Translate

Tuesday, 29 April 2014

Sejarah Kubu Brooke, Nanga Meluan,Julau

Oleh :  Gary Schwantz
Secara umumnya, kubu merupakan salah satu benda atau tempat yang telah dikenal pasti sebagai benteng pertahanan bagi sekumpulan manusia yang tinggal di suatu kawasan untuk menjalankan pentadbiran dengan diketuai oleh seorang ketua. Dalam erti kata lain, kubu merupakan tempat dimana menghindarkan diri daripada serangan dan ancaman daripada musuh. Selain itu, kubu juga merupakan tempat untuk seseorang atau pembesar bagi mentadbir sesuatu tempat atau kawasan yang berada dalam taklukannya.
                Di Sarawak ataupun dikenali sebagai Pulau Borneo pada suatu ketika dahulu, terdapat beberapa buah kubu yang telah didirikan sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dan Pulau Borneo. Antara kubu yang telah didirikan ialah Kubu Emma, 1859, yang berada di Sungai Kanowit, Kubu Brooke, 1935, di Nanga Meluan, Julau serta Kubu Sylvia, 1880, yang bertempat di Sungai Batang Rajang, Kapit.[1] Kubu-kubu tersebut didirikan semasa era pemerintahan Pihak British di Pulau Borneo. Dalam kajian yang telah dijalankan ini, penyelidikan yang dilakukan lebih difokuskan kepada Kubu Brooke kerana kubu ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji, iaitu di Nanga Meluan, Julau.
 Kubu Brooke ini dibina semasa era pemerintahan Keluarga Brooke di Nanga Meluan dalam tahun 1935 dan telah siap dengan sepenuhnya ssetelah 3 tahun selepas itu, iaitu dalam tahun 1938. Kubu ini dibina selepas kematian James Brooke, iaitu Rajah Sarawak yang pertama yang telah memerintah  Borneo  selama 22 tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1863[2]. Beliau bersara pada tahun 1863 tetapi telah melantik anak saudaranya, Charles Anthoni Johnson Brooke serta kemudian anaknya, iaitu Charles Vyner Brooke. Pentadbiran keluarga Brooke di  Sarawak merupakan satu dinasti yang termasyhur sebagai Rajah Putih Sarawak selama 100 tahun  (1841-1941) sehingga  Jepun menakluki  Tanah Melayu ( atau disebut sebagai Malaya ketika itu).[3] Era pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak pada masa dahulu sangat teguh walaupun terdapat banyak tentangan daripada penduduk tempatan. Dalam hal ini, pengkaji sangat setuju kerana dengan melihat kepada tahun pemerintahan yang telah dijalankan oleh  Keluarga Brooke ini yang hampir 1 abad ini.
Dalam melakukan kajian terhadap Kubu Brooke ini, beberapa objektif kajian yang telah diwujudkan. Dalam melakukan penyelidikan ini, pengkaji telah melakukan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah diketengahkan agar tidak lari daripada persoalan yang telah diutarakan. Antara objektif kajian yang telah diwujudkan dalam melaksanakan kajian penyelidikan ini ialah mengenal pasti tentang asal-usul pembinaan Kubu Brooke yang berada di Nanga Meluan ini. Selain itu, objektif lain yang telah diwujudkan ialah mengkaji tentang ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Kubu Brooke ini. Di samping itu, objektif lain yang telah diutarakan oleh pengkaji ialah bagi mengenal pasti tentang fungsi-fungsi Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan.
Kajian ini mempunyai banyak batasan bagi menghasilkan kajian yang lengkap lagi. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pada masa yang akan datang, kajian ini dapat diperluaskan dalam aspek-aspek yang lain berkaitan dengan Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan ini.
Terdapat beberapa kepentingan yang timbul hasil daripada penyelidikan yang dilakukan ke atas Kubu Brooke ini. Antara kepentingan tersebut ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri pengkaji tentang sejarah Kubu Brooke di Nanga Meluan ini. Ini kerana sebelum membuat kajian tentang Kubu Brooke ini, pengkaji sering tertanya-tanya tentang asal-usul pembinaan kubu ini serta keistimewaannya.  Justeru, selepas melakukan kajian, secara tidak langsung, pengkaji telah memperoleh maklumat yang banyak tentang Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan.
Di samping itu, penyelidikan yang dilakukan keatas Kubu Brooke ini secara tidak langsung telah dapat menanam sikap sayang akan warisan bangsa dalam setiap lapisan  masyarakat. Melalui hal ini, masyarakat akan sentiasa menghargai setiap benda bersejarah yang terdapat di kawasan mereka dan dalam negara. Ini juga mengajar masyarakat agar mengenang jasa dan budi para pejuang masa dahulu untuk membebaskan tanah air daripada penjajah. Selain itu, kajian ini juga penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga benda bersejarah di negara kita Malaysia. Ini kerana benda bersejarah seperti kubu ini melambangkan maruah bangsa yang tidak tenilai.
Kajian ini juga sangat penting bagi tatapan generasi yang akan datang. Generasi masa hadapan akan menggunakan kajian yang telah dilakukan ini sebagai bahan rujukan mereka untuk mengetahui tentang sejarah-sejarah yang terdapat di dalam  Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan ini.
Dari segi masa pula, kerangka masa tentang kajian ini adalah sekitar tahun 1970 hingga tahun 1986. Di samping itu, kajian yang dilakukan ini adalah berada di  dalam kawasan Nanga Meluan yang terletak di Daerah Julau, Bahagian Sarikei, Sarawak.
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tentang sejarah yang terdapat di Kubu Brooke, Nanga Meluan ini. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk membuat kajian tentang ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Kubu Brooke serta bagi mengetahui tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada kubu bersejarah di Nanga Meluan ini, iaitu Kubu Brooke pada era pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.
Sebelum kerja projek ini, terdapat sorotan kajian yang lepas telah dijadikan sebagai panduan serta rujukan dalam membuat kerja projek ini seperti tesis Banun anak Umping yang bertajuk “Sejarah Pembinaan Kubu Brooke di Nanga Meluan”. Selain itu, pengkaji juga mendapat panduan daripada buku yang telah ditulis oleh Nalong anak Buda dan Johnny anak Chuat yang bertajuk “Iban Pegai Rajah Brooke”.  Di samping itu, terdapat juga beberapa artikel yang telah diambil sebagai rujukan untuk dijadikan panduan dalam membuat kerja projek ini.
Dalam usaha untuk menyiapkan kerja projek ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang berkesan. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui kaedah temubual. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji telah menemuramah orang sumber yang tinggal berhampiran dengan kawasan Kubu Brooke ini. Pengkaji telah memilih waktu yang sesuai untuk menemuramah orang sumber tentang sejarah Kubu Brooke ini.
Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah membuat rujukan pada buku-buku yang ada kaitan dengan sejarah Kubu Brooke ini. Melalui kaedah ini juga, pengkaji telah merujuk kepada tesis orang yang terdahulu yang telah membuat kajian tentang sejarah kubu tersebut. Di samping itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah membuat pemerhatian ke kawasan kajian. Melalui kaedah tersebut, pengkaji telah melawat ke Kubu Brooke ini bersama-sama dengan kawan-kawan yang sama membuat kajian tentang Kubu Brooke ini. Pengkaji juga telah mengambil kaedah melayari internet untuk mencari maklumat serta data tentang sejarah Kubu Brooke yang terletak di Daerah Julau ini.
Bagi membuat penyelidikan tentang Kubu Brooke ini, pengkaji telah mensasarkan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengaan Kubu Brooke ini. Kajian ini lebih difokuskan kepada golongan yang lebih tua sebagai orang sumber kerana terdapat mereka yang lebih tahu akan sejarah Kubu Brooke di Nanga Meluan ini.
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan ke atas Kubu Brooke yang terletak di naga Meluan ini, didapati kubu ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta mempunyai keunikannya. Dalam hal ini, pengkaji setuju dengan keunikan kubu ini kerana dengan melihat kepada struktur reka bentuknya yang sangat unik dan menarik minat orang untuk datang melawatnya. Dengan tertubuhnya Kubu Brooke di Nanga Meluan ini, ia nya menunjukkan bahawa kubu tersebut adalah hasil daripada kedatangan seorang pendatang asing yang datang ke Pulau Borneo untuk berdagang iaitu James Brooke.
            Daripada kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa James Brooke merupakan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat sebagai seorang askar biasa dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) dalam tahun 1825.[4] Namun, beliau telah dihantar pulang ke England akibat daripada mengalami kecederaan semasa peperangan di Madras.[5] Pada tahun 1835, ayah beliau meninggal dunia dan telah meninggalkan harta yang berjumlah £30000. Duit daripada jumlah harta tersebut telah digunakan beliau untuk membeli sebuah kapal yang bernama The Royalist.[6] Beliau telah menggunakan kapal tersebut untuk belayar ke Pulau Borneo dalam tahun 1838 bagi mengintai peluang pedagangan di Borneo.[7] Ini dapat dibuktikan dengan kedatangan beliau ke Pulau Borneo adalah membawa banyak barang-barang untuk diperdagangkan.
            Di Pulau Borneo atau dikenali sebagai Sarawak telah berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Dayak ke atas Kesultanan Brunei. Hal ini demikian kerana kaum Dayak tidak berpuas hati dengan pemerintahan yang dilakukan oleh Pangeran Indera Mahkota yang telah mencampuri adat resam orang bumiputera di Sarawak pada masa itu. Semasa pemberontakan berlaku, James Brooke baru tiba di Kuching dalam tahun 1838.[8]

