Kepentingan Etika Komunikasi
Memang tidak dapat
disangkal lagi bahawa etika komunikasi dalam profesyen perguruan sangat penting
dan selari dengan Kod Etika Profesion Keguruan sedia ada. Sifat profesyen
perguruan yang profesional sejajar sebagai satu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikthisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi , bertanggungjawab,
bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang
ditentukan oleh organisasinya (Mak Soon Sang, 2004). Menurut beliau lagi,
walaupun profesion keguruan masih belum dianggap sebagai suatu profesion
sepenuhnya seperti doctor dan peguam, namun beliau membuat rumusan bahawa
keguruan juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep
profesion iaitu: [1]. Mempunyai latihan Ikthisas dalam Perguruan; [2].
Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah; [3].
Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam
segala aktiviti profesionalnya; dan [4]. Pekerjaanya merupakan perkhidmatan
yang penting kepada individu dan Negara. Kesemua ini bersandarkan akan
kepenting etika komunikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawabnya di
sekolah.
Tambahan pula, kaum
guru dikatakan pakar dalam pendidikan. Mengikut Mok Soon Sang (2004) untuk
menjadi guru yang berkesan guru seharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti
profesional yang murni seperti berikut; [1]. Sifat ingin Tahu yakni sifat mendorong guru sentiasa menambah ilmu
pengetahuannya dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang
khususnya dalam bidang kurikulum demi kepentingan kerjaya dan
profesyennya. Sebagai seorang guru yang professional beliau harus mengamalkan
budaya pembelajaran seumur hidup (longlife
learning).
Bagi
menyahut cabaran masa kini, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi, kandungan mata pelajaran dan
kaedah penggunan Bahan Bantuan Mengajar (BBM). Selain itu mereka disaran
banyak membaca agar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini
penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti professional
guru dapat dipertingkatkan. Aspek komunikasi yang penting di mana
mereka harus mahir bertutur dan menjadi penyampai yang berkesan. Apabila mereka
mahir bertutur dalam penyampaian pelajaran akan lebih berkesan
seperti penggunaan sebutan dan
tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. Para guru juga
harus mempunyai daya ingatan yang kuat supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan sepenuhnya kepada murid agar tidak ketinggalan dalam pelajaran
mereka. Sifat daya usaha yang tinggi para guru adalah diharapkan supaya tidak
rasa bosan dengan rutin tugas harian.
Mereka akan sentiasa mencari pendekatan
mengajar yang baru supaya pengajaran sentiasa menjadi menarik dan
berkesan. Perkara yang lebih penting lagi di mana para guru dituntut
supaya menjadi pendengar yang baik (good
listener).
Dalam
era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, para guru sewajarnya
menyahut cabaran etika komunikasi agar menguasai ilmu ICT (Information Communication Techonology). Guru dituntut agar
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Fungsi
guru dalam era ICT adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara oleh itu mereka
perlu mempunyai pelbagai ilmu terutama dalam mata pelajaran yang diajar
dan kemahiran komputer. Mereka mesti sentiasa mendahului pelajarnya dalam ilmu
pengetahuan. Dari aspek bahasa, penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam
kalangan guru akan lebih mudah meneroka ilmu melalui internet. Dengan
pelaksanaan dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris tuntutan untuk menguasai bahasa tersebut adalah semakin
perlu.
No comments:
Post a Comment