Translate

Tuesday, 11 February 2014

Pakaian tradisional Kaum Iban di Sarawak

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan kompleks kerana terkenal dengan kesenian dan kebudayaannya yang tersendiri.[1]Kebudayaan adalah amalan dan upacara dalam kehidupan seharian.[2] Ini meliputi pakaian, nilai dan norma, adat perkahwinan, perayaan kaum-kaum di Malaysia dan permainan tradisional. Manakala kesenian adalah aspek-aspek yang diadakan untuk dipamer atau dipertontonkan kepada khalayak.Ini meliputi muzik, tarian, nyanyian, teater, alat muzik dan seni tampak.[3]Sebagai contoh, negeri Sarawak mempunyai kesenian dan kebudayaan yang tersendiri.
            Sarawak atau dikenali sebagai Bumi Kenyalang yang mempunyai penduduk suku kaum iban yang terbanyak di Sarawak.[4]Jumlah suku kaum iban adalah 693358 orang.[5] Kaum iban dikenali sebagai dayak lautatau sea dayak yang mendiami semua kawasan di Sarawak.[6]Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke, Sarawak juga digelar sebagai Bumi Pemotong Kepala.[7]Negeri Sarawak mempunyai dua puluh tiga etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil iaitu Dayak Iban (Iban Skrang, Iban Miri-Bintulu-Limbang, Iban Saribas, Iban Batang Rajang, Iban Undop, Iban Lemanak dan Iban Malikin), Melanau (Seduan, Segalang, Belium, Bintulu, Segahan, Matu/Mato Daro, Oya, Mukah, Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Baligian, Kanowit, Sekapan, Kejaman, Lahuna, Banyok), Bidayuh (Orang Biatah, Bukar-Sadong, Bau-Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara), Kenyah (Orang Batu Biah, Murik, Lisong, Sebob, Sipang, Long Kipat, Lepu Aga, Lepu Tau, Nyamok dan Uma Kulit), Melayu, Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan (kumpulan yang masih nomadik), Tebun, Bukat/Ukit, Bisaya, La’en, Tagal, Sian/Sa’an, Lugat, Lisun, Kelabit, Lun Bawang/Lun Dayeh (Murut).[8]
Kumpulan-kumpulan kaum ini tinggal di kawasan tanah rendah dan bahagian darat, kawasan tanah tinggi dan kawasan pesisir. Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah penduduk pribumi yang paling dominant di Sarawak, diikuti oleh Dayak Bidayuh, kaum-kaum Melayu-Melanau dan lain-lain kumpulan etnik di atas yang lebih dikenali sebagai Orang Ulu.Kesemua etnik di Sarawak menganut pelbagai agam, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya masing-masing menentukan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar bandar dan pendalaman.
Secara umumnya,kajian ini memfokuskan kepada satu tempat di negeri Sarawak.Ia adalah memfokuskan tentang pakaian tradisional perempuan kaum iban di Rh. Labang Sungai Tulai Bintangor Sarawak. Hal ini kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum memiliki pakaian tradisional masing-masing yang memaparkan budaya serba unik.[9]Setiap bangsa di dunia ini mempunyai ciri-ciri pakaian tersendiri yang pastinya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.Peredaran masa menyaksikan pengaruh kebudayaan daripada tamadun bangsa yang lebih maju terhadap bangsa yang kurang maju dapat membuka jalan kearah perubahan yang lebih pesat termasuk dalam perkembangan fesyen pakaian.Pakaian bukan hanya dipakai untuk menutup tubuh bagi mengelakkan kesan panas atau dingin mahupun pandangan orang, bangsa yang lahir daripada peradaban yang berlainan sudah tentu ingin menonjolkan seni kreatif dan tahap pencapaian teknologi masing-masing dalam bidang tekstil.
Pengkaji memilih tajuk ‘Sejarah Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban di RH. Labang, Sungai Tulai Bintangor Sarawak’. RH.Labang, Sungai Tulai Bintangor Sarawak menjadi lokasi kajian pengkaji kerana penduduk rumah panjang ini masih mengamalkan penggunaan pakaian tradisional kaum iban. Tajuk ini relevan apa yang ingin dikaji oleh pengkaji mengenai Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban.Dalam penulisan ini, secara keseluruhan pengkaji ingin mengupas persoalan utama mengenai cara pengekalan pakaian tradisional perempuan kaum iban melalui sesuatu perayaan. Pengekalan pakaian tradisional perempuan kaum iban sehingga hari ini terbukti telah memberi satu harapan baru kepada masyarakat iban di negeri Sarawak dan dijadikan sebagai tatapan generasi masa kini dan masa akandatang.Selain itu, pengkaji turut mengupas asal usul Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban di samping mengetahui jenis kelengakapan atau perhiasan yang digunakan semasa memakai pakaian tradisioanal ini.
