Sejak abad ke-15, Sarawak di bawah naungan Brunei.[1]
Dalam menguruskan pentadbiran, seorang Gabenor dilantik sebagai wakil kerajaan
Brunei. Biasanya penyandangnya dipilih daripada kerabat diraja Brunei.
Pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak yang terdiri daripada golongan datu ditunjuk
untuk membantu Gabenor. Mereka termasuklah Datuk Patinggi, Dato Bandar dan Datu
Temenggung. Kemudiannya, Sarawak diperintah dan ditadbir oleh kerajaan Brooke
selanjutnya yang banyak mencetuskan penentangan dan protes.
Bagi kajian ini, pengkaji akan
meneliti dan mengupas berhubung gerakan protes menentang kerajaan Brooke di
Sarawak. Fokus kajian adalah berdasarkan
kerengka masa daripada tahun 1841 sehingga 1930. Di antara objektif-objektif kajian adalah
mengenalpasti sejarah penentangan masyarakat tempatan terhadap pemerintahan
Brooke di Sarawak yang didominasi kaum-kaum Melayu, Cina dan Iban (Dayak).
Kajian juga turut melihat akan peranan dan sumbangan tokoh-tokoh yang terlibat
dalam mendalami isu-isu gerakan protes ini. Dari segi permasalahan kajian ianya
menjurus kepada kurangnya kajian yang berkaitan dilakukan oleh pengkaji lainnya.
Hal ini turut didorong oleh perasaan ingin tahu pengkaji berkaitan dengan
gerakan protes dalam konteks tokoh-tokoh di Sarawak terhadap kerajaan Brooke.
Kajian
ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat supaya dapat menghargai
sumbangan tokoh-tokoh terdahulu di samping susur galur sejarah yang berkaitan
dengan gerakan protes di Sarawak. Skop
kajian juga tertumpu di negeri Sarawak sahaja. Bagi sorotan kajian yang
berkaitan, terdapat pelbagai tulisan dan penerbitan yang dihasilkan pengkaji
tempatan dan luar negara untuk dijadikan rujukan dan sumber ilham yang amat
penting dalam menghasilkan kajian ini selengkap-lengkapnya.
Dari
segi methodologi, pengkaji lebih cenderung menggunakan sumber perpustakaan
dalam mengumpul maklumat dan sekaligus menghuraikan dapatan kajian ini.
Pelaporan dalam bentuk esei ilmiah turut memaparkan gerakan protes ini secara
menyeluruh dengan sokongan tulisan dan kajian-kajian terdahulu berhubung dengan
tajuk ini.
Pada abad ke-19 berlaku gerakan protes terhadap Brunei
di Sarawak (khususnya di Kuching). Mereka menentang Pengiran Mahkota yang
dilantik oleh Sultan Umar Ali Saifudin 11 sebagai wakil baginda di Sarawak. Faktor
utama penentangan ialah penindasan. Pengiran Mahkota bertindak sesuka hati dan
mengenakan cukai yang tinggi. Perasaan tidak puas hati juga berlaku kerana
Pengiran Mahkota mengeksploitasi sistem kerah melombong antimoni dan emas di
Bau. Pemberontakan ini dihubungkaitkan juga dengan Pengiran Usop yang dibuang
dari istana Brunei. Beliau yang mempunyai kepentingan dalam perdagangan
antimony telah menghasut orang Sarawak menentang Pengiran Mahkota.[2]
Orang-orang Melayu, Bidayuh dan Cina bangun menentang
Pengiran Mahkota di bawah pimpinan Datu Patinggi Ali. Kumpulan penentang
Berjaya mendapat bantuan senjata dan makanan daripada Sultan Sambas.[3]
Sultan Brunei Pengiran Muda Hashim untuk menyelesaikan masalah. Bagaimanapun
beliau gagal kerana Pengiran Mahkota tidak dipecat dan meneruskan kegiatannya.
Ketidak stabilan politik Sarawak ini akan membuka ruang kepada James Brooke
untuk campur tangan.
James Brooke tiba di Sarawak pada 15 Ogos 1839.
Pengiran Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan
pemberontakan.[4]
Pada bulan Februari 1841, James Brooke dilantik sebagai Residen Sarawak. Lapan
bulan kemudian Pengiran Muda Hashim melantiknya sebagai Gabenor Sarawak. Pada 1
Ogos 1842, James Brooke diisytiharkan sebagai Rajah Sarawak. Walaupun perlantikan
ini dibuat sebagai mengenang jasa James Brooke menghapuskan kegiatan lanun dan
Pengeran Mahkota tetapi james Brooke juga menggunakan tekanan dan paksaan ke
atas Pengiran Muda Hashim bagi memenuhi tuntutan.
Dalam usaha mengukuhkan kedudukan di Sarawak, James
Brooke berusaha menghakis pengaruh kesultanan Brunei. Pembesar-pembesar dari
Brunei diketepikan. James Brooke melantik ketua-ketua Melayu Sarawak memegang
jawatan kerajaan. Antaranya termasuklah Datu Patinggi Ali, Dato Temenggung
Marsal, Datu Bandar Kanca, Muhammad Lana (anak Datu Ali) dan Pengiran Matusin.
Keturunan bangsawan Sarawak bergelar “Abang” kemudiannya diberi peluang untuk
menjadi pegawai kerajaan kelas 2.[5]
James Brooke juga mengambil langkah mengadakan peraturan dan undang-undang
mengikut pola barat.[6]
Walaupun James Brooke Berjaya mendapat sokongan
sebilangan orang tempatan tetapi ramai juga bumiputera yang tidak mahu tunduk
dan mengiktiraf pemerintahan Brooke. Mereka tidak menghormati undang-undang
yang dikeluarkan oleh Rajah Brooke, merompak dan melanin serta melawan dengan
mengangkat senjata. Malah seorang pemimpin Iban bernama Linggir membuat
percubaan membunuh Raja Brooke sewaktu diadakan ‘rumah terbuka’.[7]
Pada zaman Kesultanan Brunei, banyak kawasan yang
diperintah secara bebas. Sekumpulan pembesar merdeka daripada keturunan Syarif
Arab membina kekuasaan mereka terutama di Saribas dan Sekrang. Selain orang
Melayu pembesar-pembesar ini juga disokong oleh puak-puak Iban yang tinggal di
Saribas, Sekrang dan Batang Lupar.[8]
Pembaharuan yang cuba diterapkan oleh James Brooke ternyata mengongkong dan
merugikan dan menyebabkan sumber pendapatan pembesar terjejas. Bahkan peraturan
ini juga bermakna simbol kekuasaan mereka terancam.