            Oleh yang demikian, Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk  menamatkan pemberontakan yang berlaku di Pulau Borneo pada masa itu. Sultan Brunei berjanji akan memberikan James Brooke pangkat sebagai Gabenor di Borneo yang pertama sekiranya beliau dapat menamatkan pemberontakan tersebut.[9]  Disebabkan orang bumiputera mula-mula dapat menerima orang Putih, maka pemberontakan di Sarawak dapat ditamatkan. Hasil daripada itu James Brooke telah menjadi gabenor dan komander di Labuan serta menjadi Konsul Jeneral British di Borneo pada masa itu.[10] Namun, James Brooke tetap tidak berpuas hati dengan pangkat yang telah diberikan kepada nya. Oleh yamg demikian, beliau telah mengugut Sultan Brunei untuk memperolehi apa yang dihajatinya, iaitu untuk menjadi Rajah Sarawak. Oleh yang demikian, pada 18 September 1842, James Brooke telah diangkat dan ditabalkan oleh Sultan Brunei, Raja Muda Hashim, untuk menjadi Raja Sarawak.[11]
Namun begitu, semasa pemerintahan James Brooke, sekali lagi pemberontakan telah berlaku di Sarawak. Hal ini demikian kerana penduduk tempatan tidak suka akan sikap James Brooke yang suka menjaga tepi kain penduduk tempatan dengan mencampuri adat resam penduduk tempatan pada masa itu. Beliau telah ditentang oleh panglima-panglima yang terkenal seperti Panglima  Asun ak Paing serta Panglima Janang di Bahagian Julau. Selain itu, beliau juga ditentang oleh Syarif Masahor di Sarikei dan Roshli Dhobi di Sibu. Pada pendapat saya, pemberontakan yang dilakukan oleh panglima-panglima tersebut adalah wajar kerana James Brooke telah mencampuri adat resam penduduk tempatan dan cuba untuk membawa budaya barat ke penduduk tempatan.
            Disebabkan penentangan yang diterima daripada penduduk bumiputera di Sarawak, beliau telah mendirikan beberapa buah kubu bagi menghadapi segala penentangan daripada penduduk tempatan. Antara kubu yang terkenal ialah di sekitar Sungai Kanowit iaitu Kubu Emma(1859) di muara Sungai Kanowit, Kubu Brooke(1920) di Nanga Meluan, Julau, kubu di Ulu Engiring, Julau, serta Kubu Sylvia(1880) di Sungai Batang Rajang, Kapit.
            Namun, pada tahun 1868, James Brooke telah meninggal dunia selepas beliau terkena serangan strok sebanyak tiga kali dalam tempoh sepuluh tahun.[12] Oleh yang demikian, beliau telah diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Rajah Putih Sarawak yang kedua. Pemberontakan di Sarawak masih terus berlaku pada masa itu. Selepas itu, setelah beberapa tahun memerintah Pulau Borneo, Charles telah diganti oleh anaknya iaitu Charles Vyner Brooke untuk menjadi raja Sarawak yang ketiga dan beliau terus melawan penentangan yang telah dilakukan oleh penduduk peribumi.

