaik untuk mendapatkan kekasih anda yang hilang kembali, membawa anda kembali kepada anda, melemparkan mantra cinta yang hilang adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan kekasih yang hilang untuk kembali, suami atau bekas isteri kembali dengan anda dan mengelakkan drama menjengkelkan dalam proses.
ReplyDeleteSebagai contoh, anda boleh mengetahui bahawa bekas pasangan anda mempunyai hubungan dengan orang lain. Dalam keadaan seperti ini, anda mungkin mendapati bahawa peluang anda untuk mendapatkan orang itu kembali sangat kecil, melainkan anda menggunakan strategi yang tidak dapat dinafikan. Inilah masanya apabila anda melihat kuasa yang tidak dipertikaikan dari kebingungan cinta yang hilang, kerana senjata rahsia adalah untuk memulihkan perasaan dan membantu anda untuk mengembalikan kekasih yang hilang selama-lamanya. Rujuk kepada Priest Roso dan segera berdamai dengan orang yang anda sayangi.
BALK ADALAH PERKHIDMATAN saya TAWARKAN:
* LOVE GAMES *
* GAMBAR PERKAHWINAN * *
PERKHIDMATAN SPELL *
* KESELAMATAN SEKSUAL
GAMES *
* MEMASANG KURSUS KURSUS * * GAMBAR PERLINDUNGAN *
* GAME LOTTERY *
* BAIK LUCK SPELLS *
* NUDENCE / RETAIL *
* HERPES VIRUS 1 & 2 *
* ZIKA VIRUS *
* ASTMA *
* KANSER CURE *
* HEPATITIS B *
* DIABETIK *
* HIV CURE SPELLS *
* HPV / STD INFECTION *
Hubungi saya hari ini untuk menyelesaikan masalah anda dengan e-mel: priestrosomalia621@outlook.com atau hubungi Whats-app: +233550822798.
Thank You For The Info
ReplyDelete