Peristiwa Gerakan Sharif Sahap (1850-1860) turut
berlaku di Bahagian Sibu. Kebangkitan ini didorong oleh keinginan
pemimpin-pemimpin tempatan untuk mengekalkan kuasa dan hak tradisional.
Penentangan mereka dikenali sebagai ‘pakatan Melayu’ atau ‘Episod Mukah’.[9]
Kerajaan Brooke terpaksa mengambil tindakan tegas meminda kebangkitan ini
kerana mahu menguasai kawasan pengeluaran sagu.[10]
Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Sharif Sahap dan adiknya Sharif Mullah,
Sharif Sahap menjadi pemerintah di Sekrang dan adiknya di Saribas.
Pengikut-pengikut mereka terdiri daripada orang Melayu dan orang Iban dari
Saribas, Sekrang dan Batang Lupar. Rajah Brooke tidak menyenangi pengaruh
Sharif Sahap ke atas orang Iban terutama yang tinggal di sempadan. Rajah Brooke
mendesak
Pengiran Muda Hashim mengenakan tekanan ke atas Sharif
Sahab tetapi kurang berkesan. Rajah Brooke juga tidak menyenangi kegiatan
Sharif Sahap dan kuncu-kuncunya dalam aktiviti merompak (melanin) ke atas
kapal-kapal perdagangan dan jiran-jiran yang menjadi musuh mereka. Sharif Sahap
juga dikatakan terlibat dalam kegiatan memperdagangkan hamba abdi.[11]
Malah pada tahun 1842 Sharif Sahap merancang menyerang Kuching tetapi
dibatalkan kerana perkara ini bocor dan Rajah Brooke didapati membuat persediaan
yang mencukupi.
Dalam usaha menghapuskan penentang-penentang, Rajah
Brooke menggunakan alas an ‘lanun’. Kerajaan Brooke gagal memberi
penjelasan yang jelas terutama sasaran
serangan. Tindakan Brooke dibantah keras oleh beberapa golongan di England
termasuk pertubuhan agama.[12]
Graham Irwin menganggap kempen anti lanun sebagai kezaliman yang tidak perlu
dan tidak berhati perut.[13]
Rajah Brooke telah berjaya meyakinkan kerajaan British
supaya membantu beliau menghapuskan kegiatan lanun. Kapal-kapal perang British
dihantar untuk membantu dari masa ke semasa. Pada tahun 1844, Kapten Henry
Keppel dan kapal perang H.M.S. Dido dan Phlegethon Berjaya mengalahkan Sharif
Sahab dan Sharif Mullah di Pemutus da Undup. Bagaimanapun kedua bersaudara ini
Berjaya meloloskan diri dan bersatu dengan Syarif Jaafar di Lingga. Pihak
British memburu mereka hingga ke Kapuas dan ini memaksa mereka berundur ke
Pontianak. Sharif Sahab kemudiannya meninggal di Pontianak.[14]
Pihak British mengambil tindakan menyerang
sekutu-sekutu Sharif Sahab yang terdiri daripada orang Iban di Sekrang, Undup
dan Batang Lupar. Walaupun orang Iban kalah tetapi mereka Berjaya membunuh tiga
orang askar British dan mencederakan lima puluh enam orang. Datu Patinggi Ali
(ketua orang Melayu Kuching) juga turut terkorban.[15]
Sharif Mullah telah diberi pengampunan dan dibenarkan menetap di Sekrang.
Manakala Syarif Jaafar dipecat daripada jawatan pembesar Lingga dan dikehendaki
tinggal di Sadung. Langkah Rajah Brooke gagal menyekat gerakan penentangan
daripada penyokong-penyokong Syarif Mullah. Mereka sekali lagi bersama-sama
orang Iban Sekrang menyerang Kuching pada tahun 1845. Percubaan serangan ini
juga gagal dan selepas itu gerakan ini semakin reda.
Bagi Gerakan Syarif Masyhur, 1854-1861 dikatakan
menggantikan Datu Patinggi Abd. Rahman sebagai pemerintah Sarikei sejak tahun
1849. Beliau dikatakan berasal daripada kampong Igan di muara Sungai Rejang dan
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datu Patinggi Abd. Ghafur serta orang Melanau Rejang. Bila Sarawak
diserahkan kepada James Brooke, kedudukan Sharif Masyhur terus diiktiraf.
Beliau seorang yang berkebolehan dan bercita-cita tinggi. Pengaruhnya begitu
besar dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di Bahagian Sarikei. Bagi
pandangan pentadbiran Brooke pula pemimpin Melayu yang berkebolehan dianggap
pengacau.[16]
Pada tahun 1854, Datu Patinggi Abd. Ghafur dipecat
dari jawatan sebagai salah seorang pembesar utama Melayu Sarawak. Rajah Brooke
tidak berpuas hati dengan tindakan Abd. Ghafur yang mengenakan cukai yang
tinggi. Beliau kemudiannya mengadakan pakatan dengan Sharif Masyhur untuk
membunuh Rajah Brooke dan semua orang Eropah di Sarawak. Rancangan ini gagal
kerana rahsianya bocor. Abd. Ghafur ditangkap dan dinasihatkan ke Mekah.[17]
Sharif Masyhur terpaksa berbaik dengan
James Brooke dan membenarkan Rajah mendirikan kubu di Sarikei.
Ketegangan berlaku lagi pada tahun 1855 bila Pengiran
Matusin yang menjadi penyokong kuat Rajah Brooke membunuh Pengiran Arshad
(wakil Sultan Brunei dan mertua Syarif Masyhur). Sharif Masyhur mengambil
tindakan balas menyerang Mukah dengan bantuan orang Iban Kanowit dan Sungai
Rejang.[18]
Serangan ini dipatahkan dan Syarif Masyhur dilucutkan jawatan sebagai ketua di
Sarikei.