Gambar 1: Rajah Putih Sarawak
(James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke)
7 Februari 2013, Khamis, Pukul 8.15 malam

            Kubu Brooke ini dibina semasa pemerintahan raja Sarawak yang ketiga ini. Kubu ini berada 45 kilometer daripada Pekan Julau dan mengambil masa selama 50 minit untuk sampai ke kubu ini dengan menggunakan jalan raya dan hampir 3 jam dengan meggunakan jalan air.
Selain itu, disekitar Kubu Brooke ini, terdapat kawasan petempatan penduduk yang rata-rata adalah orang Iban. Hal ini berlaku kerana jarang daripada bangsa lain yang tinggal di kawasan tersebut. Di samping itu, bersebelahan dengan Kubu Brooke ini terdapat sekolah yang didirikan iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan. Kubu ini diberi nama bersempenaan dengan kekuasaan dan pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak yang hampir mencapai satu abad lamanya.
 Dengan terbinanya Kubu Brooke di Nanga Meluan, ini telah mengingatkan penduduk dengan pemerintahan yang telah dijalankan oleh pengikut-pengikut James Brooke bagi menghalang serta mematahkan  pemberontakan yang telah dilakukan oleh beberapa pahlawan orang Iban seperti Rentap(Libau) yang digelar oleh pihak British sebagai lanun, Panglima Ason serta Panglima Balang. Namun, selepas Sarawak diserahkan kepada British, era pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak telah berakhir. Pada masa dahulu, Kubu Brooke ini didirikan untuk beberapa kegunaan, namun pada masa kini, Kubu Brooke ini hanya dijadikan sebagai tempat rujukan serta tempat pelancongan di Daerah Julau.
            Pada masa pemerintahan Keluarga Brooke, kubu ini mempunyai banyak  fungsi dan yang paling ketara ialah sebagai pusat pentadbiran bagi pihak British. Melalui ini, kubu ini telah dijadikan sebagai dua fungsi. Fungsi yang utama sekali ialah bertujuan untuk mengawal akan kehadiran musuh yang melalui atau menggunakan Sungai Kanowit dan Sungai Meluan. Kedudukan kubu ini yang terletak berhampiran dengan kedua-dua sungai tersebut telah memudahkan kawalan dilakukan terhadap sungai tersebut.
Di samping itu, Kubu Brooke ini juga telah digunakan oleh Keluarga Brooke untuk menjalankan pemerintahan di Daerah Julau. Pemerintahan keluarga Brooke di daerah Julau ini telah dijalankan oleh seorang pengikut mereka iaitu Tuan Krock.[13]  Segala aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan telah dipantau melalui kubu ini dan menyebabkan segala urusan penduduk dapat dijalankan dengan sempurna.
 Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa keluarga Brooke hanya mengarahkan pengikut-pengikutnya sahaja untuk menjalankan pemerintahan di kawasan Daerah Julau. Mengapakah keluarga Brooke tidak melakukan sendiri pentadbiran mereka di daerah Julau? Hal ini telah menimbulkan banyak persoalan kepada kita semua. Namun, Raja Brooke hanya mempunyai kuasa induknya yang berpusat di Kuching sahaja, oleh itu, pentadbiran telah dijalankan oleh pengikut-pengikutnya.[14]
            Di samping itu, selain dijadikan sebagai pusat pentadbiran, Kubu Brooke ini juga dijadikan sebagai pusat pendidikan. Pada suatu ketika dahulu, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat pendidikan selepas pusat pentadbiran dipindahkan berhampiran dengan Pekan Julau pada masa kini.[15] Penduduk yang berminat boleh belajar di situ tanpa mengira umur serta kedudukan. Kegunaan Kubu Brooke ini sebagai sebuah sekolah di kawasan Meluan dan kawasan Entabai masih diteruskan dalam beberapa tahun sehingga terbinanya sebuah sekolah rendah yang bersebelahan dengan kubu ini, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan. Oleh itu, dengan terbinanya sekolah tersebut, ini menyebabkan kubu ini telah ditutup. 
            Selain itu, kegunaan lain Kubu Brooke ini pada era pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak ialah dijadikan sebagai mahkamah. Ini dapat dilihat pada struktur binaan yang terdapat pada tingkat atas Kubu Brooke ini. Berdasarkan apa yang telah diterangkan, Kubu Brooke ini pada era pemerintahan keluarga Brooke pernah dijadikan sebagai tempat untuk membicarakan orang-orang yang bersalah dalam sesuatu kes-kes yang berat.[16] Di dalam kubu ini telah lengkap dengan meja hakim serta tempat yang dijadikan sebagai kamar untuk yang bersalah bagi dibicarakan.
Gambar 2: Mahkamah yang terdapat dalam kubu
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 10.30 pagi

            Selain itu, pokok besar yang terdapat di hadapan pintu pagar untuk masuk ke dalam kubu ini digunakan untuk menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Selepas itu, kesemua mayat orang yang digantung tersebut akan ditanam bersebelahan dengan kubu ini.[17] Pengkaji setuju setelah melihat simen yang berbentuk segi empat yang terletak bersebelahan dengan tangga untuk naik ke tingkat atas kubu ini.



Gambar 3: Pokok tempat menjalani hukuman gantung
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 10.40 pagi
            Pada masa sekarang, Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan ini hanya dilihat oleh masyarakat sebagai tempat tinggalan sejarah negara.[18] Namun begitu, walaupun hanya dikenang sebagai tempat tinggalan sejarah, Kubu Brooke ini tetap dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab, iaitu D.O Julau. Sekarang kubu ini merupakan tempat yang boleh dilawati oleh orang ramai. Beberapa tahun yang lepas, kubu ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk Persatuan Pengakap Daerah Julau menjalankan aktiviti kemasyarakatan.[19] Sememangnya kubu ini selalu dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti perkhemahan untuk pelajar.
Pada 8 Julai 2009, dengan  secara rasminya Kubu Brooke ini telah dirasmikan oleh Dato Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, selepas dilakukan pemuliharaan oleh Kerajaan Negeri. Banyak pembaharuan yang dilakukan seperti mengecat, memasang wayar elektrik serta dibina taman disekitar kubu ini.[20]  Pengkaji setuju dengan kenyataan tersebut kerana telah melihat sendiri pembaharuan yang telah dilakukan ke atas Kubu Brooke tersebut.
Di samping itu, Kubu Brooke ini juga mempunyai ciri-ciri istimewanya yang tersendiri. Ciri-ciri ini dapat dilihat pada struktur binaannya serta bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kubu ini. Bahan serta alatan yang digunakan untuk membina kubu ini adalah hasil daripada usaha penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan Kubu Brooke ini.
Keseluruhan Kubu Brooke dibina dengan menggunakan kayu tebelian yang disumbangkan oleh penduduk tempatan.[21] Kayu tebelian ini mempunyai permukaan yang kasar, namun penduduk hanya menggunakan kapak dan gergaji sahaja untuk mengusahakan kayu tebelian yang ketebalan mencecah 3 hingga ke  8 inci.[22] Kekurangan alat-alat untuk pembinaan yang canggih seperti chainsaw ataupun gergaji berantai dan yang dapat melicinkan permukaan kayu telah menyebabkan permukaan kayu tebelian tersebut tidak halus. Kayu tebelian yang digunakan untuk membuat kubu ini adalah tahan daripada hentakan peluru. Setiap sudut kubu ini hanya menggunakan kayu tebelian sebagai bahan pembinaannya dan hanya lantai tingkat bawah sahaja yang menggunakan simen.
Struktur binaan yang terdapat pada kubu ini juga sangat unik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di setiap dinding atas terdapat beberapa lubang kecil yang digunakan untuk meletakkan muncung senapang serta tempat mengintip musuh.[23] Dalam hal ini, pengkaji setuju kerana terdapat banyak lubang-lubang kecil yang terdapat pada dinding Kubu Brooke yang sememangnya digunakan untuk meletakkan muncung senapang.


Gambar 4: Lubang yang terdapat pada dinding kubu
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 10.45 pagi

Selain itu, kubu ini juga mempunyai 6 buah tangga serta sebuah pintu besar yang digunakan untuk masuk ke dalam kubu ini. Yang paling unik sekali tentang kubu ini ialah kubu ini mempunyai bilik penjaranya yang digunakan untuk memenjara pemberontak yang dapat ditangkap. Di samping itu, terdapat sebuah dewan yang kecil yang dijadikan sebagai dewan makan yang terdapat dalam kubu ini. Tingkap yang ada pada kubu ini juga tinggi kedudukannya dan sangat tebal agar tidak ditembusi oleh peluru. Melalui fahaman pengkaji, ketebalan ini sangat ketara apabila pengkaji masuk ke dalam kubu ini. Disebabkan ketebalan tersebut, Kubu Brooke ini masih teguh berdiri sehingga ke hari ini.
Tentang ciri-cirinya pula, Kubu ini mempunyai banyak bilik yang unik dan terdapat banyak tangga yang boleh digunakan untuk pergi ke bilik yang lain. Selain itu, kubu ini dibina dengan menggunakan sejenis kayu yang keras dan tahan daripada hentakan peluru, iaitu kayu tebelian. Oleh yang demikian, disebabkan kubu ini dibina dengan menggunakan kayu yang tahan ini, kubu ini masih berdiri dengan megah sampai ke hari ini dan ini telah menjadi daya penarikan pelancong untuk datang ke Meluan. Hanya lantai bawah kubbu inni sahaja yang telah dibina dengan menggunakan simen. Ini dapat dikenal pasti dengan melihat sendiri keadaan lantai tingkat bawah Kubu Brooke ini yang telah menggunakan simen. Oleh itu, Kubu Brooke ini mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan sangat unik daripada kubu-kubu lain yang terdapat di Sarawak.
            Sebagai rumusannya, adalah dapat dikatakan bahawa Kubu Brooke ini telah dibina semasa pemerintahan keluarga Brooke yang ketiga, iaitu Charles Vyner Brooke, anak kepada Charles Brooke dimana kubu ini digunakan untuk menentang pemberontakan yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Selain itu, kubu ini juga telah digunakan sebagai tempat pentadbiran, pendidikan serta juga dijadikan tempat untuk melakukan perbicaraan terhadap pemberontak yang dapat ditangkap. Bersebelahan dengan kubu ini juga terdapat sebuah pokok besar yang telah dijadikan sebagai tempat untuk melakukan hukuman gantung kepada pesalah yang melawan pemerintahan Brooke.
            Kesimpulannya, Kubu Brooke ini sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta banyak keistimewaan yang dapat menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara. Jadi, semua pihak haruslah berusaha untuk memelihara kubu ini agar tidak hanya tinggal sebagai kenangan sahaja. Hal ini supaya generasi pada masa akan datang dapat melihat dengan sendiri keunikkan yang terdapat pada Kubu Brooke ini dan bukannya hanya mendengar khabar sahaja.
                                                                                                           
                                                                                                                 (2949 Patah Perkataan)



[1] Tesis, Banun Ak Umping, Sejarah Kubu Brooke, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tesis yang tidak            diterbitkan, (2001), hal. 61
[2] Artikel: Raja Putih.
[3] Ibid
[4] James Stuart Olson, Robert Shadle, Artikel : Historical Dictionary of The British Empire, 2001, hal. 1
[5] Ibid
[6] Ibid
[7] Ibid
[8] Nalong dan Johnny,Iban Pegai Rajah Brooke, Bintulu:Pegari Production, hal. 53.
[9] Ibid.
[10] Ibid.
[11] Ibid.
[12] Ibid.
[13] Op.cit., Banun anak Umping, Sejarah Kubu Brooke, hal. 61
[14] Ibid.
[15] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot, 22 Februari 2013, Sabtu, pukul 10.15 pagi
[16] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot.
[17] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot.
[18] Ingai Ak Achot, Bup Kerja Latih Pelajar Iban Kuang Kapong Taun 5, Kuang Kapong, 1990, hal. 43.
[19] Ibid.
[20] Lawatan ke kawasan kajian, Kubu Brooke, Nanga Meluan, Julau, pada 15 Februari 2013.
[21] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot.
[22] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot.
[23] Temubual dengan orang sumber, Sangan Ak Sabot.

