Sepating Bungai
Translate
Saturday, 22 February 2025
Saturday, 25 April 2015
MEDIA PENGAJARAN KOMPUTER
Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu
komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat
membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Kita
perlu bersikap adil dengan tidak menafikan bahawa agenda ini telah pun
terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. Malah Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang
seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan
dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan.
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) (1983), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (1993), KBSR Semakan
(2003), kini matlamat KSSR (2011) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
keseluruhannya. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara. Kini, Bahasa Malaysia perlu dikuasai pada peringkat
awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan,
seperti kata pepatah Melayu, ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.
Dalam hal ini
proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan adalah melibatkan
kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya menjadi
lebih berkesan dan kreatif adalah amat penting sekali. Peranan guru yang
kreatif dan inovatif juga penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka adalah efektif. Abd. Rahim (1999) menyatakan daya
kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai
para murid. Manakala inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan
sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya. Kaedah
pengajaran adalah satu siri tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan
untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah
mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid-murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan
bantu mengajar (media pengajaran) yang dapat merangsang dan menggalakkan
murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Sehubungan dengan itu, peranan penting wahana pendidikan formal
bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Dalam hal ini, guru berperanan
efektif bagi mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melahirkan
individu seimbang, harmonis, bersepadu, dan berketerampilan ke arah mewujudkan ‘First Class Human Capital’ seperti yang
termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara Malaysia (Mohammad Johdi Salleh et
al., 2009).
Menurut Mohammad Johdi Salleh et al., (2009) lagi, pendidikan
sekolah rendah amat penting dalam memastikan sistem pendidikan negara berjalan
lancar dan matlamat pembangunan negara
dapat dicapai secara maksimum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) menyatakan
objektif persekolahan sekolah rendah ialah membantu perkembangan diri murid,
persediaan persekolahan, persediaan persekolahan menengah, pemahaman budaya dan
kemahiran sosial, pembinaan minat, keagamaan dan moral, dan, sedia memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Bertepatan dengan keperluan dan matlamat kursus ini, pemilihan dan
adaptasi media pengajaran Bahasa Malaysia merupakan usaha dan langkah penting
bagi meningkatkan keberkesanan
guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak tercapai dengan baik tanpa sokongan
bahan bantu mengajar yang kreatif, cantik dan menarik. Media pengajaran (Bahan Bantu Mengajar) itu
pula perlu diinovasikan. Mengikut Kamus Dewan (2005) menjelaskan inovasi
bermaksud memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang
telah sedia ada dengan diberi wajah baru atau penambahbaikan.
Media Pengajaran Komputer dan Slaid LCD
Dalam
konteks ini, pemilihan media pengajaran yang akan dibincangkan dalam tugasan
ini berhubung dengan media audio-visual yang melibatkan penggunaan komputer dan
skrin LCD. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang
fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya
terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran juga merujuk kepada peralatan
atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang dikenalpasti (dipilih), dibina
atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan
pembelajaran (Yusup, 1992). Pemilihan media ini sesuai dengan perkembangan dan
kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.
Tambahan
pula, di sekolah para guru sudah biasa dan mahir menggunakan komputer sebagai
akses pengajaran, akur akan keberkesanannya sebagai medium penyampaian isi
pelajaran kepada murid-murid. Menurut kajian lepas, media pengajaran yang
melibatkan alat pandang dengar (audio-visual) ini, konsep kefahaman dan
pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria
pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria
rasa, 3% daripada deria bau ( Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1986 ).
Kajian UNESCO pula 10% apa yang dibaca, 20% apa yang didengar, 30% apa yang
didengar dan dilihat, 70% apa yang disebut dan diucapkan, dan manakala 90% apa
yang disebut sambil melakukannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa media
pengajaran audio-visual ini amat berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran di
kelas dan seterusnya memudahkan pemahaman murid.
Berdasarkan kajian di atas juga,
bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar merupakan dua saluran
indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi murid-murid
di sekolah rendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur 6 – 12 tahun, mereka masih banyak bergantung
kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria pandang dan
dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang
demikian, sumber pengajaran dan pembelajaran (bahan bantu mengajar) khasnya
alat pandang dengar (audio-visual), memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas KSSR.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di sekolah, bukan semua bahan, pendekatan, kaedah, strategi,
teknik, aktiviti yang dirancang guru sesuai bagi semua keadaan dan semua murid.
Maka, seseorang guru perlu mengubahsuai dan mengadaptasi media, khususnya media
pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Hal ini diakui Tomlinson (2003) semua bahan yang
ada di pasaran bebas daripada kesalahan tatabahasa, latihan tatabahasa yang tidak mencukupi, bahan bacaan mempunyai terlalu banyak kosa kata yang
sukar, teks terlalu senang-jawapan boleh
dipetik terus daripada teks, bahan bacaan tidak
autentik, tidak cukup panduan, dan bahan yang dibicarakan (disampaikan) tidak
mencapai (melebihi) tahap kematangan pelajar. Jelas bahawa peranan seseorang
guru yang kreatif dan inovatif dapat mengadaptasi media pengajaran berkenaan
agar menepatikeperluan, gaya, kemahiran dan citarasa sebenar (real choice)
proses pengajaran dan pembelajaran (learners deciding
how they want to learn rather than what they want to learn).
Media pengajaran berasaskan komputer
adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
untuk menjadikan pembelajaran baik dan
lebih menarik. Media ini tidak tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan
pembelajaran malah sebagai pemangkin (catalyst) membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman
murid-murid. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk
‘Alatan Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa’, ‘alat bantu’ (media
pengajaran) itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan
murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Edgar
Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk ‘cone of experience’ di mana proses pembelajaran bermula dengan
proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.
![]() |
Rajah 1:
Model ‘Cone of Experience’ (Dale, 1964)
Berdasarkan Model Edgar Dale (1964) ‘Cone of Experience’, herarki pengalaman pembelajaran yang diklasifikasikan
menggunakan media dan teknik yang boleh digunakan dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga peringkat pengalaman pembelajaran
iaitu proses penglibatan,
pemerhatian dan persimbolan. Pengalaman pembelajaran
murid-murid bermula dari konkrit
ke abstark. Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan,
menggambarkan, mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk
memahami dan mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Sebagai contoh,
proses memberi pengalaman oleh guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan
dengan topik tatabahasa, ayat tunggal. Dari segi pemeringkatan proses
membangunkan model media pengajaran Bahasa Melayu bertajuk ‘Perayaan’ dapat
dijelaskan seperti di bawah.