Pada 25 Jun 1859 dua orang pegawai Eropah bernama
Charles Fox dan Henry Steele dibunuh di Kubu Kanowit. Dua orang Iban bernama
Sawing dan Sakalai turut terlibat. Menurut cerita lisan Kanowit, Sawing yang
sudah beristeri berhasrat mengahwini seorang gadis bernama Nyalede. Gadis ini
member syarat supaya Sawing menyediakan dua kepala orang putih.[19]
Mengikut sumber barat, pembunuhan ini berlaku akibat merebaknya sikap anti
barat ekoran pembunuhan berama-ramai ke atas orang Eropah di Banjarmasin pada
tahun 1859.[20]
Kerajaan Brooke mendapati orang Iban dari Kanowit, Poi dan Ngemah juga
terlibat. Penggerak utama dan perancang di belakang peristiwa ini bagi Rajah
Brooke tentunya Sharif Masyhur. Malah tindakan ini dianggap sebagai usaha
pembesar-pembesar Melayu untuk menggulingkan Rajah Putih.[21]
Pakatan Melayu memuncak menjelang tahun 1860. Lebih
ramai pembesar-pembesar Melayu terlibat. Bahkan Pengiran Temenggong Hashim
Jalil dari Brunei juga menyertai Sharif Masyhur. Menurut Joan Rawlins, Pengiran
Temenggung tersebut sebenarnya rakyat biasa bernama Tunjang. Tunjang diarahkan
pergi ke beberapa tempat di Borneo untuk menarik sokongan.[22]
Pengiran Temenggung diarahkan ke Pontianak untuk mengatur rancangan serangan ke
atas Kuching bersama Datu Patinggi Abd Ghafur yang dalam buangan di Pontianak.
Mengikut rancangan ini, Sharif Masyhur akan berjumpa mereka di Sungai Batang
Rejang sebelum menyerang Kuching secara besar-besaran. Bagaimanapun pakatan
mulai terencat bila Pengiran Temenggung dan Pengiran Abd Ghafur ditangkap oleh
Belanda di Pontianak. Kedua-duanya dihantar ke Jakarta dan dipenjarakan.[23]
Pakatan ini semakin padah bila Pengiran Matusin yang diajak turut serta telah
memberitahu Rajah Brooke tentang rancangan menyerang Kuching.
Angkatan perang Syarif Masyhur dikalahkan oleh pasukan
Rajah Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke di Sadong pada bulan Februari
1860. Syarif Mashyur melarikan diri ke Sarikei dan kemudian ke Igan. Sudah
menjadi kebiasaan pemerintah Brooke mengambil tindakan menghukum dan
memusnahkan kawasan golongan penentang atau penyokong mereka. Charles Brooke
mengambil tindakan membakar rumah-rumah di Sarikei dan Igan. Akibatnya, enam
puluh empat orang pengikut Syarif Masyhur terkorban. Syarif Masyhur terpaksa
mendapat perlindungan daripada iparnya pengiran Nipa di Mukah. Pengiran Nipa
juga aktif dalam gerakan anti British
dan sering menganggu kapal-kapal perdagangan British. Rajah Brooke cuba
menyekat kegiatan ini dengan menyerang Mukah pada bulan Ogos 1860 tetapi gagal
mengalahkan Pengiran Nipa.[24]
Dalam usaha menghadapi Syarif Masyhur seterusnya pihak
Rajah Brooke menggunakan Sultan Brunei untuk melemahkan penentangan. Sultan
Mukmin telah memerintahkan Syarif Masyhur keluar dari Mukah. Setelah berunding
dengan Syarif Masyhur, kerajaan Brooke membenarkan tokoh penentang itu keluar dari Mukah. Syarif Masyhur memilih
Singapura sebagai tempat menetap dan meninggal di sana pada tahun 1890. Rajah
Brooke juga Berjaya melantik penyokong kuatnya Pengiran Matusin sebagai Pegawai
Bumiputera Mukah.[25]
Bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya, Rajah Brooke mula berunding untuk mendapat
kawasan tersebut supaya gerakan penentangan dapat dikawal dengan lebih
berkesan. Sultan Brunei bersetuju menyerahkan kawasan meliputi Mukah, Rejang,
Oya, Tatau dan Lembah Sungai Bintulu dengan bayaran tahunan $4,500.[26]
Bagi gerakan prores orang Cina, 1857 banyak
dipengaruhi factor kedatangan orang cina ke Borneo pada abad ke-18 dijemput
oleh Sultan-sultan Melayu untuk bekerja di lombong emas. Mulanya penduduk Cina
di Sarawak kecil sahaja bilangannya dan tinggal di Pengkalan Tebang (sempadan
Kalimantan Belanda-Sarawak). Pada peringkat awal pelombong-pelombong Cina di
Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian sebelum menubuhkan kongsi.[27]
Bila antimony menjadi barang dagangan penting pada tahun-tahun 1820-an ramai pelombong
Hakka berpindah ke Bau untuk melombong. Kegiatan perlombongan ini dibuat
melalui kongsi San-tiao-kou.[28]
Orang Cina di Bau mempunyai hubungan baik dengan orang Cina di Sambas
(Kalimantan Belanda). Orang Cina Sambas dikatakan tidak begitu gemar mengikut
peraturan yang dikenakan oleh kerajaan. Perlakuan ini diikuti oleh orang Cina
di Bau.
Menjelang tahun 1850-an penduduk Cina di Ulu Sarawak
meningkat hingga empat ribu orang. Dorongan kemasukan merek adalah kerana
jaminan kestabilan pemerintahan Brooke dan dasar liberal Brooke dalam pemberian
tanah dan perlombongan. Kebanyakan penghijrahan Cina ini dating dari kawasan
Kalimanatan Belanda, khususnya Sambas. Keadaan di Sambas telah menjadi faktor
penolak penghijrahan tersebut. Kerajaan Belanda mengenakan tekanan kuat ke atas
komuniti Cina bagi memastikan keberkesanan pentadbiran. Di samping itu
pergaduhan juga sering berlaku dalam masyarakat Cina Sambas akibat pergaduhan
antara kongsi gelap San-tiao-kou dengan Ta-king.[29]
Di Sarawak kedua-dua kongsi gelap ini bersatu dan
menyusun organisasi lebih besar dan menjalankan kegiatan perlombongan di Bau,
Bidi, Paku dan Tandong. Selain bermatlamat ekonomi, kongsi ini juga bertujuan
untuk menegak dan mengekalkan autonomi etnik Cina. Pihak kongsi menjalankan
pemerintahan sendiri termasuk menguruskan system kehakiman, membuat senjata,
menggunakan mata wang sendiri dan mengibarkan bendera sendiri sebagai lambing
kuasa politik.[30]
Walaupun Rajah Brooke menggalakkan perlombongan dan pertanian tetapi tidak
berhasrat memberi status pemerintahan sendiri kepada orang Cina seperti yang
dibuat oleh Kesultanan Sambas dan Sumatra Barat.[31]
Ini kerana langkah sedemikian akan mendorong ke arah wujud negeri dalam negeri.