Pengkaji memilih tajuk ini di atas dorongan minat yang menebal untuk mengkaji secara mendalam tentang asal usul dan jenis perhiasaan Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban. Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban bukan sahaja dikomersailkaan sebagai pakaian tradisi masyarakat iban malah,ia mengenengahkan kebudayaan dan kesenian etnik masyarakat iban di Sarawak secara realiti. Di samping itu, pakaian tradisional ini menunjukkan salah satu pakaian kebudayaan bagi kaum iban yang ada di Malaysia.Pengkaji juga merasakan bahawa bertapa pentingnya penulisan ini untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai keunikan Pakaian Tradisional Perempuan Kaum Iban dan seterusnya memertabatkan lagi pakaian tradisional di negara kita sejajar dengan arus pemodenan.
Antara objektif kajian adalah mengetahui asal usul pakaian tradisional perempuan kaum iban di Sarawak. Kajian juga turut melihat akan jenis kelengkapan yang digunakan oleh kaum iban di Rh.Labang Sungai Tulai semasa menggunakan pakaian tradisional perempuan kaum iban. Tidak lupa juga, kajian akan mengenalpasti cara masyarakat iban di Rh. Labang Sungai Tulai mengekalkan budaya penggunaan pakaian tradisional di rumah panjang.
Dalam  kajian ini,  fokus kajian adalah pengakaji akan mengkaji tentang asal usul pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Seterusnya,mengenal pasti jenis kelengkapan perhiasaan pakaian tradisional perempuan kaum Iban yang digunakan di RH.Labang Sungai Tulai Bintangor, Sarawak. Akhir sekali, mengetahui persembahan yang menggunakan pakaian tradisional perempuan kaum Iban di RH. Labang Sungai Tulai.
Dari segi permasalahan kajian ini, ianya menjurus kepada kekurangan sumber maklumat yang berkaitan asal usul pakaian tradisional perempuan kaum iban yang ingin disampaikan oleh pengkaji yang lain. Hal ini turut didorong oleh perasaan ingin tahu pengkaji dari mana barangan kelengakapan pakaian tradisional  perempuan kaum iban ini sebenarnya. Di samping itu, pengkaji ingin tahu bagaimana masyarakat iban mengekalkan pakaian tradisional perempuan kaum iban agar tidak lupus ditelan zaman.
Skop kajian tertumpu di Rh. Labang Sungai Tulai, Bintangor, Sarawak sahaja. Pengkaji akan mengkaji asal usul pakaian tradisional perempuan kaum Iban dalam lingkungan 1949 hingga 2009 iaitu 60 tahun. Pakaian tradisional perempuan kaum Iban adalah pakain yang melambangkan kebudayaan dan kesenian masyarakat Iban di Sarawak.Bagi sorotan kajian yang berkaitan, terdapat pelbagai tulisan dan penerbitan yang dihasilkan oleh pengkaji tempatan untuk dijadikan rujukan dan sumber ilham yang amat penting dalam menghasilkan kajian ini selengkap-lengkapnya.Dari segi methodologi, pengkaji lebih cenderung menggunakan sumber perpustakaan dalam mengumpul maklumat dan sekaligus menghuraikan dapatan kajian ini, selain menemu bual dan sokongan tulisan kajian-kajian yang terdahulu yang berhubungan dengan tajuk ini.Pengkaji sendiri merupakan kaum iban memberi sedikit sebanyak membantu dengan melihat sendiri budaya masyarakat tentang pakaian tradisional perempuan kaum iban ini.
            Pakaian tradisional perempuan kaum iban adalah sangat unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain tenun yang mempunyai corak-corak yang menarik.Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki.Dalam bahasa Iban, pakaian tradisional perempuan kaum Iban disebut sebagai ‘ngepan indu iban’.Pelbagai jenis Asal usul ngepan indu ibandipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu.Kumang merupakan seorang wanita yang sangat bajik[10]dalam kalangan wanita iban terdahulu.Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita.Contohnya, bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban.Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini. Kenyataan ini disokong oleh Vernon Kedit:
“Kumang, the great beauty of all Iban goddesses, was the epitome of style and class. She only wore the kain kebat, rawai tinggi betating pirak and an elegant silver lampit belt, the sugu, a pair of stud ear-rings, silver necklaces and a complete set of tumpak pirak for the lower and upper arms. Maybe some feet bangles with tiny bells too. In her right hand a white lace handkerchief, in her left the silver buah pauh - her purse. And tucked discreetly in between her sanggul siput, a flower - the seri mua.”[11]
 Perhiasaan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.[12]Pelbagai jenis perhiasaan melengkapi pakaian tradisional perempuan kaum Iban pada setiap bahagian tubuh badan.Di bahagian kepala, sugu tinggiatau ‘tall combs’ ialah merupakan perhiasan yang berwarna perak yang memberi keunikan dan kilauan yang menarik semasa menari tarian Ngajat Induk[13] dan gunakan semasa persembahan atau pertandingan Ratu Cantik. Contohnya, Kumang Gawai Beauty Pegeant di Sarawak (LINK). Sugu tinggi ialah kraftangan corak dan rekaan yang berbentuk tema bungaan.Dahulu, perhiasan ini dibuat daripada perak tetapi sekarang sugu tinggi dibuat daripada aluminium yang bersalut perak.[14]