(i)
Peringkat Penglibatan
Peringkat yang pertama adalah penglibatan yang membabitkan
pengalaman konkrit. Oleh hal yang demikian, kita dapat lihat bahawa pengalaman
konkrit atau pengalaman sebenar menjadi asas permulaan dengan penglibatan
pelajar itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar atau tiruan, lakonan
atau drama. Sebagai contoh, dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 yang
bertajuk ‘Perayaan’ bahan bantu mengajar seperti tayangan video melalui
computer dan Slaid LCD sesuai dijadikan media pengajaran. Oleh hal yang demikian, murid dapat mengalami sendiri proses
pembelajaran iaitu mereka dapat merasa, mengamati, melihat, menghidu dan
sebagainya menggunakan pancaindera sendiri. Pastinya, aktiviti sebegini akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna serta berkualiti
di samping menarik perhatian mereka.
(ii)
Peringkat Pemerhatian
Seterusnya,
pada peringkat yang berikutnya, pengalaman konkrit akan semakin berkurangan
sejajar dengan peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar
berkurangan. Pada peringkat kedua ini iaitu peringkat pemerhatian, murid
bertindak sebagai pemerhati terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan
dalam bentuk lawatan, tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen
dan gambar kaku seperti filem. Lazimnya, pengajaran berbantukan multimedia (Komputer
dan Slaid LCD) masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan
murid untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih
lagi berpusatkan murid. Kedua-dua peringkat ini, iaitu penglibatan dan
pemerhatian ini diaplikasikan secara beransur-ansur kerana ia bersesuaian
dengan proses pemerolehan objektif pembelajaran yang kandungan amat sedikit
atau tidak diketahui murid. Selaras dengan era teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif
pembelajaran ini seperti yang telah dipilih oleh penulis adalah Komputer dan Slaid
LCD yang sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan kondusif.
(iii)
Peringkat Persimbolan
Peringkat
tertinggi dalam ‘Cone of Experience’ ialah peringkat persimbolan iaitu
yang paling abstrak. Dalam hal ini, murid akan mengalami pengalaman yang
abstrak iaitu mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa
tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran konvesional yang amat
menitikberatkan teks. Segala perancangan yang direncanakan sememangnya lebih
cepat dan kos yang murah namun kedapatan risikonya. Lazimnya, pelajar mungkin
akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka masih
tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut.
Oleh hal yang demikian, semakin banyak penggunaan simbol abstrak
(verbal dan visual), semakin ia disifatkan sebagai ‘cepat tetapi berisiko’.
Konklusinya, berdasarkan ‘Cone of Experience’, objektif pembelajaran
pada peringkat ini hanya akan tercapai jika murid telah mempunyai pengetahuan
sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Hal ini ada dijelaskan oleh Edgar
Dale (1946) bahawa prasyarat setiap murid telah mempunyai banyak maklumat
konkrit sebelum mereka mampu memanfaatkan dan memanipulasikan aktiviti
pembelajaran bagi mentafsir konsep yang abstrak.
Namun, rangsangan dan kecerdasan pemikiran masih diperlukan dalam
mengoptimumkan impak pembelajaran. Rangsangan yang diterima daripada alam
sekeliling sesuai menjadi bahan bantu untuk diproses oleh kecerdasan dan akan
menghasilkan pengetahuan dan pengalaman murid. Meskipun rangsangan daripada
alam sekeliling ini amat banyak, namun tidak semuanya itu dapat difahami atau
ditanggapi murid. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan
tidak akan membentuk pengalaman baharu.
Justeru, seseorang murid yang memiliki kecerdasan yang tinggi, namun
kurang mendapat rangsangan, maka ia tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. Dapat dirumuskan di sini bahawa guru
berperanan besar dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan wadah yang mampu mewujudkan
rangsangan lantas akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman
pelajar. Pastinya penggunaan bahan-bahan bantu mengajar berdasarkan ‘Cone of
Experience’ adalah antara aspek yang memberi kesan terhadap peningkatan
prestasi murid-murid.
Berdasarkan
perbincangan di atas jelas membuktikan bahawa di dalam penggunaan media
pengajaran adalah penting kerana penggunaan media pengajaran bersifat moden
sekarang ini seperti Komputer dan Slaid LCD dapat meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran. Media pengajaran tradisi seperti penggunaan bahan maujud,
bahan asli di sekeliling murid perlu digandingkan bersama dengan media
pengajaran moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik lagi. Sebagai rumusannya ‘back to basics’ adalah
perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan
yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa,
keperluan, kehendak masyarakat dan
berbagai fenomena di sekelilingnya.
Sunday, 12 April 2015
Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu
25 Mac 2015
Maran Ramping
Universiti Putra Malaysia
Pendahuluan
Proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah memainkan peranan yang cukup penting
dan meninggalkan impak yang amat tinggi dalam menyampaikan isi-isi pelajaran
yang terkandung dalam sesuatu sukatan pelajaran yang telah dibentuk. Dalam
konteks mata pelajaran Bahasa Melayu, fokus dan matlamat proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat baik, mencapai standard (objektif) dan berkesan
adalah amat dipentingkan. Secara amnya, proses pengajaran yang merupakan satu
sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan mereka. Sistem aktiviti ini
sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang
maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajar-pelajar dalam suasana yang
dinamakan bilik darjah.
Manakala pembelajaran pula merupakan satu proses
mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri
seseorang sejak ia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk, sama ada
disedari atau pun tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk
mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di
persekitaran mereka.
Menurut
Koh Boll Boon (1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi
oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat,
pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar
itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu jaringan aktiviti yang
dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan pelajar-pelajar melalui pengalaman
yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah
tertentu yang digunakan.
Stalling
(1984) pula berpendapat bahawa pembelajaran berdasarkan tiga kriteria, yang
penting. Pertama, pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku.
Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran
harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Menurut Crow dan
Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan
sikap. Pembelajaran juga melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. la berlaku
dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri
kepada situasi baru semasa menimba ilmu di bangku sekolah.
Oleh
yang demikian, memang tidak dapat dinafikan bahawa para guru disarankan
menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru, aplikasi menggunkan video
dalam pengajaran adalah amat berkesan dan berupaya meninggalkan impak yang
cukup kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Konsep
Video Dalam Pengajaran
Konsep
“multimedia” yang merangkumi banyak jenis dan bentuk didefinisikan sebagai
elemen-elemen pembentukan multimedia yang pelbagai termasuk yang mengandungi
elemen-elemen teks, gambar, suara, animasi, dan video. Multimedia merupakan
suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, dimana informasi
dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam komputer
untuk disimpan, diproses, dan disajikan baik secara linier maupun interaktif.
Dalam
konteks video sebagai alat multimedia ialah
kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari yang
berasaskan masa. Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta
merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam
menyampaikan sesuatu maklumat. Ia juga sebagai penyimpan maklumat dan sumber
rujukan yang berkesan terutama dalam mengajar di dalam kelas.
Menurut Aizah Sabeli (2005), video di televisyen (TV) ialah
video analog direkod secara magnetik dalam pelbagai tape format
seperti VHS. Signal analog berasal daripada proses encoding
serta piawaian untuk signal video ialah encoding dan decoding oleh
system elevise analog (NTSC). Video menyediakan
sumber yang meluas dan berguna untuk aplikasi multimedia. Teknik pemampatan
video menggunakan dua teknik asas iatitu interfram, mampatan berlaku
antara fram dan intrafram, mampatan berlaku dalam fram.
Di samping itu terdapat beberapa jenis video yang penting
dalam bidang pengajaran seperti (1) Live Video Feeds, merupakan objek
masa nyata yang menarik sebagi pautan dalam aplikasi multimedia yakni seperti
siaran langsung; (2) Video Tape, penggunaannya satu pemain cockpit voice recorde (CVR) untuk dimainkan sebagai objek pautan
multimedia secara linear dan pemain video tape bukan kawalan komputer;
(3) Videodisc, format bagi videodisc ini terbahagi kepada 2 iaitu CAV dan
CLV. CAV boleh menyimpan data sehingga 54,000 fram pegun. CLV boleh menyimpan
data sehungga beberapa jam video untuk setiap permukaan disk serta mempunyai
capaian rawak yang cepat dan keperluan minima untuk dicapai oleh komputer
multimedia; (4) Digital Video, digunakan pada rangkaian
komputer. Pemprosesan yang berkeupayaan tinggi boleh memainkan video dengan
skrin penuh tanpa alatan sokongan lain. Kualiti filem lebih baik; dan (5) Hipervideo,
mempunyai soundtrack dan dimainkan berulang kali. Video
dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk
sebagai hipervideo. (Aizah Sabeli, 2005).
Kelima-lima jenis
video yang telah dijelaskan di atas mempamerkan multimedia jenis video ini
masih berfungsi dan relevan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas masa kini. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah penggunaan
video dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi relevan dan menarik
minat mereka. Keadaan ini adalah kerana video merupakan antara elemen
multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding
elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media
(seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang
demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk
mempengaruhi motivasi seseorang pelajar terhadap proses penerimaan maklumat.
Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar
kepada para pelajar. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan
emosi para pelajar dengan lebih nyata.
Ransangan
Guru Melaksanakan Aplikasi Video
Dalam
pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan
yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha
berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap
segala isi pelajaran yang disampaikan. Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran perlu diberi ‘sentuhan’
yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang
disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka (Zurina
Yasak et al., 2009).
Dalam
konteks ini peranan para guru adalah amat penting dalam merealisasikan
penggunaan aplikasi video dalam proses pengajaran mereka di dalam kelas. Rangsangan
penggunaan video yang dapat dikesan dalam kalangan guru
akan diterima dan menjadi pengalaman yang sangat bermanfaat kepada pelajar
sekiranya proses pengajaran mereka berjaya meninggalkan kesan dan motivasi yang
tinggi dalam kalangan pelajar. Fasa-fasa rangsangan guru mengaplikasikan
penggunaan video ini menurut (Bernard, 1965)
adalah motivasi sebagai penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal
dan mengawal minat pelajar. la mampu menciptakan keberkesanan
sesuatu pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi
dianggap sebagai unsur amat penting yang membolehkan pelajar terdorong untuk
melibatkan diri secara aktif, mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna,
berfaedah dan menyeronokkan. Biasanya, motivasi yang baik akan menciptakan satu
tarikan yang kuat untuk menjadikan pelajar terus berminat dengan pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Di
samping itu, fasa tanggapan juga merupakan satu idea tentang sesuatu kelas
objek. Tanggapan guru yang menganggap pelajar mempunyai pelbagai kebolehan,
minat, bakat, motivasi untuk belajar dan sebagainya antara factor-faktor mereka
perlu memilih dan menilai setiap aplikasi pengajaran yang digunakan. Penggunaan
video ini jelas memperlihatkan seseorang guru itu sedang memerhati dan menanggapi
sesuatu rangsangan para pelajarnya. Kegiatan menanggapi rangsangan ini
menerangkan bagaimana individu sedang membezakan satu rangsangan, daripada
rangsangan-rangsangan yang lain di mana pelajar mempunyai cara tersendiri untuk
memahami sesuatu topik pembelajaran. Gagne (1971) menyatakan
bahawa ini merupakan beberapa langkah dalam proses pembelajaran yang mendorong
rangsangan guru memikir cara lain yang lebih berkesan dalam proses pengajaran
mereka.
Seterusnya,
rangsangan perolehan di mana guru memasukkan semua maklumat yang
diterima
ke dalam satu sistem kod yang berpusat di otak. Sistem kod ini menyerupai
sebuah komputer yang cuba menyimpan pelbagai maklumat ke dalam fail-fail
tertentu dan memudahkan proses pengeluaran apabila maklumat tersebut hendak
digunakan kemudian. Saraf otak kita memproses rangsangan atau maklumat itu
dengan cara yang paling sistematik supaya maklumat itu boleh disimpan dengan
baik. Penggunaan video ini mampu menjadi media sebagai penyalur segala maklumat
ke dalam minda pelajar dalam jangka masa yang lama dan mudad difahami serta
dingati.