Bagi orang Cina di Bau mereka mengendahkan hasrat
Brooke. Mereka terus menggalakkan kemasukan orang Cina yang hamper sama suku
dan dialek bagi mengukuhkan kedudukan. Menurut orang Cina di Bau, kongsi sudah
membuat perjanjian dengan Pengiran Muda Hashim dan hak yang diberikan kepada
orang Cina tidak berubah walaupun Rajah Brooke diberi kuasa memerintah Sarawak.
Dalam kata lain, kongsi yang bertapak lebih awal di Bau daripada James Brooke
tidak boleh menerima tuntutan hak kekuasaan Rajah Putih tersebut. Rajah Brooke
menyedari sejak abad ke-18 lagi di Borneo Barat kecenderungan,
…when kongsi, usually situated up-river, because
strong enough, they challenged the authority of down-river centres. A similar
geopolitical conflict was to take place in Sarawak between the up-river Bau
kongsi and the down-river based white Rajah. (John M. Chin, 1981, hal. 30).
|
Pada awal tahun 1850-an, kongsi tidak menentang
kerajaan secara aktif. Ini mungkin didorong oleh zaman kemakmuran di Bau ketika
itu. Bagaimanapun terdapat golongan tetentu dalam komuniti Cina yang
menjalankan kegiatan yang tidak disenangi oleh Rajah Brooke. Rajah Brooke
menyedari adanya ‘negeri dalam negeri’ yang akan mengancamnya. Oleh itu, pada
tahun 1852 dibentuk daerah Bau bagi memastikan kuatkuasa kerajaan Brooke
dipatuhi. Orang Cina dibenarkan melantik kapitan mereka sendiri di samping
seorang kapitan Inggeris yang mewakili kerajaan Brooke. Kedua kapitan ini
diberi tanggungjawab mentadbir kawasan pendalaman ini. Bagaimanapun had kuasa
kongsi dikurangkan. Kongsi tidak boleh membuat keputusan-keputusan penting atau
mengendalikan kes jenayah di luar kelompok mereka. Kongsi juga tidak dibenarkan
mengambil tanah orang Dayak atau membina parit tanpa kebenaran kerajaan.[32]
Rajah Brooke mula menguatkuasakan peraturan dan
menangkap agen-agen kongsi dari Singapura dan ahli-ahli yang dianggap
mengancam. Tuan Muda Charles Brooke pula memerintah orang Cina membina kubu
kerajaan di Belidah ddan meminta orang Cina menyerah senjata. Ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalanagan masyarakat Cina di Bau. Perasaan tidak
puas hati semakin memuncak bila kerajaan Brooke melaksanakan undang-undang
candu.[33]
Sebagai langkah memprotes orang Cina di pendalaman tidak mengeksport emas melalui Kuching tetapi melalui Sambas. Mereka
tidak mahu Kuching muncul sebagai pelabuhan entrepot walaupun Sungai Sarawak
satu-satunya jalan yang menghubungkan Bau dengan dunia luar. Lagipun,
perdagangan di Kuching dikuasai oleh puak Hokkien dan Teochius yang
bermusuhan dengan Hakka.[34]
Lagi satu kaedah orang Cina di Bau menentang undang-undang candu ini ialah dengan
menyeludupnya dari Singapura dan Pulau Natuna. Nampaknya krisis candu ini
menjadi pemangkin kepada tercetusnya perang.[35]
Ada pendapat mengatakan kebangkitan ini ada hubungkait
dengan cita-cita menggulingkan dinasti Ching di China dan gerakan anti British
di Canton.[36]
Pada tahun 1856, Persuruhjaya Canton menawarkan $30 untuk sebiji kepala orang
British. Ini menyebabkan orang Cina di Borneo menunggu peluang untuk
menimbulkan kekacauan.[37]
Menurut pandangan lain kebangkitan ini
hanya bersifat tempatan dan kalau ada pun pengaruh luar hanya dari Sambas. Lagipun sentiment anti Brooke
tidak meluas. Orang Cina di Kuching dan pelombong Hakka di Marup, Batang Lupar
tidak member sokongan.[38]
Orang Cina di Bau membuat keputusan untuk memberontak
dan menggulingkan kerajaan Brooke yang dianggap menindas mereka. Mereka mahu merampas
kuasa dan membunuh Rajah Brooke serta orang Eropah dalam usaha untuk
mengembalikan cara hidup kongsi. Pada 18 Februari 1857, lebih kurang enam ratus
orang Cina Bau berangkat ke Tundong ke Kuching untuk menyerang kediaman Rajah
Brooke. Akibat serangan yang tidak diduga
Rajah Brooke terpaksa mencari perlindungan di rumah orang Melayu.
Sebenarnya kongsi tidak berminat menubuhkan kerajaan di Kuching dan mereka
meminta Ludvig Helms (Pengurus Syarikat Borneo) yang mempunyai hubungan dagang
dengan kongsi dan seorang pedagang bernama Rupell untuk menguruskan hal ehwal
luar. Manakala Datu Bandar diminta memerintah orang Melayu di Kuching. [39]
Rajah Brooke dengan dibantu oleh orang Melayu dan Iban Berjaya membuat serangan
balas. Lebih kurang 3,500 orang Cina terkorban atau melarikan diri ke Sambas.[40]
Dalam konteks gerakan protes orang Iban, orang Iban
telah bersekutu dengan orang Melayu dalam gerakan anti Brooke. Bila Rajah
Brooke Berjaya menangani gerakan ini, orang Melayu dan Dayak Laut digunakan
sebagai sekutu yang berguna khususnya dalam usaha menekan kebangkitan orang
Dayak Ulu. Bahkan kecenderungan Iban Laut dari Saribas dan Sekrang bermusuhan
dengan orang Iban Balau (Lingga), Undup dan Seboyan Berjaya dimanfaatkan oleh
Rajah Brooke.[41]
Gerakan penentangan orang Dayak jelas bersifat tempatan tetapi tidak begitu
mudah untuk ditundukkan.
