Pengenalan
Pendidikan ialah satu
institusi sosial yang sudah wujud sejak tamadun awal manusia lagi dan berfungsi
untuk mewariskan budaya, tradisi, ilmu, pemikiran dan kemahiran hidup manusia.
Senario pendidikan kini amat mencabar dan terus berkembang dalam konteks
masyarakat global. Cabaran perlaksanaan Wawasan 2020 menjadi persoalan sejauh
manakah Wawasan Pendidikan Negara berjaya dicapai. Proses melahirkan insan yang
dapat memberi sumbangan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan
Malaysia sebuah negara maju dan
cemerlang pendidikan dalam erti kata sebenar (Mok Soon Sang, 2002).
Menurut Yahya Don (2005)
proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung
dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan
insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka terus berusaha
memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan berfungsi sebagai alat untuk
memenuhi kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik,
ekonomi dan sosial. Dalam konteks sebuah keluarga ianya merupakan tunjang
kekuatan sesebuah negara dalam banyak segi. Jika banyak masalah keluarga yang
berlaku sudah tentu mendorong kepada permasalahan negara secara kolektif.
Menyedari akan pentingnya
pertumbuhan keluarga yang sihat sejajar dengan nilai dan norma masyarakat Malaysia
maka cabaran untuk melengkapkan
murid dengan kualiti dan kemahiran yang perlu bagi memastikan mereka mempunyai
masa hadapan yang lebih baik dan bersedia menghadapi pembangunan ekonomi yang
pesat dan perubahan persekitaran. Justeru, proses pembentukan keyakinan diri,
disiplin dan unsur positif lain dalam pembentukan sahsiah diri akan digabungkan
dalam program Pendidikan Kesihatan terutamanya pendidikan kesihatan keluarga.
Langkah ini juga diambil berat untuk meningkatkan akses kepada program
pembelajaran sepanjang hayat yang lebih luas untuk mendapatkan pendidikan dan
latihan seterusnya membangunkan mereka untuk menjadi lebih berbakat, inovatif,
kreatif dan cemerlang dalam bidang yang dipilih. Program gaya hidup sihat akan
dilaksanakan secara lebih meluas sejajar dengan ”Program Kempen Cara Hidup
Sihat”.
Pendidikan Kesihatan Keluarga
Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), pelaksanaan program pembangunan
keluarga dan masyarakat akan memberi penekanan yang lebih kepada membina
keluarga yang berdaya tahan bagi mencapai keseimbangan yang optimum antara
pertumbuhan kebendaan dan pembangunan masyarakat. Sehubungan ini, usaha ke arah
memperkukuh unit kekeluargaan, meningkatkan penyertaan masyarakat dan peranan
masyarakat umum serta badan bukan kerajaan (NGO) ke arah memupuk masyarakat
yang lebih bertolak ansur dan penyayang akan dilaksanakan. Usaha bersepadu akan
diambil untuk memupuk perpaduan dan integrasi yang lebih kukuh di kalangan
rakyat Malaysia bagi memastikan kestabilan sosial.
Usaha telah
diambil bagi memperkukuh unit kekeluargaan sebagai asas untuk mewujudkan
masyarakat aman, makmur dan stabil. Kesedaran terhadap kepentingan dan manfaat
keluarga bahagia dan harmoni serta membantu keluarga menghadapi perubahan
persekitaran kehidupan amat dititikberatkan oleh kerajaan sekaligus mengiktiraf
keluarga sebagai keutamaan sosial dan unit asas masyarakat yang perlu
dilindungi dan disokong oleh komuniti dan negara.
Dalam menyokong program pembangunan
keluarga dan masyarakat selaras dengan objektif mewujudkan masyarakat penyayang,
Kurikulum Pendidikan
Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri
dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Tiga
tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, KPM, 1999). Murid perlu memahami dan menghayati
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat
mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan
persekitaran dan sosial. Betepatan dengan idea pendidikan kesihatan keluarga
merentas kurikulum, Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.
Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga aspek
kesihatan dilihat dari perspektif membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) objektif-objektif
Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah (i) mempertingkatkan pengetahuan kesihatan
diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran; (ii) menguasai kemahiran bagi menghadapi dan
menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan; (iii) membentuk sikap
yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman; (iv)
menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan (v) berperanan aktif
dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
Pendekatan Integrasi
Pembangunan modal insan merupakan satu agenda
penting negara bagi mengupayakan kapasiti negara ke arah mencapai status negara
maju sejajar dengan Wawasan 2020. Sumber guna tenaga negara yang dihasratkan
harus memiliki ciri-ciri unggul bagi menyediakan mereka dengan cabaran dunia menjelang
2020. Maka, pembangunan kapasiti sumber insan perlu dilaksanakan secara
terancang dan berkesan bermula dari sekarang. Usaha ini telah diterapkan mula
dalam sistem pendidikan negara melalui pengisian kandungan kurikulum dan
aktiviti pembelajaran yang mengarah kepada pembangunan kapsiti jasmani, emosi,
rohani dan intelek relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang.Sememangnya,
pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kapasiti modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Dalam mencapai matlamat
pendidikan ini sewajarnya pendekatan integrasi digunakan dalam membentuk
kurikulum pendidikan selaras dengan keperluan psikologi, sosiologi dan
pedagogi.