Rangsangan
penyimpanan maklumat juga tidak kurang pentingnya di mana pelajar akan
menyimpan apa yang telah dipelajari di dalam system saraf pusat mereka. Hasil
adaptasi pengajaran berbantukan video ini bakal mendapat tempat di dalam
simpanan ingatan pelajar dan yang kurang rangsangan penyimpanan akan hilang sebagai lupaan. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian kaedah yang digunakan oleh guru
dalam penyampaian pelajaran secara video ini dapat juga
menambahkan pemahaman mereka. Dengan itu maklumat tersebut dapat kekal dalam
ingatan mereka.
Fasa
ini merupakan fasa mengingat kembali tentang apa yang tersimpan di dalam
fikiran pelajar. la dapat juga berfungsi apabila seseorang pelajar itu hendak
memperbaiki, mengemas kini atau menyernak maklumat di dalam otaknya. Hal ini
kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah, terutama apabila mereka hendak
mengulang kaji dan menduduki peperiksaan. Mereka akan mengimbau kembali ingatan
ke proses pengajaran guru menggunakan aplikasi video tersebut bagi membantu
mereka mengingat sesuatu topic pembelajaran yang telah dipelajari sebelum ini.
Elemen ini juga merupakan fasa rangsangan guru wajar menggunakan video dalam
pengajaran mereka.
Dalam
fasa berikutnya, iaitu fasa generalisasi iaitu pindahan pembelajaran. Seseorang
pelajar itu boleh menggunakan apa yang telah dipelajari dan yang tersimpan di
dalam saraf pusat (otak) apabila berhadapan dengan keadaan yang berlainan. Fasa
ini juga boleh dikatakan sebagai fasa aplikasi atau penggunaan. Dengan kata
lain, seseorang pelajar mampu mengaplikasi hasil pembelajarannya dengan
kehidupan secara realiti. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kesan
pembelajaran yang berlangsung lama dapat diterjemahkan oleh pelajar dalam
kehidupan seharian mereka.
Fasa
prestasi merupakan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Selepas
menerima rangsangan, seseorang murid akan menggunakan keupayaan kognitifnya
dalam menyusun gerak balas. Apabila gerak balas yang ditunjukkan, memaparkan
prestasi yang lebih baik daripada sebelum berlakunya proses pembelajaran dapat
dikatakan bahawa pembelajaran bercorak positif telah berlaku. Bagi seseorang
guru fasa ini amat penting kerana kayu ukur kejayaan proses pengajarannya di
dalam kelas diterjemahkan dalam bentuk prestasi. Prestasi yang baik dan optimum
lahir daripada proses penyampaian pengajaran yang berkesan, terutama sekali
dengan aplikasi video ini.
Akhirnya,
fasa penenguhan adalah mekanisma penting bagi seseorang guru dalam
mempertahankan impak pengajarannya melalui aplikasi video ini. Pelajar
yang telah menunjukkan prestasi yang baik atau yang telah berusaha sepenuhnya
bagi mencapai prestasi yang tinggi diberi ganjaran dengan cara meresapkan rasa
berjaya mereka dalam diri. Peneguhan boleh dilakukan melalui tepukan, galakan,
sebutan kata-kata yang merangsang, seperti memuji, melibatkan kebendaan atau
gerak laku yang menyenangkan. Fasa maklumat balik ini berkait rapat dengan fasa
motivasi. la juga merupakan penggerak kepada pelajar. Pelajar yang berjaya akan
berubah ke tajuk baru yang lebih tinggi tahapnya dan yang kurang berjaya akan
mengulangi langkah dalam proses pembelajaran tentang tajuk yang sama atau
mencuba tajuk yang lebih mudah lagi.
Impak
Pengajaran Aplikasi Video
Penggunaan
aplikasi video dalam pengajaran guru berupaya membawa impak yang besar ke atas
keberkesanan proses pengajaran tersebut. Penggunaan video dapat menjadikan
maklumat yang disampaikan oleh guru bersifat realistik. video mampu mempersembahan
sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang
sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka
berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
Di
samping itu juga, video dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian
sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan
pelbagai media mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.
Sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan
dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di
makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar
bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar boleh menonton klip video tersebut bagi
membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan (Jamalludin Harun
dan Zaidatun Tasir, 2003).
Video
sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar
pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara
individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka
sepanjang masa. Video juga membantu proses membina kefahaman dan
seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video seumpama ini
boleh digunakan bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih
pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video
mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing-masing (Jamalludin Harun dan
Zaidatun Tasir, 2000).
Akhir
sekali, menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000) impak video yang
penting kepada pelajar apabila dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Menerusi
penggunaan video penerangan guru yang panjang lebar serta sesi demonstrasi yang
meleret-leret juga tidak diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan
menerusi video yang menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara
latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar. Keadaan
ini dapat memberi kesan yang maksimum terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Rumusan
Sebagai
rumusan, dapatlah dikatakan bahawa pengaplikasikan video dalam pengajaran guru
dapat meningkatkan keupayaan kefahaman pelajar sekaligus menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif dan berkesan. Guru-guru yang
mengamalkan aplikasi video dalam pengajaran mereka harus sedar dan faham akan
betapa pentingnya fasa-fasa rangsangan yang mendorong mereka menggunakan
pendekatan, strategi dan kaedah ini kerana ianya berupaya menarik minat pelajar
dan memaksimumkan pemahaman pelajar tentang perkara yang diajar. Para guru
harus memahami peringkat-peringkat fasa persediaan dalam mengendalikan aplikasi
video ini di samping mengetahui akan kesan dan kepentingannya terhadap pelajar
di sekolah. Namun tidak kurang pentingnya di mana aplikasi video ini dapat
memberi kesan yang positif terhadap pemahaman pelajar tentang apa yang guru
mereka ajar dengan menggunakan video ini di sekolah. Keadaan ini dapat
menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktif di samping memotivasikan
pelajar secara keseluruhannya.
Rujukan:
Aizah Sabeli. (2005). Elemen
Video Dalam Multimedia, diambil pada 4 Oktober 2014, daripada; http://jombelajarelemenmultimedia.blogspot.com/2012/12/elemen-video-dalam
multimedia.html
Bernard,
H. W. (1965). Psychology of learning and teaching. New York: McGraw-
Hill.