Gerakan Rentap 1849-1861 turut mendominasi gerakan
protes ini. Tokoh ini lahir sekitar tahun 1800 dan tinggal di kawasan Sungai
Saribas. Nama asalnya Libau dan mula menggunakan nama Rentap selepas ‘potong
kepala pertama’. Ini selaras dengan tradisi potong kepala dalam kalangan orang
Dayak.[42] Rentap mula terlibat dalam gerakan anti
Brooke bila turut berjuang menentang angkatan Rajah Brooke dalam peperangan di
Benteng Maru. Ini berlaku pada 31 Julai 1849. Rentap mula mengukuhkan kedudukan
dengan membina kubu di Tabbat. Gerakan penentangan ini mendapat sokongan dari
kawasan Sekrang dan Saribas. Dalam usaha untuk melindungi penduduk yang
menyokong kerajaan, Rajah Brooke terpaksa membina kubu di Lingga. Bagaimanapun
ini tidak menghalang Rentap daripada menyerang kubu Brooke di Sekrang dan
Lingga. Bagi mengatasi masalah ini Charles Brooke dihantar mengetuai ekspedisi
menghukum. Oleh kerana kurang tenaga, Charles Brooke mendapat bantuan
sukarelawan Dayak yang sememangnya sedia berperang tanpa gaji. Ekspedisi ini
dikenali sebagai ekspedisi Sungai Lang.[43]
Ekspedisi ini kurang berhasil.
Pada bulan Disember 1852 Rajah Brooke datang ke Sekrang
untuk berunding tetapi Rentap menolak. Satu lagi ekspedisi menghukum dihantar
pada bulan Ogos 1854. Angkatan ini terdiri daripada tujuh ribu orang Melayu dan
Dayak. Ekspedisi ini mulanya diarahkan menyerang rumah panjang di Apai Dendang
sebelum menyerang Rentap di Sungai Lang. walaupun Rentap cedera tetapi sempat
menyelamatkan diri dan kemudian mengambil tindak balas menyerang orang Dayak
yang menyokong Rajah Brooke. Pada tahap ini nama Rentap begitu popular dan
menjadi pusat tumpuan penentang kerajaan Brooke. Rentap telah mengisyitiharkan
dirinya sebagai Raja Pendalaman. Bagi mengukuhkan kedudukan, Rentap telah
membina kubu di Sadok. Pada tahun 1857, sekali lagi Charles Brooke (Tuan Muda) mengetuai
ekspedisi menghukum tetapi terpaksa berundur sekali lagi. Sekali lagi Rentap
dan penyokong-penyokongnya membalas dendam dengan menyerang orang Dayak yang
menyokong Rajah Brooke. Kali ini tumpuannya di Lupar dan Saribas. Satu lagi
langkah yang dibuat oleh Rentap bagi mengukuhkan kedudukannya ialah dengan
membina kubu di Betong.[44]
Menjelang tahun 1858, kepopularan Rentap mulai
merosot. Orang Dayak tidak suka tindakannya menceraikan isterianya dan kemudian
berkahwin dengan wanita muda bernama Ranee Sadok.[45] Dalam pada itu, Rajah Brooke meneruskan
tekanan dengan menghantar ekspedisi menghukum pada tahun 1858. Ekspedisi yang
dihantar pada bulan September 1861 ternyata lebih berkesan dan Kubu Rentap di
Bukit Sadok ditawan pada bulan berikutnya. Rentap melarikan diri ke dalam hutan
tetapi kemudiannya tinggal di Etabai dan seterusnya di Wak, Julau sehingga usia
tuanya dan meninggal di Tembawai panggil.[46]
Penentangan Bantin 1896-1908 dan orang Iban mempunyai
kaitan dengan tradisi dan kebudayaan yang sukakan akan peperangan, potong
kepala dan migrasi. Kebangkitan Iban lebih bersifat kelompok dan tidak terlalu
bergantung kepada institusi kepimpinan. Orang Iban Nampak seperti tidak ada
ketua atau seseoang yang paling berpengaruh untuk dipatuhi. Ketua-ketua Iban
yang ada termasuklah Tuai Serang (Ketua Perang), Tuai Kayau (Pahlawan Utama),
Manok Sabong (Hulubalang), Tuai Menoa (Ketua / Pemimpin) dan Tuai Rumah (Ketua
Rumah Panjang). Bagi orang Iban yang mempunyai hubung kait dengan Kesultanan
Brunei, ketua-ketua Iban tersebut diberi gelaran Orang Kaya, Orang Kaya
pemancha, Orang Kaya Panglima dan Orang Kaya Temenggung.[47]
Bagaimanapun masyarakat Iban tidaklah begitu berkesedaran kelas. Malah Bantin pun daripada kalangan
rakyat bawahan.[48]
Oleh itu, kepimpinan Bantin dapat dilihat sebagai pemangkin aktifnya gerakan
penentangan.
Bantin lahir sekitar tahun 1855-60, di Delok. Beliau
bergelar Ijau Layang. Mula terlibat
dalam peperangan menentang Rajah Brooke pada tahun 1875 di Bukit Seligi. Pada
pandangan orang Iban beliau tidaklah dapat menjadi panglima yang digeruni. Ini
kerana beliau tidak mempunyai dua kualiti penting kepimpinan. Iban iaitu
‘mimpi’ dan ‘tau serang’. Mengikut Robert Pringle (1970), Bantin tidak pernah
mendakwa bermimpi diberi tugas memimpin angkatan perang.[49]
Kepercayaan sebegini amat penting dalam masyarakat pagan[50]
dalam usaha mengukuhkan keyakinan peribadi dan pengikut. Didorong oleh kepercayaan inilah
pemimpin-pemimpin Iban dahulu memusatkan
pemikiran kepada mimpi. Bantin sendiri mendakwa pernah bermimpi pergi ke
Panggau Libau, rumah panjang keramat Keling iaitu wira orang Iban. Bantin akan
terlibat dalam banyak peperangan di bawah ketua-ketua Iban termasuk anaknya
sendiri.[51]
Satu lagi perkara yang mendorong kebangkitan orang
Iban Ulu, khususnya di Bahagian kedua kerana kedudukan tempat tinggal mereka
bersempadan dengan Kalimantan Belanda. Bila mereka mendengar undang-undang
dengan mudah mereka melarikan diri ke kawasan Belanda. Kebanyakan mereka
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan orang Iban di kawasan Sungai Leboyan
(Kalimantan Belanda). Charles Brooke yang menggantikan bapa saudaranya
(1868-1917) menghadapi kesulitan menangani orang Iban di kawasan ini kerana,
In part because it was the home of the most
conservative Ibans in the country, naturally inclined to resist authority in
part because it was runs nearly parallel with an artificial political
frontier, the Upper Batang Lupas was never under effective Government control
until the second decade of the twentieth century. (Robert Pringle, Rajahs and Rebels, op. cit., hal.
212)
|
Pada zaman pemerintahan Charles Brooke daerah
pendalaman kurang diberi perhatian kerana sibuk menghadapi penduduk kawasan
pantai. Bila Charles Brooke Berjaya menundukkan penentangan tersebut mulalah
beliau memberi perhatian untuk menguatkuasakan pemerintahan di kawasan
pendalaman khususnya di kawasan Hulu Batang Lupar. Orang Hulu Batang Lupar
tidak menyenangi kehadiran kerajaan yang menganggu cara hidup mereka.
Dalam menghadapi gerakan penentangan di Sarawak,
kerajaan Brooke sebenarnya menghadapi masalah kekurangan tenaga askar. Oleh
itu, digunakan sukarelawan Melayu dan Iban. Orang Iban yang menyokong rejim
Brooke biasanya tinggal di kawasan
sebelum Engkilili. Orang Iban ini walaupun tidak dibayar gaji tapi sanggup
berperang kerana kencenderungan berperang dan peluang untuk mendapat kepala
musuh yang menjadi lambing keperwiraan. Nampaknya walaupun ekspedisi kerajaan
Brooke adalah untuk mengamankan kawasan hulu namun pada masa yang sama usaha
ini juga member kesan bertambahnya dendam dan pemusuhan sesame orang Iban.
Sebelum gerakan Bantin bermula, penentangan orang Iban
Hulu Batang Lupar dipimpin oleh Ngumbang. Puncanya keengganan mereka membayar
cukai pintu dan tidak mahu menghentikan amalan potong kepala.[52] Beberapa ekspedisi menghukum dihantar untuk
menghukum Ngumbang tapi gagal, keadaan
hanya kembali aman selepas tahun 1886 bila Ngumbang bersedia bekerjasama dengan
kerajaan Brooke.
Pada tahun 1890 keadaan di Hulu Batang Lupar bergolak
semula. Di sinilah peranan Bantin mula terserlah. Bantin dan beberapa keluarga
Iban pengikut Ngumbang berpindah ke kawasan hutan di Delok. Tindakan berpindah
ini dilakukan untuk mencari kawasan penanaman padi huma yang lebih sesuai.
Selain itu mereka mahu mengelak kuatkuasa kerajaan. Ini bertentangan dengan
dasar kerajaan Brooke yang mahu penduduk membuat petempatan tetap di tebing
sungai-sungai utama sahaja. Dalam usaha memaksa Bantin berpindah balik ke kawasan
asal, Ngumbang diarah menyerang Bantin. Usaha ini gagal malah lima keluarga
lagi pengikut Ngumbang menyertai Bantin.
Ada dua lagi perkara yang menimbulkan ketegangan
antara Bantin dengan kerajaan Brooke. Pertama kedatangan D.J.S. Bailey sebagai
Residen Bahagian Kedua pada akhir tahun 1890. Bailey dikatakan seorang yang
sangat tegas melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama dalam usaha
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Peristiwa kedua, keengganan Bantin
dan beberapa orang Ketua Iban yang pergi berniaga di Kapuas (Kalimantan
Belanda) membayar cukai.[53]
Perasaan anti kerajaan semakin besar bila Bailey
menghantar ekspedisi menghukum Bantin pada tahun 1896. Pasukan Bailey berjaya
membunuh anak saudara Bantin dan kepalanya dibawa ke Sekrang untuk pesta.
Bantin mengambil tindakan balas menyerang Sekrang.[54] Beberapa usaha dibuat oleh kerajaan Brooke
untuk mententeramkan keadaan termasuk kesediaan Charles Brooke berunding dan
menawarkan pengampunan. Bila usaha ini gagal Charles menggunakan taktik
menghukum. Satu ekspedisi di bawah pimpinan Panglima Dalam Munan dari Rejang
dihantar untuk mengajar Bantin. Selain membunuh, ekspedisi ini juga terlibat membakar rumah panjang.
Walaupun tindakan ini kejam dan ganas tetapi tidak dapat memadamkam gerakan
penentangan sepenuhnya. Keadaan hanya menjadi tenteram untuk selama tiga tahun.
Kekacauan tercetus semula bila seorang Iban dari kawasan
sempadan Kalimantan Belanda dibunuh di Sermat pada bulan Disember 1901.
Kerajaan mengambil langkah segera memenjara pembunuh-pembunuh tersebut dan
membayar pati nyawa[55]
kepada keluarga mangsa.[56]
Bantin yang ada hubungan kekeluargaan dengan si mati tidak berpuas hati dan
mengambil tindakan balas menyerang rumah panjang di Sermat pada bulan Mac dan
Mei 1902.[57]
Rajah Charles Brooke pula mengambil tindakan tegas menghantar skspedisi
menghukum pada bulan Jun 1902. Seramai dua belas ribu askar dan sukarelawan
yang terlibat.[58] Ekspedisi ini gagal kerana kemarau panjang.
Dianggarkan seribu orang daripada pasukan kerajaan terkorban kerana wabak
kolera. Ini merupakan kemenangan kepada Bantin dan mendorong Ngumbang untuk
menyertai kumpulan penentang semula.
Pada awal tahun 1900 keadaan di Bahagian Kedua dan
Ketiga begitu gawat. Penentangan antara sesame kaum Iban tidak dapat dibendung dan sering balas
membalas serangan. Kumpulan Bantin begitu mendendami orang Iban yang menyokong
kerajaan Brooke dan mengambil kesempatan ketidakupayaan kerajaan untuk membalas
dendam. Ekspedisi menghukum yang dihantar gagal mencapai matlamat dan
hanya dapat membakar beberapa buah rumah
panjang dan mengutip sejumlah kepala musuh. Selebihnya jurang pemusuhan semakin
melebar.