 Bibliografi:


Sumber Primer

Temubual dengan Sangan Ak Sabot, 22 Februari 2013, Sabtu, pukul 10.15 pagi


Sumber Sekunder

Banun Ak Umping, Kubu Brooke Nanga Meluan 1920, Tesis Ijazah Sarjana Muda: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 2001

Nalong Ak Buda & Johnny Ak Chuat, Iban Pegai Rajah Brooke, Pegari Iban Production, Bintulu, Bahagia Press Sdn. Bhd, Kuching, 2009

Ingai ak Achot, Bup Kerja Latih Pelajar Iban Kuang Kapong Taun 5, Julau Literary Group, 2008

James Stuart Olson, Robert Shadle, Historical Dictionary of The British Empire, 2001


Artikel:Raja Putih, dipetik daripada laman web, 2013


LAMPIRAN


                  
Gambar 5 : Pengkaji Bersama kawan di pintu masuk ke dalam kubu
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 10.50 pagi

Gambar 6 : Pengkaji berada dalam sebuah bilik yang dijadikan penjara
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 11.00 pagi
   
Gambar 7 : Tangga yang Terdapat Dalam Kubu Brooke
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, pukul 11.15 pagi
  
Gambar 8 : Tanda Pengenalan
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 11.15 pagi
   
Gambar 9 : Kolam Mandi
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 11.30 pagi
  
Gambar 10 : Tanda Kubu Dibina
Sumber: Kajian Lapangan, 15 Februari 2013, Jumaat, Pukul 11.50 pagi


BIODATA ORANG SUMBER

Nama                    : Sangan Ak Sabot
Kad Pengenalan    : 551230-13-5586
Tempat Tinggal    : Rumah Liban, Nanga Dong, 96600 Julau
Pekerjaan               : Petani
Tahap Kebolehan : Membuat kraftangan berasaskan biji manik
 TEMUBUAL
Pengkaji                       :
Selamat pagi mak, bolehkah kita berdua berbual tentang Kubu Brooke yang terletak di Nanga Meluan itu?
Sangan Ak Sabot         :
Selamat pagi, apa yang kamu ingin tahu tentang Kubu Brooke itu?
Pengkaji                       :
Bolehkah mak ceritakan sedikit tentang fungsi-fungsi Kubu Brooke ini selain dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi kawasan Meluan ini semasa pemerintahan Keluarga Brooke?
Sangan Ak Sabot         :
Daripada apa yang saya tahu, Kubu Brooke ini pernah dijadikan sebagai pusat pendidikan bagi peduduk di kawasan yang berdekatan dengan kawasan Meluan ini selepas pusat pentadbiran dipindahkan ke tempat yang berhampiran dengan Pekan Julau pada masa kini. Selain itu, pendidikan ini tidak terbatas dan penduduk yang berminat boleh belajar di sekolah yang jenis terbuka ini. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai tempat untuk membicarakan orang-orang yang bersalah melawan pemerintahan Keluarga Brooke
Pengkaji                       :
Tapi, apakah fungsi pokok besar yang terletak bersebelahan dengan Kubu Brooke tersebut?
Sangan Ak Sabot         :
Pokok tersebut dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman gantung kepada yang bersalah melawan perintah Keluarga Brooke dan mayat mereka akan ditanam bersebelahan dengan kubu tersebut.
Pengkaji                       :
Di samping itu, apakah jenis kayu yang telah digunakan untuk membuat Kubu Brooke tersebut? Saya lihat keseluruhan kubu tersebut menggunakan sejenis kayu yang tahan.
Sangan Ak Sabot         :
Oh, kayu tersebut disebut sebagai kayu tebelian. Kesemua kayu tebelian yang digunakan untuk membuat kubu ini adalah hasil sumbangan dari penduduk tempatan.
Pengkaji                       :
Tetapi bukankah pada masa dahulu tidak ada peralatan yang canggih seperti gergaji berantai untuk mereka mendapatkn kayu tebelian yang sangat keras ini.
Sangan Ak Sabot         :
Pada masa dahulu, penduduk hanya menggunakan kapak dan gergaji biasa untuk mendapatakan kayu tebelian ini. Oleh yang demikian, idsebabakan tidak ada mesin yang canggih seperti pada masa kini, permukaan kayu tebelian tidak begitu rata dan mempunyai ketebalan mencecah 3 inci hingga 8 inci.
Pengkaji                       :
Apakah fungsi lubang-lubang yang terdapat pada dinding Kubu Brooke ini?
Sangan Ak Sabot         :
Lubang-lubang tersebut dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan muncung senapang sekiranya kubu diserang pemberontak serta dijadikan sebagai tempat untuk mengintip segala pergerakan para pemberontak yang datang hendak menyerang kubu.
Pengkaji                       :
Saya rasa setakat ini sahaja yang saya ingin tahu tentang Kubu Brooke. Saya ucapakan terima kasih kerana sudi untuk melayan saya berborak.
Sangan Ak Sabot         :
Sama-sama.