Crow,
L. D. dan Crow, L. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Gagne,
R.M. (1971). The Learning Theory, Education Media, And Individualized
Instruction. In Ticktons. (ed) To Improve Learning an Evaluation of Instructional; Technology. Bowker Co:
London.
Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir. (2000). “Pengenalan
Kepada Multimedia”. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS
Publications: Bentong.
Koh,
B. B. (1985). Satu Analisis Tentang Kesalahan-Kesalahan dalam Buku Terjemahan
Dari Bahasa Inggeris Ke Bahasa Malaysia. Jurnal Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul
KRB 3053: Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kurikulum
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Stalling,
J.A. (1984). Effective use of time in secondary reading classroom. A
research
report.
(ERIC document ED 246393).
Zurina Yasak Baharom Mohamad Ahmad Esa dan Shahrizal
Shabudin. (2009). Kaedah Pengajaran Berasaskan Laman Web Terhadap Pelajar
Diploma Kejuruteraan Elektrik Meketronik Di Politeknik. Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Teknologi, 26-27, (Oktober), 1–15.
Dialek Melayu Sarawak
April 2015
Maran Ramping
Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Penulisan artikel ini memberikan fokus untuk
menganalisis dan menjelaskan tentang dialek Bahasa Melayu Sarawak
dibandingkan dengan Bahasa Melayu Tinggi. Sasarannya adalah melihat perbezaan
istilah dan persamaan makna bahasa
dari segi variasi bahasa khususnya bagi dialek Melayu Sarawak.
Penulisan artikel ini mengaplikasikan kaedah tinjauan perpustakaan bagi
mencari maklumat berkaitan dialek serta fungsi makna selari dengan
kepentingan Bahasa Melayu Tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak
istilah kosa kata Bahasa Melayu Sarawak yang berbeza dengan Bahasa Melayu
Tinggi namun mempunyai maknanya tersendiri mengikut konteks, pengucapan, dan
penulisannya. Hasil kajian tinjauan perpustakaan juga mendapati keunikan
dialek Melayu Sarawak dari aspek kosa kata dan fonologi di dalam pertuturan
mereka. Antaranya menyentuh kelainan kosa kata, kata penguat dan dialek
Melayu Sarawak Lama. Tegasnya, kekayaan variasi bahasa dialek tempatan
sewajarnya didokumentasikan sebagai pengekalan dan pelestarian khazanah
warisan tempatan untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang dan seterusnya
dapat mengangkat martabat serta memperkasakan bahasa, budaya dan masyarakat
Malaysia secara global.
|
Kata kunci: bahasa, variasi, kosa kata,
dialek, perbezaan makna
Pengenalan
Bahasa
penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahasa
juga disifatkan mempunyai perkaitan yang erat dengan budaya. Oleh yang
demikian, bahasa mempunyai hubungan yang signifikan dengan sesuatu masyarakat.
Bahasa adalah sistem lambang bunyi bahasa yang arbitrer yang digunakan
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri. Dalam
kajian yang berkaitan dengan bahasa terdapat banyak aspek yang perlu diambil
penekanan terutama yang berkaitan dengan fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik, leksikografi dan tidak ketinggalan ialah bidang sosiolinguistik (Abdullah
Hassan, 1976).
Bidang
sosiolinguistik merupakan kajian berkaitan dengan bahasa yang mencakupi
struktur sosial yang berkaitan dengan masyarakat. Sosiolinguistik juga
ditakrifkan sebagai satu bidang yang amat luas dan boleh digunakan untuk
menjelaskan pelbagai kaedah dalam kajian bahasa (Mayerhoff, 2011). Pada awal abad ke-20, De Saussure (1916) telah menyebutkan bahawa bahasa adalah salah satu
lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain, seperti
perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya. Justeru itu, perkataan sosio adalah merujuk kepada masyarakat, dan linguistik
adalah kajian berkaitan dengan bahasa. Jadi, sosiolinguistik adalah kajian tentang bahasa yang dikaitkam dengan
kondisi kemasyarakatan.
Dalam kajian penulisan jurnal ini, fokus kupasan pengkaji adalah
menjurus kepada perkaitan bidang sosiolinguistik dan bahasa Melayu dan digarapi
dengan kewujudan dialek Melayu terutamanya yang berkaitan dialek Melayu
Sarawak. Oleh sebab itu, penghasilan jurnal ini melihat pertautan fungsi Bahasa
Melayu dengan dialek Melayu Sarawak secara keseluruhannya.
Bahasa Melayu Tinggi
Pengertian Bahasa Melayu Tinggi adalah merujuk kepada
bahasa baku iaitu satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan
rasmi dan formal. Maknanya sebuah bahasa yang digunakan dalam
urusan yang sah dari segi matlamat dan fungsinya. Bahasa ini juga digunakan
oleh mereka yang dalam jurusan pekerjaan, pendidikan, perdagangan, pentadbiran
dan sebagainya. Dengan kata yang lebih tepat lagi adalah bahasa yang dipakai
keperluan rasmi berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat dan
taklimat. Menurut Awang Sariyan (2000) bahasa baku yang ada pada seseorang penutur dapat dikatakan baku apabila ianya
mempunyai ciri-ciri seperti:
(i)
Sistem ejaan,
(ii)
Peristilahan dan
kosa kata,
(iii)
Tatabahasa, dan
(iv)
Sebutan.
Abdullah
Hassan (2012) juga menjelaskan Bahasa Melayu Tinggi ialah bahasa sekolah, iaitu
bahasa yang diajar di sekolah. Itulah bahasa yang digunakan oleh orang
terpelajar. Penuturannya hendaklah seperti bahasa itu ditulis. Maka itulah
sebabnya Za’ba memanggilnya bahasa sekolah. Antara lain, Bahasa Melayu Tinggi juga
dikaitkan dengan sifat kesantunannya (Awang Sariyan, 2012). Asmah Haji Omar
(2000) dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa iaitu peraturan linguistik,
peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik menegaskan akan ketepatan
bentuk dan binaan bahasa seperti sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan
tatabahasa. Jadi, Bahasa Melayu Tinggi yang dibincangkan di atas mempunyai
sifat-sifat kebakuannya di mana ianya amat penting dalam menghuraikan pertautan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu dan dialek Melau Sarawak yang dibincangkan
selanjut dalam penulisan jurnal ini.