Hanya masa yang menjinakkan orang Iban. Menjelang
tahun 1905, orang Ulu Batang Lupar jemu berperang. Ramai penentang kerajaan di
Pan dan Engkari mulai membayar cukai dan berjanji hidup aman. Dua tahun
kemudian, Bantin pun mulai berminat berdamai. Orang yang memainkan peranan
penting untuk mengendurkan ketegangan ini ialah Charles Hose (Residen Bahagian
Ketiga). Tapi usaha ini dirosakkan oleh Bailey yang menghantar satu ekspedisi
menghukum Bantin pada tahun 1908 setelah Bantin menyerang orang Iban di
Sekrang.[59]
Sebenarnya Bantin dan pengikutnya tidak menganggap
kerajaan pusat di Kuching sebagai musuh. Bantin lebih melihat Bailey sebagai
musuh kerana perlaksanaan dasar yang keras. Oleh sebab itu, bila Bailey
digantikan dengan A.B. Ward keadaan beransur pulih. Langkah Ward bertolak ansur
pulih. Langkah Ward bertolak ansur telah member kesan.[60] Bantin sendiri telah muncul bersama Ngumbang
dan pengikut-pengikutnya di Lubuk Antu dan telah membayar denda yang dituntut
oleh kerajaan. Bagaimanapun Bantin tidak lagi menetap di Batang Lupar dan
mengambil keputusan berpindah ke Sungai Leboyan (Kalimantan Belanda). Beliau
meninggal di sana pada tahun 1832.[61]
Bagi kebangkitan Asun 1930-1932, mempunyai kaitan
dengan penentangan orang Iban terhadap Brooke sebelumnya. Pada zaman pemerintahan
Brooke terdapat kumpulan Iban yang pro kerajaan dan satu puak lagi menjadi
penentang. Kumpulan Iban yang mulanya pro kerajaan boleh bertukar kepada anti
kerajaan dan begitulah sebaliknya. Tokoh penentang pada awal 1930-an ini lahir
sekitar tahun 1880 di Entabai dan meninggal dunia pada tahun 1958.[62] Pada masa pemberontakan Bantin, Asun berjuang
di pihak kerajaan. Sebagai penyokong
kerajaan beliau dilantik sebagai penghulu Entabai sekitar tahun 1915.
Sebenarnya institusi penghulu baru diperkenalkan oleh kerajaan Brooke dan
kemudiannya menjadi sebahagian birokrasi Brooke.[63] Asun juga diberi penghormatan oleh komunitinya dan dilantik sebagai ‘Tuai
Rumah’.[64]
Asun mula mengambil pendirian anti kerajaan bila
betelagah dengan C.D. Adams, residen Bahagian Ketiga. Pada tahun 1926, beliau
meletakkan jawatan penghulu dan menyerahkan semula pakaian seragam dan lencana.
Punca Asun berbalah kerana beliau enggan membayar cukai.[65]
Pada masa kebangkitan Bantin soal migrasi adalah salah satu perkara yang
menjadi perbalahan antara orang Iban dengan kerajaan Brooke. Berpindah-pindah
sudah menjadi tradisi orang Iban. Mereka berpindah dari kawasan Kapuas
(Kalimanatan Belanda) ke Batang Lupar
dan Lembah Rejang sejak abad ke-16. Pada abad ke-19, mereka sudah menjadi penduduk
majority di Bahagian Kedua dan Ketiga.[66] Dorongan utama orang Iban berpindah adalah
mencari kawasan yang sesuai untuk padi huma. Bagi kerajaan Brooke amalan
berpindah menimbulkan masalah kerana ini menyulitkan kawalan. Pada tahun 1926,
Residen Bahagian Ketiga menentapkan peraturan migrasi. Setiap orang Iban yang
hendak keluar kawasan dikehendaki mendapat pas keluar terlebih dahulu.[67]
Amalan potong kepala dalam kalangan orang Iban sering
menjadi pencetus kebangkitan. Amalan ini menimbulkan semangat suka berperang
dan keperwiraan dalam kalangan mereka. Langkah kerajaan Brooke untuk
menghapuskan amalan ini tidak Berjaya. Ekspedisi-ekspedisi menghukum yang
dihantar untuk mengajar puak Iban anti kerajaan tidak Berjaya. Malah permusuhan
antara pihak pro kerajaan dengan penentang semakin membara.[68] Asun sendiri berjaya menarik orang-orang muda
Iban untuk menyertainya dengan membangkitkan soal etika memotong kepala.
Tindakan kerajaan Vyner Brooke melaksanakan cukai dan
peraturan baru menimbulkan kegelisahan orang Iban. Dalam soal pembayaran cukai
pintu, orang Iban tidak membantah semasa sebuah keluarga dikenakan bayaran
seringgit setahun. Mereka mula memprotes
bila kerajaan mahu mengutip mengikut bilik tanpa mengira penghuninya seorang
janda atau miskin. Cukai tambahan pula dikenakan untuk setiap tangga rumah
panjang sebanyak lima ringgit atau sepuluh ringgit untuk sebuah rumah panjang.
Sukai senapang patah yang baru juga menimbulkan bantahan dalam kalangan orang
Iban. Apa yang lebih menimbulkan rasa tidak senang bila tersebar khabar angin
yang kerajaan akan mengenakan cukai ke atas setiap orang lelaki sebanyak lima
puluh sen setiap kali ingin meniduri isterinya.[69] Beberapa dasar kerajaan Brooke antara 1920-30
juga menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Iban. Pada tahun 1920 ditubuhkan
Jabatan Hutan Simpan dan Perhutanan. Jabatan ini mahu menghentikan amalan tanam
pindah, penebangan hutan, mengutip hasil hutan dan memburu binatang liar. Mulai
tahun 1926 Residen Bahagian Ketiga mengarahkan orang Iban membina rumah panjang
yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Ini bagi mengelakkan
penyatuan dan memudahkan kawalan. Orang Iban membantah dengan alas an peraturan
ini bertentangan dengan adat mereka.[70]
Tekanan ekonomi turut memainkan peranan menimbulkan
rasa tidak puas hati. Sekitar tahun 1928-29, harga barangan keluaran hutan dan
getah mulai jatuh. Kejatuhan harga bahan ini menyulitkan orang Iban menyara
kehidupan mereka. Kerajaan Brooke pula tidak berpeluang untuk menerangkan
bahawa naik-turun harga barangan adalah di luar kawalan kerajaan.[71] Bagaimanapun sukar untuk memastikan kejatuhan
harga getah menyebabkan orang Iban menentang kerajaan kerana pekebun kecil
Melayu dan Cina lebih ramai menerima kesan. Bilangan pekebun kecil getah Melayu
dan Cina melebihi orang Iban. Kekecewaan politik nampaknya lebih mendorong
orang Iban menentang kerajaan Brooke.
Pada penghujung tahun 1931, C.D.Adams (Residen
Bahagian Ketiga) menghantar perwakilan berjumpa Asun. Residen menjemput Asun ke
Sibu untuk berunding. Bagaimanapun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban.
Beliau mengirimkan lembing-lembing perang kepada ketua-ketua Iban di Bahagian
Kedua dan Ketiga. Ini melambangkan Asun mahukan sokongan mereka. Kebanyakan
yang tertarik menyertai Asun terdiri daripada golongan muda. Mereka lebih
terdorong oleh semangat keperwiraan dan tradisi potong kepala. Ketegangan
memuncak bila kerajaan Vyner Brooke mengecap Asun sebagai penderhaka dan Asun
pula mengancam akan menyerang orang Eropah.[72]
Pada 9 Januari 1932 satu rundingan diadakan antara
Asun dengan wakil kerajaan Brooke di rumah Penghulu Undu. Pihak Brooke mahu
Asun menyerah diri dan akan dipenjarakan untuk jangka masa pendek tapi tawaran
tersebut ditolak. Setelah rundingan gagal, sati ekspedisi dihantar untuk
menghukum Asun, dikenali sebagai Ekspedisi Kanawit-Entabai. Asun mengambil
langkah membakari rumah panjangnya terlebih dahulu dan menjalankan taktik
serangan hendap. Pasukannya Berjaya membunuh seorang dan mencederakan lima
orang pasukan ekspedisi. Selepas itu Asun dan orang-orangnya melarikan diri ke
Bukit Lanjak Entimau.[73]
Perjuangan Asun nempaknya tidak bertahan lama seperti
gerakan Bantin. Pada bulan Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai
Daerah, J.C.H. Barcort. Beliau dipenjarakan di Kuching untuk jangka masa
pendek, Asun dibuang daerah ke Lundu. Pihak kerajaan Brooke memastikan beliau
tidak menghubungi pengikut-pengikutnya lagi. Walaupun Asun menyerah diri tetapi
penentangan dan pelanggaran undang-undang oleh orang Iban berterusan.
Sekumpulan pemuda Iban (lebih kurang tiga puluh orang) terus bergiat dengan
amalan potong kepala.[74] Di antara wira Iban yang meneruskan
penentangan termasuklah Kendawang dan saudara tirinya banyang.[75]
Gerakan Asun seperti pemberontakan orang Iban yang
lain tidak ditunjangi dengan kesedaran untuk menggulingkan kerajaan Brooke.
Tumpuan gerakan lebih bersifat tempatan, perseorangan dan kebumiputeraan. Satu
sudut pandangan berbeza diberikan oleh Ranee of Sarawak yang menganggap gerakan
Asun paling agresif dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai
matlamatnya.[76] Tetapi
dalam melayan penentangan orang Iban, kerajaan Brooke menanganinya
seperti budak sekolah yang nakal dan bukan sebagai musuh politik yang serius.
Sebagai rumusan, pentadbiran James Brooke bukanlah
diterima oleh semua pihak di Sarawak. Pada peringkat awal lagi Pengiran Muda
Hashim cuba menolak tetapi Brooke menggunakan kekuatan tenteranya dan gertakkan untuk memperolehi Sarawak. Pada
peringkat awal gerakan penentangan tertumpu di bahagian pantai.
Pemimpin-pemimpinya terdiri daripada bangsawan Melayu yang tercabar kewibawaan
tradisionalnya. Penentangan ini Berjaya ditundukkan dengan bantuan tentera laut
British dan kumpulan pro Brooke. Brooke nampaknya Berjaya mengeksploitasi isu
lanun untuk mendapat sokongan dan menghalalkan tindakan.
Orang Cina pula memberontak kerana kerajaan Brooke
mencabar tradisi kongsi mereka. Demikian juga orang Dayak yang tidak mahu
amalan tradisi mereka diganggu-gugat. Pada peringkat awal kerajaan Brooke hanya
berdepan dengan orang Dayak kawasan pantai. Bila kumpulan ini ditundukkan mereka
menjadi penyokong kerajaan dan sering digunakan untuk ekspedisi-ekspedisi
menghukum di bahagian ulu.
Gerakan penentangan lebih bersifat tempatan dan
kebumiputeraan. Terdapat banyak alas an yang mendorong kebangkitan. Ia
menyangkut persoalan tanah, adat,
pembunuhan, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baru, migrasi dan
persoalan-persoalan kecil bersifat peribadi dan tempatan. Namun kerajaan Brooke
berjaya menanganinya dengan kekuatan tentera dan mengeksploitasi permusuhan
suku-suku kaum. Walaupun begitu gerakan protes tidaklah dapat dipadamkan
sepenuhnya.
[4] S. Baring-Gould
dan C.A. Bampfylde, A History of Sarawak
Under. Its Two White Rajahs, 1839-1908, London, 1909.
[10] Sabihah
Osman, Malay Muslim Political
Participation, Sabah Society Journal, Vol. VIII, 1982 (2): hal. 288.
[20] S.
Baring-Gould dan C.A. Bampfylde, A
History of Sarawak Under. Its Two White Rajahs, 1839-1908, op.cit., hal : 220.
[21] Lihat,
Versi Sharif Masyhur dalam Robert Pringle, “The Murder of Fox and Steele :
Mashor’s Versions”. SMJ, 1965 : hal.
215.
[48] S.
Baring-Gould dan C.A. Bampfylde, A
History of Sarawak Under. Its Two White Rajahs, 1839-1908, op.cit., hal : 387.
[50] Istilah
‘pagan’ bermaksud masyarakat yang berpegang kepada amalan dan kepercayaan nenek
moyang.
Rujukan:
Buyung Adil, Sejarah
Sarawak, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
Pringgle, R., ‘Asun’s
Rebbellion’: The Political Growing Pains
of a Tribal Society in Brooke Sarawak, 1929-40’, SMJ, 1968.
_________, Rajah
and Rebels, Kuala Lumpur : Macmillan, 1970.
Rence of Sarawak (Sylvia Leonara Brooke), The Three White Rajahs, London :
Cassell, 1939.
Rawlins, J., Sarawak
1839-1968, London : Macmillan, 1969.
Runciman, Steven, The
White Rajahs : History of Sarawak From 1841 to 1946, London : Cambridge
University Press, 1960.
Sandin, The Sea
Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule, Singapore : Asia Pacific Press,
1967.
________, ‘Iban Hero Dreams and Appariations’, SMJ, 1966.
________, ‘Iban Leaders’, SMJ, 1970.
Sabihah Osman, Perkembangan
Pelajaran Bumiputera Sarawak, 1841-1941, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1990.
Nama jerita Balang ngau Enjop ngau Ngumbang ari Mepi nadai dilansak?
ReplyDeleteBrapa kali Ngumbang kena kayau bala Raja Brooke?
ReplyDeletePenentangan Ranggau (menantu Libau Rentap) ngau Janting :Lang Labang" bisi disebut kini?
ReplyDeletePenentangan ba Ulu Baleh?