Berbagai-bagai jenis pendekatan integrasi yang
terdapat dalam sistem pendidikan kita, umpamanya penggabugjalinan. Penggabungjalinan
merupakan proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan
suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Sebagai contoh, penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalm satu mata pelajaran;
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dalam satu mata
pelajaran; dan penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.
Selain itu, penyerapan juga merupakan salah satu
proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Justeru, kurikulum yang merupakan elemen terpenting
sistem pendidikan perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa
mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai
suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan
nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi
seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI). Menurut Sidek Baba (2009) Keberkesanan pendekatan integrasi boleh
diperkukuhkan lagi dengan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dan eksperiantial
(contextual and experiencial learning).
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu pula
menggabungkan pelbagai keadah dan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan,
sikap yang postif dan kemahiran. Proses pengajaran dan pembelajaran bersepadu
menyahut realiti baru pembelajaran yang berfokuskan murid (student centred) sewajarnya difahami oleh pihak guru. Pembelajaran
secara tradisional sahaja tidak mencukupi dalam usaha mendapatkan maklumat dan
ilmu dengan lebih cepat. Dalam
hal ini, bakat dan pemikiran murid-murid dapat dijana serta digalakkan pada
usia yang masih rendah. Penggunaan deria dan respon emosi yang positif mampu
memperolehi pengalaman dan mengembangkan pemikiran yang kritis dalam
pembelajaran murid-murid. Pengajaran guru secara konvensional sudah tidak
relevan lagi pada masa sekarang. Fokus bagi meningkatkan keseronokan belajar (the joy of learning) perlu difahami
oleh guru dan dipraktikkan selaras dengan pendekatan pembelajaran aktif (active learning) dan pengajaran
berpusatkan murid (student centred).
Pengajaran dan pembelajaran
secara bersepadu turut melibatkan pelbagai kemahiran seperti
mendengar,bertutur, membaca dan menulis. Dari segi strategi pengajaran dan
pembelajaran pula mata pelajaran (Pendidikan Kesihatan) ini menggalakkan teknik
dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi
tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatan
pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubungkaitkan
dengan kemahiran asas kesihatan. Amalan rutin kesihatan dilakukan dalam suasana
riang dan meyakinkan. Nilai-nilai murni diterapkan selaras dengan matlamat mata
pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah
kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan
kerjasama.
Tidak kurang pentingnya iaitu
aspek penilaian untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemahuan dan pencapaian
murid yang perlu dibuat dalam pergerakan dan dikaitkan dengan kurikulum.
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan
ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan
lisan. Guru juga perlu membuat pemeriksaan fizikal secara berkala. Hasil
penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid
dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah
bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
Jenis Pendekatan
|
Bagaimana dijalankan
|
Contoh
|
Integrasi
|
1. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
2. Penyerapan di mana meliputi proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan.
|
1. Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai,
mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dan
sebagainya.
2. Mendengar, lisan, membaca dan menulis.
3. Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa.
|
Bersepadu
|
1. Cara
seseorang guru mendekati
sesuatu iaitu
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk
mencapai objektifnya.
2. Memilih pendekatan pengajaran yang digunakan.
|
1.Mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu supaya senang memilih
dan merancang pengajaran.
2. Mengenal
pasti sifat atau keperluan murid-muridnya,
maka guru
tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang
sesuai.
|
Kesesuaian Pedekatan Bersepadu
Dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan pemilihan pendekatan bersepadu dalam proses pengajaran dan
pembalajaran adalah bersandarkan kepada konsep pendekatan bermakna cara
mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang
mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut
dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang
sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang
berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal
pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat
memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Tujuan menggunakan
pendekatan yang sesuai ini ialah supaya guru-guru dapat mencapai objektif yang
diharapkan. Guru yang berkemahiran ialah guru yang bijak menggunakan pendekatan
yang tertentu di dalam pengajarannya.
Pendekatan pertama yang akan
dihuraikan di sini dikenali sebagai pendekatan Induktif. Pendekatan Indukif
ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir
maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di
sini ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada
murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat
generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Inilah
yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif di mana guru memberi contoh dan
menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan
situasi lain.
Sebagai contoh, pengajaran
mata pelajaran Pendidikan Kesihatan berhubung dengan topik penjagaan kesihatan diri dengan memberi contoh yang
sesuai dengan pengalaman murid. Misalnya, mencuci gigi, mandi, mencuci tangan
sebelum makan dan seumpamanya akan memberi kefahaman lebih baik di mana
murid-murid pernah melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara ini murid mudah
ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau
kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasikannya
semasa menjawab peperiksaan.
No comments:
Post a Comment