Perbendaharaan
Kata Bahasa Melayu
Perbendaharaan
kata Bahasa Melayu lazimnya merujuk kepada jenis kata atau kelas kata.
Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan menggelompokkan kata
berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk
menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori
kata tersebut, makna kata, keserupaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam
ayat. Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh dimasukkan ke dalam golongan kata
yang sama berdasarkan ciri-ciri persamaan. Ciri persamaan ini dikenal juga
sebagai ciri morfologi, iaitu perkataan yang sama dimasukkan dalam golongan
yang sama. Selain itu, penggolongan kata juga dalam kalangan semantik di mana
jenis kata-kata tersebut dimasukkan
dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan berkenaan. Definisi
semantik ini dapat menggolongkan kata seperti orang, rumah, kereta dan sebagainya.
Manakala penggolongan kata yang ketiga dalam bahasa Melayu adalah sintaksis
yang merujuk kepada fungsi sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat.
Penggolongan kata dalam aspek sintaksis ini membolehkan sesuatu kata itu
dikelompokkan ke dalam golongan kata yang sama.
Aspek
penggolongan kata dalam bahasa Melayu mempunyai cabaran yang amat getir apabila
berhadapan dengan kewujudan variasi bahasa yang merujuk kepada kepelbagaian
bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa, iaitu sebutan, kosa kata
dan tatabahasa. Keadaan ini seolah-olah memisahkan fungsi dan makna bahasa
Melayu yang sebenarnya dalam konteks yang lebih tepat lagi Bahasa Melayu Tinggi
(Baku). Kestabilan bahasa Melayu ini sedikit tergugat dengan penularan
unsur-unsur variasi bahasa ini yang lebih dikenali sebagai dialek (loghat)
negeri, daerah dan seumpamanya.
Dialek Melayu
Sarawak
Menurut
Asmah Haji Omar (1978) dialek terbahagi kepada dua iaitu dialek sosial dan
dialek daerah. Manakala, Abd Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain (2011)
mengatakan selain dialek sosial dan dialek daerah terdapat juga dialek seketika
dalam kelompok masyarakat kita. Secara lebih lanjut lagi dialek
diklasifikasikan sebagai varian daripada sesebuah bahasa mengikut pengguna.
Dialek juga dikenali sebagai loghat, iaitu jenis bahasa yang digunakan dalam
percakapan di sesuatu tempat atau bahagian dalam negeri yang mempunyai pelat
sebutan yang khas bagi daerah tersebut. Dialek juga berbeza daripada sebutan
umum yang digunakan di negara ini.
Maka,
dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan
tatabahasa berbanding bahasa baku atau bahasa Melayu Standard. Bahasa Melayu
Standard pula merujuk kepada satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman
dalam bentuk dan fungsi bahasanya. Keseragaman dalam bentuk beerti bahawa
bahasa Melayu Standard telah dikodfikasikan baik dari segi ejaan, peristilahan
mahupun tatabahasa. Sebagai contoh, Bahasa Melayu Tinggi (Baku) yang diguna
pakai di Negara kita dalam banyak urusan rasmi seperti pendidikan, pentadbiran,
perdagangan, kehakiman dan sebagai memperlihatkan kekukuhan bahasa Melayu
Standard yang dimaksudkan.
Bagi
dialek Melayu Sarawak ianya juga merujuk kepada variasi bahasa merujuk kepada kepelbagaian bahasa
yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa, iaitu sebutan, kosa kata dan
tatabahasa. Dialek ini dipengaruhi oleh faktor geografi di mana lokasi Sarawak
yang terletak di Pulau Borneo
meletakkan masyarakat yang
anggotanya terdiri daripada pelbagai suku kaum. Komunikasi harian mereka adalah
kompleks. Semakin luas dan kompleks aktiviti sesebuah masyarakat, semakin rumit
pilihan bahasa mereka (Dewa & Muhammad, 2006).
Masyarakat
yang kompleks ini telah membawa kepada kebarangkalian untuk masyarakat tersebut
memilih satu atau beberapa bahasa sebagai alat perhubungan mereka apabila
berkomunikasi antara satu dengan yang lain atau perhubungan dengan suku kaum
yang lain. Keadaan ini akan membentuk kumpulan variasi bahasa Melayu Sarawak
yang lebih dominan dalam perhubungan seharian masyarakat. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa peranan bahasa perhubungan atau lebih dikenali sebagai lingua
franca sangat penting terutamanya dalam satu masyarakat yang pelbagai suku kaum
atau etnik (penduduk yang menuturkan bahasa pertama yang berbeza antara satu
sama lain) (Hassan, 2009). Keadaan ini akan memangkinkan lagi penggunaan dialek
Melayu Sarawak dalam proses komunikasi penduduk teruma bagi penduduk yang
majoritinya dalam kelompok bumiputera Melayu.
Justeru
itu, fokus utama penulisan jurnal ini adalah menjurus kepada variasi bahasa
dialek Melayu Sarawak berbanding dengan bahasa Melayu Standard. Aspek yang
ditonjolkan dalam analisis ini adalah merujuk kepada perbezaan dialek dari segi
kosa kata yang dimiliki oleh dialek bahasa Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu
Tinggi.
