PENINGKATAN PENCAPAIAN PELAJAR
TINGKATAN 3 BAGI TOPIK PECAHAN
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk
mengenal pasti pencapaian pelajar Tingkatan 3 berhubung dengan mata
pelajaran Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkelili, Sri Aman, Sarawak.
Kajian ini akan melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 3 dalam satu kelas yang
diajar oleh guru. Dalam kajian ini para pelajar diberi aktiviti yang
berkaitan dan berulang-ulang dalam tempoh masa 2 bulan bagi mengenal pasti dan usaha meningkatkan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran matematik. Instrumen yang digunakan
adalah Borang Pemerhatian dan Borang
Tinjauan yang mengandungi item-item
berkaitan dengan profil pelajar dan kemahiran Matematik yang berkaitan dengan
topik pecahan yang dijalankan
sepanjang tempoh masa tesebut. Data-data akan diproses secara kuantitaif dan kualititatif berdasarkan perbandingan. Rawatan juga dijalankan oleh pengkaji bagi
membantu mereka ke arah suasana pembelajaran yang berkesan dan penambahan peningkatan
pelajar. Di samping itu juga, kajian ini a mengenal pasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar yang terlibat berhubung dengan topik pecahan. Pelajar didedahkan dengan
strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan
pencapaian dalam kalangan mereka.
|
1.0 Pendahuluan
Sistem
pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan
masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang
digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha
kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya
Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Matematik bertujuan
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik dan pintar matematik.
Dalam
konteks Matematik sekolah menengah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu
dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Murid-murid perlu
kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK). Fokus kajian ini akan tertumpu kepada usaha meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
”Creatiity is a matter of talent – there is nothing you can do about
it except get creative people” (de Bono, 1996)
|
Kreativiti
merupakan suatu konsep yang bersifat
multi dimensi dan inter disiplin bagi semua bidang yang berkaitan dengan
ilmu. Perkembangan bidang kreativiti dalam kalangan manusia [pelajar] kian
menyerlah dewasa kini hasil penemuan dan penyelidikan yang berterusan oleh pakar yang terlibat. Dalam konteks
seseorang individu seperti pelajar di sekolah menengah, kreativiti disifatkan
sebagai organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya
kreativiti bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran. Menurut Mohd. Azhar, 2003
literasi kreatif menekankan kefahaman individu terhadap persoalan ’know-what’ ; ’know-why’ ; dan ’know-how’ dalam konteks pengetahuan
dan pengaplikasiannya. Atau paling tidak, pada tahap sederhana individu
mengetahui dan faham akan konsep kreativiti serta tahu bagaimana untuk
berkreativiti dalam pelbagai keadaan dan suasana. Di samping itu, Amabile
(1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling sesuai untuk
mempuk alam kreativiti di dalam kalangan pelajar. Dengan perkataan lain, usia
awal kana-kanak sangat mudah menerima pelbagai bentuk pembelajaran yang berkaitan dengan mereka.
Kajian
ini bertujuan membantu pelajar mencari dan menjana kreativiti mereka
dalam meningkatan pencapaian akademik
mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menjana idea pelajar. Secara
keseluruhannya ini dapat membantu pelajar ketika di dalam kelas dan mengikuti gerakerja
mata pelajaran matematik.
2.0 Latar Belakang Kajian
Bagi menjalankan kajian meningkatkan pencapaian pelajar,
kesediaan sekolah dan guru dalam melengkapkan sekolah dengan kemudahan yang
baik dan sesuai serta komitmen guru yang berterusan dalam membantu pelajar
mereka. Pelajar-pelajar ibarat sehelai kain putih yang perlu dicorakkan oleh
para gurunya. Kebolehan mereka perlu digilap supaya menjadi lebih bermakna dan
membantu di dalam perkembangan diri pelajar itu sendiri. Sebagai seorang guru Matematik,
objektif utama adalah untuk melihat
pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil seperti yang diharapkan.
Kebanyakan pelajar
sekolah menengah rendah masih ramai menguasai matematik. Pelajar yang lemah dan
sederhana masih belum dapat menyelesaikan latihan matematik. Menurut Hassan
Haris (1993) teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar yang masih
kemah adalah bergantung kepada bantuan guru. Dalam keadaan ini mereka lebih
mudah dikawal dan dibimbing oleh guru mereka.