Selain itu, Ensuga Tisir ialah perhiasaan yang terletak atau bersama dengan sugu tinggi yang berbentuk flora atau bungaan.Ia diperbuat daripada perak atau aluminium yang bersalut perak. Sugu pupung merupakan sikat yang menyokong sugu tinggi supaya tidak longgar atau terjatuh dari kepala orang yang memakainya.
Di bahagian bahu hingga ke paras pinggang,marek empangatau marek tango[15] ialah perhiasan dada yang diperbuat daripada manik dan bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atau baju kecil atau kemban.[16]Marek empang dibuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak.[17]Ia seperti rantai yang besar yang menutupi bahagian dada dan dipakai pada bahagian leher.Bedong atau dikenali sebagai kain selempaimerupakan kain selendang yang panjang dan sempit.[18]Ia dihiasi dengan pelbagai corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedong hampir sama dengan sirat iaitu. Bedong dipakai dibahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada.
Rawaiialah gelungan yang dibuat daripada tembaga ataupun perak yang disusuk dengan rotan seterusnya dibelit pada tubuh dari bahagian lengan hingga bahagian punggung.Saiz rawai dibuat bergantung kepada saiz tubuh badan penggunanya.Ia merupakan gelungan yang sangat besar pada bahagian badan. Lampit merupakan tali pinggang yang besar.Lampit digunakan pada bahagian pinggang.[19]Ia diperbuat daripada aluminium yang bersalut perak.
Tumpaialah sejenis perhisaan gelang yang diperbuat daripada tembaga atau aluminium yang bersalut perak yang digunakan pada bahagian pergelangan tangan.Setiap saiz gelang tersebut adalah berbeza dari saiz kecil hinggala saiz yang besar.Manakal tumpa rajang pula ialah sejenis perhiasaan gelang yang dibuat daripada tekuyung tasik[20].Terdapat juga jenis tumpa yang dibuat daripada perak.Ia digunakan pada bahagian lengan dan berasa ketat semasa menggunakannya. Di bahagian tangan, terdapat sebuah perhiasaan iaitu Buah Pauh.Buah Pauhialah sejenis perhiasaan yang dibuat daripada logam perak yang menyerupai sejenis buah iaitu buah pauh.Ia seperti cincin yang berantaikan buah pauh dan disarungkan di jari manis orang yang memakai ngepan tersebut.
Sementing Ringgitatau dikenali sebagai gobeng merupakan lingkaran tali pinggang yang berjuraian ibarat tali pinggang wang.Setiap wang atau duit syiling tersebut dicantum dengan rapat. Pada bahagian atas sementing ringgit, duit syiling yang menyerupai duit 50 sen akan dicantum rapat dengan duit syiling yang lain. Manakala pada bahagian bawah, duit syiling yang mnyerupai duit 20 sen atau 10 sen dicantum dan dibentuk seperti tali yang berjurai ke bawah yang bersambung dengan bahagian atas sementing ringgit tersebut.
Wanita iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.[21]Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kuang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukur 110cm X 60cm; dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.[22]Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur yang berwarna-warni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu.Sebarang perayaan pula dihias oleh pelbagai reka corak geomatrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihias dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Bahagian pergelangan kaki terdapat dua gelang perhiasaan digunakan iaitu kunkung kaki dan gerunung.Kunkung kakidikenali sebagai gelang kaki.Gelang ini diperbuat daripada tembaga.Kunkung kaki tidak sama dengan gerunung. Gerunungialah perhiasaan gelang kaki yang mempunyai loceng kecil.Kungkung kaki tidak mempunyai loceng pada gelang tersebut.Semasa individu berjalan, loceng ini akan berbunyi mengikut rentak pergerakan kaki.
Di RH. Labang Sungai Tulai Bintangor, Sarawak, ngepan indu iban digunakan semasa musim perayaan, menyambut kedatangan orang yang terhormat atau pelancong, majlis perasmian dan sebagainya.Pada malam 31 Mei, masyarakat di Sarawak menyambut Hari Gawai.Hari Gawai adalah sambutan hari perayaan bagi meraikan rasa bersyukur kepada Petara[23]mereka atas hasil tanaman padi yang baik dan lumayan.Ia diraikan oleh suku kaum Dayak tetapi turut disertai oleh kaum-kaum lain.[24]