Perbandingan
Dialek Melayu Sarawak Dengan Bahasa Melayu Tinggi
(i)
Kosa Kata
Bil
|
Dialek Melayu Sarawak
|
Bahasa Melayu Tinggi
|
1.
|
pakei
|
pakai
|
2.
|
manuk
|
ayam
|
3.
|
sik
|
tak
|
4.
|
aok
|
ya
|
5.
|
kamek
|
kami
|
6.
|
kitak
|
kamu
|
7.
|
lagik, agik, gik
|
lagi
|
8.
|
nyapu
|
menyapu
|
9.
|
jeraya
|
jalan raya
|
10.
|
pandei
|
pandai
|
12.
|
ngaja
|
mengajar
|
13.
|
pusak
|
kucing
|
14.
|
pisok
|
pisau
|
15.
|
polah
|
buat
|
16.
|
molah
|
lakukan, buat
|
17.
|
iboh
|
jangan
|
18.
|
ney
|
mana
|
19.
|
gago
|
sibuk
|
20.
|
dudi
|
kemudian
|
21.
|
nemiak
|
budak
|
22.
|
biak
|
muda
|
23.
|
gilak
|
sangat
|
24.
|
tukuk
|
ketuk
|
25.
|
entingal
|
degil
|
26.
|
nerais
|
berteriak, menjerit
|
27.
|
cdak
|
orang
|
28.
|
nyerin
|
bunyi kuat
|
29.
|
moncet
|
kedudukan terakhir
|
30.
|
lejuk
|
jemu
|
31.
|
lan
|
jom
|
32.
|
Juh
|
jom
|
33.
|
bait
|
baik
|
34.
|
kelaka
|
bercakap
|
35.
|
empun
|
punya
|
36.
|
ngelayo
|
merayau
|
37.
|
raon
|
berjalan-jalan
|
38.
|
putit
|
kutip
|
39.
|
heng
|
mabuk
|
40.
|
dipirit
|
digilis
|
41.
|
angol
|
pening
|
42.
|
nilit
|
skodeng
|
43.
|
bisak
|
koyak
|
44.
|
serda
|
sendawa
|
45.
|
puluk
|
sapu ubat
|
46.
|
licak
|
lembut, becak
|
47.
|
lowek
|
memuntahkan
|
48.
|
entam
|
disebabkan, belasah
|
49.
|
segal
|
disebabkan
|
50.
|
melungak
|
mendongak
|
51.
|
ngeredak
|
menindih
|
52.
|
bante
|
belasah
|
53.
|
gugok
|
jatuh
|
54.
|
manas
|
marah
|
55.
|
begasak
|
sesuka hati
|
56.
|
berumbak
|
bergaduh dengan tarik menarik
|
57.
|
nguras
|
sampah
|
58.
|
tikam
|
baling
|
59.
|
terusuk
|
terhempas
|
60.
|
kenak
|
kenapa, kena
|
61.
|
tanggar
|
tengok, lihat
|
62.
|
diat
|
lihat, tengok
|
63.
|
tunggah
|
panggil
|
64.
|
padah
|
beritahu
|
65.
|
engkah
|
letak
|
66.
|
menongkeng
|
jatuh dengan kepala dahulu
|
67.
|
embak
|
bawa
|
68.
|
mikik
|
baiki
|
69.
|
kepak
|
penat
|
70.
|
neki’
|
daki
|
71.
|
tempek
|
tampal
|
72.
|
lonjong
|
panjang
|
73.
|
geruk
|
leher
|
74.
|
plente
|
gurau
|
75.
|
pebulak
|
penipu
|
76.
|
berolah
|
nakal
|
77.
|
sinun
|
sana, situ
|
78.
|
sitok
|
Sini, (di sitok = di sini)
|
79.
|
sine
|
di mana (di sine – di mana)
|
80.
|
tapak
|
pinggan
|
81.
|
cangkir
|
cawan
|
82.
|
kedak
|
macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
|
83.
|
debah
|
di bawah
|
84.
|
lawa
|
sombong
|
85.
|
ingga
|
menyampah
|
86.
|
ngeso
|
menunjuk-nunjuk
|
87.
|
tapok
|
bersembunyi
|
88.
|
tapuk
|
dimasukkan
|
89.
|
tepu’
|
memberi makan atau barang dengan banyak
|
90.
|
gronjo
|
tinggi Lampai
|
91.
|
mancal
|
nakal
|
92.
|
cerdit
|
petah
|
93.
|
tunok
|
bakar
|
94.
|
karan
|
elektrik
|
95.
|
rubit
|
terkoyak sedikit
|
96.
|
sumpong
|
membotak kepala
|
97.
|
pejal
|
paksa
|
98.
|
ngetak
|
kelim
|
99.
|
rumpong
|
berlubang
|
100.
|
betekang
|
sangat kotor
|
101.
|
petang
|
gelap
|
102.
|
anggong
|
membawa
|
103.
|
tebiut
|
bengkok
|
104.
|
gerek
|
teman lelaki / teman wanita
|
105.
|
kunin
|
kuning
|
106.
|
camne
|
bagaimana
|
107.
|
camya
|
macam tu
|
108.
|
kembang
|
bengkak
|
109.
|
kalas
|
merah jambu
|
110.
|
gadong
|
hijau
|
111.
|
ngkodok
|
ungu
|
112.
|
kacak
|
cantik
|
113.
|
jaik
|
hodoh, jahat
|
114.
|
asuk
|
anjing
|
115.
|
semangka
|
tembikai
|
116.
|
tetak
|
ketawa
|
117.
|
mauk
|
nak
|
118.
|
babo
|
nyanyuk
|
(Sumber:
Madzhi Johari, 1988)
(ii)
Perkataan ‘kamek’ dan ‘kitak’
Selain
itu, terdapat juga perkataan ‘kamek’ dan ‘kitak’ di dalam dialek
bahasa Melayu Sarawak. Perkataan ini disifatkan halus dari segi ungkapannya
memandangkan ianya digunakan terhadap individu yang lebih berusia. Di samping
itu, perkataan ini lazimnya digunakan bagi orang yang baru jumpa atau kenal
kerana ia menggambarkan sifat bersopan santun.
(a)
Kamek -
saya
(b)
Kitak -
awak
(iii)
Penggunaan Kata
Penguat
Penggunaan
Kata Penguat di dalam Dialek Sarawak tidak jauh bezanya dengan Bahasa Melayu
Tinggi. Contohnya, penggunaan perkataan ‘gik’ sama maksud dengan perkataan
‘-lah’
(a)
belaja gik - belajar lah
(b)
udah gik - sudah lah
Perkataan
‘indah’ berfungsi sebagai kata penyudah di akhir ayat dan
menguatkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya.
(a)
sakit indah - sakit pula
(b)
manas indah - marah pula
(c)
makan indah - makan pula
Perkataan
‘lok’ berfungsi untuk menguatkan ekspresi maksud perkataan sebelumnya
dan sebagai kata penyudah di akhir ayat. Sebutan ‘lok’ perlu panjang
bukannya pendek.
(a) nunggu
lok - tunggu dulu
(b) nangga lok - tengok dulu
(c) klaka
lok - bercakaplah dulu
Perkataan
‘koh’, ‘juak’, ‘ya’ dan ‘bah’ ialah penambahaan
perkataan untuk menguatkan lagi ekspresi maksud perkataan sebelumnya. Huruf a,
oh dan ah dipanjangkan atau ditekan untuk menunjukkan ekspresi
maksud perkataan sebelumnya.
(a)
aok bah - yalah / baiklah
(b)
iboh camya bah - janganlah macam tu
(c)
udah gik ya - sudah lah
(d)
lamak juak - lama betul
(e)
nyalah
koh – itulah
Perkataan
‘nya’ mempunyai banyak makna dan juga digunakan untuk menguatkan
ekspresi maksud perkataan sebelumnya. Sebutan ‘nya’ bergantung kepada
situasi. Samada dalam nada marah atau biasa.
(a)
nya - dia /
betul
(b) amak
nya juak nya tok koh - Sudah lama betul dia ini
Cara
penyampaian Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melayu Tinggi agak berbeza. Sebutan
Dialek Melayu Sarawak yang ketara adalah pada huruf ‘r’ dimana
ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu diutara
Semenanjung.
(a) mirah - merah
(b) geruk – leher
Terdapat
juga pertukaran huruf ‘f’ kepada huruf ‘p’ menyebabkan sebutan
huruf ‘f’ menjadi ‘p’.
(a)
tepon - telefon
(b)
paham - faham
(c)
pikir – fikir
Pertukaran
huruf ‘o’ kepada huruf ‘u’ menyebabkan sebutan huruf ‘o’ menjadi
‘u’
(a)
urang
- orang
(b)
tulak - tolak
(c)
rusak – rosak
Selain
itu, perkataan yang mengabaikan sama sekali sebutan huruf vokal.
(a)
krusi - kerusi
(b)
brani – berani
(iv)
Maksud
Dialek Lama Melayu Sarawak
Terdapat
juga Dialek Sarawak lama yang digunakan oleh orang-orang tua Sarawak
terutamanya di Bahagian Kuching. Dialek Sarawak Lama jarang digunakan oleh
generasi muda pada masa sekarang. Berikut ialah beberapa perkataan Dialek
Sarawak Lama:
Bil.
|
Perkataan
|
Maksud
|
1.
|
bekukut
|
bertahan sesuatu benda
|
2.
|
ngebor
|
labuh
|
3.
|
belukuk
|
malang
|
4.
|
nyerindin
|
naik bulu roma
|
5.
|
belunyak
|
bergolek atas tilam
|
6.
|
betinjak
|
pijak
|
7.
|
bekunto
|
berlawan
|
8.
|
betandak
|
menari
|
9.
|
bebukut
|
bergaduh
|
10.
|
bersendik
|
bersebelahan
|
11.
|
nerebes
|
hampir-hampir di tebing
|
12.
|
loar pontong
|
seluar pendek
|
13.
|
tempa
|
marah
|
14.
|
buk
|
buku
|
15.
|
unipon
|
uniform
|
16.
|
bulu bansu
|
bulu kening
|
17.
|
ladin
|
pisau
|
18.
|
lang
|
pintu
|
19.
|
sukut
|
sisi
|
20.
|
pagu
|
para
|
21.
|
telok
|
bilik
|
22.
|
diniari
|
subuh
|
23.
|
pagi awal
|
awal pagi
|
24.
|
benghal
|
lapisan
|
25.
|
gadong
|
hijau
|
26.
|
beshedo
|
bersolek
|
27.
|
kalas
|
merah jambu
|
28.
|
ngkodok
|
ungu
|
29.
|
minak
|
cuma
|
30.
|
baju panas
|
baju-T
|
31.
|
baju telok belanga
|
baju batik
|
32.
|
ngetor
|
jalan-jalan
|
(Sumber:
Madzhi Johari, 1988)
Rumusan
Sebagai
rumusan dapatlah dikatakan bahawa budaya merupakan aspek penting yang
mempengaruhi individu dalam kebanyakan aspek kehidupan termasuklah dalam
hubungan interpersonalnya. Dalam konteks
dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Tinggi sememangnya amat berbeza dan
mempunyai kelebihan masing-masing. Setiap individu mempunyai budaya tertentu
yang membezakannya di antara satu sama lain. Antara perbezaan yang ketara ialah
perbezaan dari segi dialek (loghat) negeri atau daerah yang akan mempengaruhi
gaya pertuturan seseorang individu itu. Perbezaan ini adakalanya boleh
menimbulkan kesukaran dalam perhubungan sekiranya kedua-dua pihak mengambil
sikap tidak cakna serta tidak berusaha untuk memahami perbezaan tersebut.
Justeru itu, setiap individu yang berada di dalam kelompok masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian identiti dan budaya perlulah berusaha memahami perbezaan
dialek tersebut dan cuba menyesuaikan diri dengan mengambil sikap saling
menghormati antara satu sama lain, berusaha untuk mempelajari budaya lain,
mengurangkan ketidakpastian dengan bertanya serta menerima perbezaan yang wujud
yang menjadikan sesebuah masyarakat itu penuh warna-warni.
Rujukan
Abdullah
Hassan. (1976). Kursus dalam Perkhidmatan Kakitangan Penting
Bahasa Malaysia. Artikel.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rashid Daing Melebek Amat Juhari Moain. (2011).
Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2000). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2012). Penerapan
Bahasa Melayu Tinggi dalam Bidang Pendidikan. Kertas Kerja Seminar
Pemantapan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Anjuran Persatuan
Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, Jabatan Pendidikan Sarawak dan Dewan Bahasa
dan Pustaka di Hotel Merdeka Palace, Kuching Sarawak. pada 16-18 September
2012.
De Saussure (1916)
de Saussure, Ferdinand, Course in General Linguistics, translation,
introduction, and annotation. By Roy Harris,
edited by Bally and Sechehaye and
Riedlinger, Duckworth, 1983.
Madzhi Johari. (1988).
Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Meyerhoff, M. (2011). Introducing
Sociolinguistics. New York: Routledge.
Zainal
Abidin Merjan. (1992). Daftar Kata. Bahasa Malaysia-Dialek Melayu Sarawak
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)