Persoalannya, keputusan matematik pelajar-pelajar menengah rendah masih
rendah. Refleksi kepada pengajaran dan
pembelajaran lalu didapati ramai pelajar masih tidak tahu menyelesaikan masalah
matematik pecahan. Pelajar masih tidak tahu cara dan langkah-langkah
menyelesaikannya. Strategi untuk melahirkan pelajar pandai topik pecahan perlu
dipertingkatkan. Dalam hal ini, pengetahuan pelajar masih rendah. Para guru seharusnya memainkan peranan
penting dalam membantu pelajar dalam
mata pelajaran ini.
3.0 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk melihat dan menentukan sejauh mana peningkatan pencapaian
pelajar dalam matematik di sekolah rendah yang dipilih.
Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:
i.
Tahap penguasaan
murid-murid dalam topik pecahan
dalam
mata pelajaran Matematik.
ii.
Mengenal pasti usaha guru membantu murid meningkatkan penguasaan mereka.
|
4.0 Persoalan Kajian
Berdasarkan permasalahan
kajian dikemukakan, beberapa soalan kajian yang berikut akan cuba dijawab
melalui kajian ini.
(i)
Adakah penguasaan pelajar-pelajar Tingkatan 3 dipengaruhi strategi dan
teknik pengajaran guru ?
(ii)
Adakah pengajaran guru mempengaruhi minat serta penguasaan murid Tingkatan
3 ?
5.0 Kepentingan Kajian
Guru merupakan orang yang paling penting di sistem
pendidikan dalam menyalurkan pembelajaran kepada para pelajar di sekolah.
Kepimpinan dan tugas mereka mempunyai peranan yang besar dalam membawa sekolah
ke era kejayaan. Dalam konteks kejayaan seseorang pelajar, guru merupakan agen
perubahan. Bagi meningkatkan pencapaian mereka, seseorang guru perlu memiliki
kemahiran yang tinggi dalam kaedah pengajaran, menguasai kandungan ilmu dalam
mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan berupaya menjadi kaunselor yang baik kepada pelajar
(Yahya Don, 2005).
Selaras
dengan kepentingan usaha pelajar dalam bidang pembelajaran, maka kajian
meneliti pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik. Usaha dalam kalangan
murid Tingkatan 3 adalah perlu bagi membentuk kualiti pelajar yang unggul.
Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada ramai pihak, khususnya para
pendidik dalam memimpin serta melaksanakan proses pengajaran mereka di sekolah.
Antara
lain kajian ini dapat memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang Matematik,
terutama sebagai rujukan dan panduan di masa akan datang. Fenomena pencapaian
pelajar merupakan aspek yang sangat penting masa kini selaras dengan penekanan
unsur kemahiran berfikir secara kristis dan kreatif (KBKK) dalam kalangan
pelajar. Malah dapatan kajian ini kelak akan dapat membantu mewujudkan persekitaran
sekolah yang lebih baik dan meningkatan tahap profesionalisme para guru Matematik.
6.0 Kaedah Kajian
Kajian kuantitatif akan
digunakan dalam kajian ini bagi melihat serta mengukur tahap penguasaan pelajar
di dalam mata pelajaran Matematik berdasarkan maklumat serta perubahan di
aktiviti pembelajaran yang diberikan
secara berulang-ulang selama dua bulan. Perubahan sosial serta penguasaan
mereka akan dicatat dan dianalisa selaras dengan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.
7.0 Populasi dan Sampel Kajian
7.1
Sampel Kajian
Sampel kajian adalah dari sekolah SMK Engkelili, Sri Aman, Sarawak
yang melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 3.
7.2 Populasi
Kajian
Populasi kajian adalah
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 sekolah menengah rendah.
7.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Borang pemerhatian dan
soalan-soalan bagi mengumpul data berdasarkan Matematik yang
berkaitan dengan pecahan yang dijalankan selama 2 bulan. Data-data yang diperolehi akan direkod melalui pra-ujian
dan pasca-ujian aktiviti Matematik. Hasil pemerhatian akan direkod dan dibuat perbandingan
bagi mengukur tahap penguasaan murid berdasarkan
kemahiran dan aktiviti yang dijalankan oleh guru.
8.0 Langkah Tindakan
Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian
pasca. Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra, saya dapat memahami
kelemahan murid dalam penguasaan Matematik, khususnya pecahan. Saya telah
menjalankan beberapa tindakan untuk mengatasi kelemahan matematik pelajar. Permainan
matematik telah dipilih sebagai alat yang penting dalam mengatasi penguasaan pelajar.