Pengetahuan umum, terdapat pelbagai jenis perayaan Hari Gawai. Perayaan-perayaan ini dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Gawai Batu, Gawai Burong (Gawai Kenyalang), Gawai Rumah Baru (Gawai Mangkong Tiang), Gawai Nama Ke Tajau, Gawai Antu, Gawai Ngemali Umai dan lain-lain seumpamanya. Gawai Batu dianggap sebagai perayaan utama kerana kaitannya dengan tradisi berhuma masyarakat Iban.[25]Tujuan Gawai Batu ini ialah untuk memohon keberkatan daripada petara untuk membersihkan tanah huma daripada gangguan serangga perosak dan penyakit. Maka ia bolehlah diadakan apabila mereka tidak mendapat hasil tuaian yang baik pada tahun sebelumnya. Gawai Batu juga diadakan setelah berpindah ke rumah panjang baru untuk memohon keberkatan, kemakmuran dan kesenangan hidup selama mereka menghuni rumah panjang tersebut.Dalam konteks ini, Petara yang dimaksudkan ialah Sempulang Gana Bujang Rangkang Kirai Raja Sua, manusia luar biasa yang dipercayai tinggal di kayangan.Menurut kepercayaan, Simpulang Gana ialah dewa atau pesuruh utama petara yang dilantik sebagai penjaga tanah, tempat mereka berhuma dan bercucuk tanam.
Gawai Kenyalang (Gawai Burong) diadakan sebagai penghormatan kepada Singalang Burong iaitu tuhan perang bagi masyarakat Iban tradisional (Sandin, 1977).Asal usul perayaan ini dikaitkan dengan kepercayaan tentang Aki Lang Sengalang Burong Jagu Menaul Tuntung (burung helang) yang ditugaskan oleh petara untuk memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau memiliki semua jenis pengaroh[26].Oleh hal demikian, Gawai Kenyalang bolehlah diadakan semasa atau sebelum ekspedisi ngayau.Ia juga boleh diadakan apabila seseorang pahlawan Iban menerima alamat daripada petara melalui mimpi untuk mengadakannya. Bagaimana pun, Gawai Kenyalang boleh diadakan sebaik sahaja seseorang Iban pulang daripada bejalai setelah memperoleh pendapatan lumayan atau barang yang berharga. Lazimnya upacara perayaan dijalankan di tanju[27]kerana Singalang Burong dipercayai akan datang dan duduk bersama-sama dengan mereka semasa makan dan minum di sana.
Satu lagi perayaan yang penting bagi masyarakat Iban ialah Gawai Antu, iaitu satu upacara ritual sebagai penghormatan kepada orang yang telah mati.Perayaan ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan persediaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun. Pada malam Gawai Antu, acara ngalu petara[28] diadakan di ruai[29]dengan cara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang berpakaian tradisional.[30]
Acara tahunan ini disambut menjelang akhir bulan Mei atau awal bulan Jun pada setiap tahun. Antara acara perayaan Gawai ialah menyanyi, meminum tuak[31]dan menari.Semasa majlis tarian ngajat bagi wanita kaum iban, mereka akan menggunakan pakaian tradisional lengkap dengan perhiasaannya. Penari lelaki dan wanita akan menarikan tarian ngajat bersama dengan iringan irama muzik yang dibunyikan dari alat-alat muzik sepertigegendang, tawak[32], bebendai[33]dan engkerumung.[34]
Semasa majlis perasmian atau pelancong asing datang ke rumah panjang. Wanita akan mempersembahkan tarian Ajat Ngalu Temuai. Mereka menari sambil mengiringi tetamu sehingga ke ruai tuai rumah[35]. Tarian ini sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir ke rumah panjang semasa perayaan Hari Gawai atau perayaan-perayaan yang lain. Tarian ini boleh dipersembahkan pada majlis keramaian atau menyambut kedatangan tetamu.[36]
Selain itu juga, terdapat tarian Ajat atas tawak.Tarian ini menunjukkan gadis kaum Iban bukan saha hanya boleh bertenun tetapi mempunyai bakat untuk menari di atas gong. Tarian ini hanya sekadar untuk berhibur dan juga untuk majlis keramaian.Ajat Indu pula adalah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan kaum wanita yang berpakaian lengkap yang cantik sambil menari dengan bersama pahlawan Iban dengan pelbagai jenis gerak tari yang mempunyai cerita disebaliknya.[37]
Di samping tari-menari, Pertandingan Ratu Cantik atau dikenali sebagai Pekit Kumangada dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai.Pekit Kumang adalah satu pertanding di mana peserta akan memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban iaitu ngepan indu iban. Menurut Jimbun Tawai, ngepan indu iban tidak boleh digunakan sebarangan. Hal ini kerana ngepan ada maksud yang tertentu. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta gagal dalam pertandingan tersebut.[38]
Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan semasa Pekit Kumang sepatutnya sugu tinggi yang sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain walaupun peserta tersebut mempunyai rupa paras wajah yang cantik. Sugu tinggi yang pendek adalah untuk isteri orang ataupun janda.Tambahan pula, corak ngepan peserta yang mengikuti pertandingan tersebut kain tersebut haruslah terang warnanya.Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.
Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak.Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini telah menjadikan pakaian tersebut sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.




[1] Jerry Hawkin Anak Suting, Peranan Dayak Cultural Foundation (DCF) dalam Memelihara Tarian Ngajat, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak, tesis yang tidak diterbitkan,  2007, hal.1.
[2] Mohamed Anwar Omar Din, Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jurnal ASWARA, 2009, hal.24.
[3]Ibid.
[4] Chemaline Anak Usop, Leka Main: Puisi Rakyat Iban- Satu Analisis Tentang Bentuk dan Fungsi, Universiti Sains Malaya, tesis yang belum diterbitkan, 2006, hal.1.
[5] Statistik Banci Penduduk dan Perumahan Sarawak, Jabatan Perangkaan Malaysia ,2010, hal.375.
[6]Austin, Robert F. “The Iban of Sarawak”, Southeast Asia: An International Quarterly, 1974, hal. 905
[7] Chemaline Anak Usop, op.cit., hal.1.
[8]Ibid, hal.2.
[9] Halimah Abdul Rahman, Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum, Penerbit HARTAMAS, 2011, hal.1.
[10] Istilah “bajik”  bermaksud cantik.
[11] Vernon Kedit, Pemanah Ngepan Kelia vs Ngepan Jai Diatu, Artikel, 2009
[12]Maruwiah Ahmat, Pakaian Tradisional, Karisma Publication SDN.BHD, 2007, hal.23-24.
[13] Istilah “ Ngajat Induk” bermaksud tarian perempuan.
[14] Paren Nyawai, (SEA DAYAK) Iban’s Tiara: Sugu Tinggi Headdress, Artikel, 2012
[15] Temu Bual: Lemu Anak Sumbai, 79 tahun,
[16] Veeky Leonora, Iban of Various Tribes hence Various Costume, Artikel, 2011, hal. 23.
[17] Sures A/L Supurmanian, Pakaian Tradisional Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2011, hal.25.
[18]Ibid, hal.26.
[19] Che Syaedah, Lambang Kehebatan Pahlawan Iban, KOSMO, Artikal, 2013, hal.2.
[20] Istilah “tekuyung tasik” ialah siput laut
[21]Hamidah Husain dan Mohamed Roselan Malek, Pakaian dan Perhiasan Tradisional.2009, hal. 56.
[22]Ibid, hal.57.
[23]Istilah “petara” bermaksud Tuhan.
[24] Maruwiah Ahmat, Kenali Negeri Kita Sarawak Bumi Kenyalang,2008, hal.35.
[25] Chemaline Anak Usop, op.cit., hal.9-10.
[26]Istilah “pengaroh” bermaksud azimat.
[27]Istilah “tanju” bermaksud beranda atau di luar ruai.
[28]Istilah “ngalu petara” bermaksud mengalu-alukan kedatangan Tuhan kaum Iban.
[29]Istilah “ruai” bermaksud galeri rumah panjang.
[30] Jerry Hawkin Anak Suting, op.cit., hal.8.
[31]Istilah “tuak” ialah air nasi pulut atau dikenali sebagai tapai.
[32] Istilah “tawak” ialah senjenis gong tetapi saiz gong tersebut adalah kecil.
[33] Istilah “bebendai” ialah sejenis gong yang sederhana saiznya tetapi mempunyai lapisan yang nipis serta bunyi yang berbeza daripada gong.
[34] Jerry Hawkin Anak Suting, op.cit., hal.8.
[35] Istilah “ruai tuai rumah” ialah halaman yang berbumbung di depan rumah ketua kampung.
[36]Ibid, hal.9.
[37]Ibid, hal.10.
[38] Jimbun Tawai, Konsep Kumang dalam Budaya Iban, Artikel, 2010, hal. 23-24.