Essays on Teaching Excellence


Toward the Best in the Academy


A publication of The Professional & Organizational Development Network in Higher Education. The posting and use of this publication on your institution's WWW server is covered by an End User License Agreement (EULA). By the terms of this agreement, the essay must be located on a secure server that limits access to your institution's students, faculty, or staff. Use beyond your institutional boundaries, including the linking of this page to any site other than this one, requires the express permission of the POD Network. To view the terms of the End User License Agreement.


Teaching With Style:
The Integration of Teaching and
Learning Styles in the Classroom

Anthony F. Grasha, Psychology, University of Cincinnati

Traditionally  the concept of teaching style has been viewed in a pejorative manner. "It has been confused with affectation, denigrated as a kind of posturing to mask a lack of substance, or tolerated as a natural manifestation of personal eccentricities" [Eble, 1980, p. 1].  Thus, to define our styles, as teachers, to understand it, to  develop it, and to use it effectively entails moving beyond the limited and negative sense in which it is sometimes perceived.
Style in teaching is more than a superficial collection of interesting mannerisms used to create an impression. It is best viewed as a pervasive quality that plays an important role in several aspects of our teaching.  Our personal qualities guide and direct the selection of instructional processes. Thus, style becomes the mechanism responsible for how we convey the substance of our disciplines.  Style also reflects what Reinsmith (1992; 1994) describes as the teacher's presence and the nature and quality of the encounter with students. As a result, the efficacy with which we display our styles as teachers has two effects on students. It may facilitate or hinder their ability to acquire content and skills and it influences the learning styles our students adopt.
In effect, there is a symbiotic relationship among our personal qualities, the instructional processes we employ to convey the content of our disciplines, and the styles our students display as learners (Grasha, 1994; 1996).  An integrated model of teaching and learning style I developed over the past two decades illustrates the interdependencies among these elements as well as ways teachers can use them to enhance classroom instruction.
Elements of the Model: Teaching Style 
Teaching style is viewed as a particular pattern of needs, beliefs, and behaviors that faculty display in the classroom. My research shows that several patterns describe the stylistic qualities of college teachers. They include the teacher as:
 Expert (transmitter of information); Formal Authority (sets standards and defines acceptable ways of doing things); Personal Model (teaches by illustration and direct example); Facilitator (guides and directs by asking questions, exploring options, suggesting alternatives); and Delegator (develops students ability to function autonomously). 

While it might appear tempting to place teachers into one of five boxes, such attempts at parsimony are premature. Almost everyone who teaches possesses each of the five teaching styles to varying degrees. In effect, each individual style is like a different color on an artists palette. Like those colors, they can be blended together. Interviews with faculty, observations of their teaching, and information generated by the
 Teaching Styles Inventory I developed in my research program showed that four blends or clusters of teaching style were dominant. Each cluster and the percentage of the 761 classrooms across disciplines where each blend was dominant are shown below.
o    Cluster 1: Expert/Formal Authority (38%)
o    Cluster 2: Personal Model/Expert/Formal Authority (22%)
o    Cluster 3: Facilitator/Personal Model/Expert (17%)
o    Cluster 4: Delegator/Facilitator/Expert (15%)
Nine-two percent of the classrooms we examined reflected one of the four primary blends or clusters of teaching style. Each cluster of teaching style helps to create the mood of a class. When used in a very traditional manner, the styles of Cluster 1 sends a message to students that "I'm in charge here" and tend to create a "cool" emotional climate. In contrast, an emphasis on the Delegator/Facilitator/Expert blend of Cluster 4 creates a different picture. It sends message to students that "I'm here to consult with you and to act as a resource person." A warmer emotional climate is created and students and teachers work together, share information, and the boundaries between teacher and student are not as formal. 
 