Antara permainan matematik yang dipilih seperti kuiz, mencantumkan kad, dan
latih tubi.
Bagi
aktiviti kuiz, saya telah menyediakan soalan yang meliputi soalan pecahan
matematik. Setiap kumpulan diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan yang
dikemukakan. Markah bagi kumpulan yang tepat adalah sebanyak 3 markah.
Manakala, bagi kumpulan yang kedua menjawab soalan dengan betul ialah 1 markah.
Kuiz ini dijalankan selama 2 bulan dan setiap soalan kuiz adalah berbeza bagi
membentuk kepelbagaian soalan.
Manakala,
aktiviti mencantum kad merupakan aktiviti yang menyeronokan. Dalam kad tersebut
akan ditulis soalan-soalan matematik yang berkaitan dengan pecahan dan
jawapannya diasingkan pada kad yang lain. Pelajar-pelajar dikehendaki membaca
soalan dan mencari jawapan pada rakan mereka. Seterusnya mereka akan mencantum
kad-kad tersebut mengikut jawapan yang tepat dan sekaligus melekatkannya di
hadapan kelas sebagai tatapan pelajar-pelajar lain.
Sebagai
kemuncak kepada kedua-dua aktiviti tersebut, pelajar-pelajar juga diberi latih
tubi soalan-soalan matematik yang berkaitan dengan pecahan dalam tempoh masa
tertentu. Aktiviti latih tubi dilakukan secara berulang-ulang dalam masa 2
bulan bagi melihat perkembangan dan penguasaan murid-murid tersebut.
9.0 Analisis Data
Berdasarkan
ujian pra yang telah dijalankan didapati 9 orang pelajar sahaja yang lulus
(menguasai) manakala 21 orang lagi gagal. Keadaan menunjukkan bahawa pada
peringkat awal aktiviti pengajaran guru hanya 30.0% murid sahaja yang menguasai
aspek tatabahasa yang berkaitan kata adjektif dengan baik. Setelah rawatan
diberikan, melalui keputusan ujian pasca dua bulan berikutnya; keputusan pelajar
yang lulus seramai 26 orang, yakni 86.7% berjaya. Pengkaji mendapati kaedah,
strategi serta aktiviti yang telah dijalankan amat berkesan meningkatkan
penguasaan pelajar terlibat dalam topik pecahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran Matematik. Usaha untuk memperbaiki keputusan pelajar ini boleh
dipergiatkan lagi dengan penambahan aktiviti yang dijalankan bagi tempoh masa
yang lama lagi.
10. Refleksi Tindakan
Kajian Tindakan ini dapat memberikan kesedaran kepada
saya tentang masalah pelajar yang lemah dalam sesuatu aspek pembelajaran.
Hakikatnya, ada usaha dan cara tertentu bagi guru menyelesaikan setiap masalah
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Dengan ini, saya dapat mengesan dan
mengatasi kelemahan pelajar saya secara bijak dan profesional melalui kajian
tindakan ini. Walaupun banyak kerja lain dan kekangan masa, namun usaha untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui kajian
tindakan seumpama ini. Akhirnya, saya sebagai guru dan pengkaji sangat
berbanggga dengan usaha ini kerana
berjaya meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3 yang diajar oleh saya di
sekolah yang dikaji. Adalah menjadi harapan saya agar guru-guru (pengkaji) lain
boleh menggunakan rekabentuk kajian yang sama di tempat lain bagi responden
yang berbeza agar masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar dapat diatasi
secara akademik.
RUMUSAN
Kajian tindakan ini adalah satu kajian yang baik
dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan
penguasaan pelajar tetapi juga dapat memperbaiki teknik pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar di sekolah. Diharap kajian ini bakal dijadikan paduan dan
rujukan para guru serta penyelidikan lain dalam usaha mempertingkatan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
BIBLIOGRAFI:
Abd. Rahim Abd. Rahsid. (1999). Kemahiran Befikir Merentasi Kurikulum.
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus
Dewan. (2000). Edisi 3. Kuala Lompur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000). Laporan Tahunan. Kuala Lumpur :
Educational Planning and Research Division.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2001). Education in Malaysia- a journey to
excellence. Kuala Lumpur : Educational Planning and Research Division.
Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment