CONTOH KERTAS CADANGAN
PENULISAN ESEI SEJARAH
940/4 STPM PENGGAL 2
Bahagian
|
|
Nama dan
Alamat Sekolah
|
SMK Meradong Jalan
KJD, 96509 Bintangor Sarawak
Tel : 084691911
Faxs : 084691669
|
Nama Penulis
|
Nama Penulis :
Kad Pengenalan :
Alamat
:
Tel :
Email :
|
Tajuk Esei
|
Sejarah seni dan kebudayaan
: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di
Daerah Matu Daro Sarawak.
|
Pengenalan
|
Ø Menerangkan secara umum tentang seni dan kebudayaan
di Sarawak dan Malaysia.
Ø Maksud kesenian dan kebudayaan
Ø Menerangkan secara ringkas tentang kajian.
Ø Menerangkan tentang bermukun.
|
Objektif Kajian
|
Objektif yang ingin dicapai oleh penulis ialah:
1. Mengenal pasti sejarah asal-usul seni bermukun dalam konteks masyarakat Melanau.
2. Mengkaji cara persembahan serta elemen utama dan peralatan
yang digunakan dalam persembahan seni bermukun.
3. Mengenalpasti kepentingan seni budaya bermukun kepada masyarakat Melanau.
|
Permasalahan kajian
|
Permasalahan kajian adalah berkenaan dengan kurangny aminat generasi muda terhadap penglibatan dalam seni budaya bermukun dan kemalapan seni ini disebabkan arus kemodenan.
Oleh itu,penulis ingin mengkaji asal- usul dan pelbagai elemen dalam persembahan seni bermukun.
Hal ini bagi mendorong ramai lagi anak-anak muda melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Justeru itu,kajian ini juga mengakaji sejauhmana kepentingan seni bermukun ini kepada masyarakat.
|
Kepentingan kajian
|
Kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat supaya dapat menghargai budaya dan kesenian
yang terdapat dalam masyarakat itu sendiri. Selain itu,kajian ini juga penting untuk menghidupkan semula kesenian bermukun
yang kian tenggelam dalam arus kemodenan.
|
Skop kajian
|
Kajian yang
dilaksanakan oleh penulis adalah meliputi ruangan masa antara tahun 1970 hingga tahun
2000. Kajian ini melibatkan kesenian bermukun dalam masyarakat Melanau yang difokuskan di kampung Penibong, Daro. Kajian ini juga memfokuskan masyarakat Melanau
yang berumur kerana mereka merupakan penggiat aktif dalam seni ini. Tambahan pula mereka lebih mengetahui tentang seni bermukun ini. Fokus utama kajian juga adalah tentang asal-usul seni bermukun dan pelbagai elemen utama dalam persembahannya serta peranannya kepada masyarakat.
|
Sorotan kajian
|
Kajian seni bermukun ini juga telah dikaji oleh Mohd Fauzi
Abdullah dalam “Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak” pada tahun
1985. Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan dalam penulisannya
“Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun 2009. Jasiman Ahmad
dan Nora Haji Samat, “Persembahan tradisional”, 2001.
|
Kaedah Kajian
|
Antara kaedah kajian
yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan peyelidikan ini ialah :
1. Menemu bual tukang gendang di
kawasan kajian bagi memperoleh keterang anlisan tentang seni bermukun.
2. Membuat penyelidikan di
perpustakaan bagi memperoleh maklumat daripada buku-buku ilmiah dan pelbagai bahanbacaan
lain.
3. Melayari internet.
|
Pembahagian Struktur Esei
|
Pendahuluan
Isi –tujuan kajian
- permasalahan kajian
- kepentingan kajian
-
skop kajian
- kaedah kajian
- asal usul seni bermukun dalam masyarakat Melanau
di Matu Daro
- elemen utama dalam persembahan dan peralatan bermukun
- kepentingan bermukun kepada masyarakat.
- Kesimpulan
|
Kesimpulan
|
Kesimpulan kajian ini menghujah dan membuktikan beberapa perkara
yang menarik tentang seni bermukun dalam masyarakat Melanau.
Asal usul seni ini dapat dikupas oleh pengkaji. Tambahan lagi, pengkaji menghuraikan beberapa aspek dalam cara persembahan peralatan
yang
digunakan dalam persembahan bermukun. Selain itu pengkaji dapat mengenalpasti kepentingan seni ini kepada masyarakat.
|
Bibiliografi
|
1) Raunah Binti
Mat, temubual lapangan di kampung Penibong,Daro, pada 2013.
2) Hamidah Husein, Keseniandan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma, Sdn.Bhd.
1995.
3) Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013”
Mingguan Sarawak Mary (Sarawak), 31
Mac 2013.
4) Fatimah Subet dan Salbia Hassan ,Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research
seminar series, 2009.
5) Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala
Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.
6) Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company.1932.
7) SopiSamaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.
|
No comments:
Post a Comment