Elements of the Model: Learning Style 
Early in my work, it became clear that any attempts to enhance teaching-learning processes would have to focus on the needs students have as learners. In collaboration with Sheryl Hruska-Riechmann, the
 Grasha-Riechmann Student Learning Style Scales was developed to identify and categorize such preferences (Hruska-Riechmann & Grasha, 1982; Grasha, 1990). This inventory identifies the following styles of learners:Competitive (compete with other students); Collaborative (believe they can learn by sharing ideas and talents); Avoidant (uninterested and/or overwhelmed by what happens in class); Participant (eager to take part in class activities); Dependent (need structure and support); and Independent (like to think for themselves and work alone). Like the styles of teaching, learning styles are best thought of as a blend or profile that resides within every student. Some students possess more of one style than another and it is typically the dominant qualities that are most easily seen in class.
Elements of the Model: Integrating Teaching Style, Learning Style, and Classroom Processes 
As my research program developed, it became clear that teaching style, learning style, and classroom processes were interdependent. For example, the use of the Expert/Formal Authority styles in the context of the traditional lecture-discussion method of teaching encouraged and reinforced the Dependent/Participant/Competitive blend of learning styles. The same thing was true of employing other blends of teaching styles.
 Each had implications for the teaching processes faculty used and the learning styles students were asked to adopt. The relationship among these four elements are illustrated in Table 1.
My work suggests that faculty wanting to modify their approach to teaching have several options.  They might ask what learning styles they want to encourage and choose instructional processes compatible with such styles. Or, after listing the specific goals they want to achieve, the issue of what alternative teaching styles and classroom processes address such goals can be explored. After such analyses, some instructors might shift their teaching to another cluster in the model in order to meet their objectives. Most, however, would probably find it helpful to add variety to the cluster in which they currently reside. Those teaching in Cluster 1, for example, might integrate several aspects of the instructional processes in Clusters 2, 3, or 4 into their courses.
A word of caution is in order here. Modifying one's teaching is not as easy as picking and choosing among elements in each of the four clusters. Each demands that instructors have or are willing to acquire the skills to use those methods. For example, knowing how to function as a role model, guide, or coach is necessary to engage in Cluster 2 activities. Similarly, skills as a consultant and resource person and an understanding of group dynamics are needed to effectively use the methods in Clusters 3 and 4. Furthermore, to teach in these clusters means that some control over what happens in class must be turned over to the students. Also, one must be willing to build relationships with learners and to teach them how to work effectively together. Finally, students need the capability to learn in new ways or the teacher must be willing to teach them how to do so.
Teaching with style demands that instructors explore  "Who I am as a teacher?" and "What do I want to become?" The integrated model provides one vehicle for doing so. The payoff is that we move away from blindlyteaching as we were taught or simply repeating how we taught the course the last time. Instead, instructional strategies become grounded in a conceptual base of knowledge about teaching and learning styles. Like scholarly methods in our disciplines, instructional strategies then begin to serve broader philosophical, theoretical, and conceptual goals. 
 
References
Eble, K.E. (1980). Teaching styles and faculty behavior. In: K.E. Eble [Ed.], Improving teaching styles.  San Francisco, CA:  Jossey-Bass.
Grasha, A.F. (1990). Using traditional versus naturalistic approaches to assessing learning styles in college teaching. Journal on Excellence in College Teaching, 1, 23-38.
Grasha, A.F. (1994). A matter of style: The teacher as expert, formal authority, personal model, facilitator, and delegator. College Teaching. 42, 142-149.
Grasha, A.F. (1996). Teaching with style: A practical guide to enhancing learning by understanding teaching and learning styles. Pittsburgh, PA: Alliance Publishers, (800) 718-4287.
Hruska-Riechmann, S.,  & Grasha, A.F. (1982). The Grasha-Riechmann Student Learning Style Scales:  Research Findings and Applications. In: J. Keefe [Ed.],  Student Learning Styles and Brain  Behavior.  Reston, VA:  NASSP.
Reinsmith, W.A. (1992). Archetypal forms in teaching: A continuum. Westport, CN: Greenwood Press.
Reinsmith, W.A. (1994). Archetypal forms in teaching. College Teaching, 42, 131-1. 36.

This publication is part of an 8-part series of essays originally published by The Professional & Organizational Development Network in Higher Education. For more information about the POD Network, browse tohttp://www.podnetwork.org.



Cluster 1
Cluster 2
Primary Teaching Styles
Expert/Formal Authority
Primary Learning Styles
Dependent/Participant/Competitive
Primary Teaching Styles
Personal Model/Expert/Formal Authority
Primary Learning Styles
Participant/Dependent/Competitive
  • Exams/Grades Emphasized
  • Guest Speakers/Guest Interviews
  • Lectures
  • Mini-Lectures + Triggers
  • Teacher-Centered Questioning
  • Teacher-Centered Discussions
  • Term Papers
  • Tutorials
  • Technology Based Presentations
·  Role Modeling by Illustration
  • Discussing Alternate Approaches
  • Sharing Thought Processes Involved in Obtaining Answers
  • Sharing Personal Experiences
·  Role Modeling by Direct Action
  • Demonstrating Ways of Thinking/Doing Things
  • Having Students Emulate Teacher
·  Coaching/Guiding Students


Cluster 3
Cluster 4
Primary Teaching Styles
Facilitator/Personal Model/Expert
Primary Learning Styles
Collaborative/Participative/Independent
Primary Teaching Styles
Delegator/Facilitator/Expert
Primary Learning Styles
Independent/Collaborative/Particpant
  • Case Studies
  • Cognitive Map Discussions
  • Critical Thinking Discussoions
  • Fishbowl Discussions
  • Guided Readings
  • Key Statement Discussions
  • Kineposium
  • Laboratory Projects
  • Problem Based Learning
    • Group Inquiry
    • Guided Design
    • Problem Based Tutorials
  • Role Plays/Simulations
  • Roundtable Discussions
  • Student Teacher of the Day
·  Contract Teaching
·  Class Symposium
·  Debate Formats
·  Helping Trios
·  Independent Study/Research
·  Jigsaw Groups
·  Laundry List Discussions
·  Modular Instruction
·  Panel Discussion
·  Learning Pairs
·  Position Papers
·  Practicum
·  Round Robin Interviews
·  Self Discovery Activities
·  Small Group Work Teams
·  Student Journals