(2 683 patah perkataan)



Bibilografi:

Austin, Robert F. “The Iban of Sarawak”, Southeast Asia: An International Quarterly, 1974

Chemaline Anak Usop, Leka Main: Puisi Rakyat Iban- Satu Analisis Tentang Bentuk dan Fungsi, Universiti Sains Malaya, 2006

Jerry Hawkin Anak Suting, Peranan Dayak Cultural Foundation (DCF) dalam Memelihara Tarian Ngajat, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak, 2007

Maruwiah Ahmat, Pakaian Tradisional, Karisma Publication SDN.BHD, 2007

Maruwiah Ahmat, Kenali Negeri Kita Sarawak Bumi Kenyalang,Karisma Publication SDN.BHD, 2008

Mohamed Anwar Omar Din, Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jurnal ASWARA, 2009

Hamidah Husain dan Mohamed Roselan Malek, Pakaian dan Perhiasan Tradisional, Penderbit PRISMA SDN BHD, 2009

Veeky Leonora, Iban of Various Tribes hence Various Costume, Artikel, 2011



















Wednesday, 29 January 2014

Kepentingan  Etika Komunikasi
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa etika komunikasi dalam profesyen perguruan sangat penting dan selari dengan Kod Etika Profesion Keguruan sedia ada. Sifat profesyen perguruan yang profesional sejajar sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan  latihan ikthisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi , bertanggungjawab, bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang ditentukan oleh organisasinya (Mak Soon Sang, 2004). Menurut beliau lagi, walaupun profesion keguruan masih belum dianggap sebagai suatu profesion sepenuhnya seperti doctor dan peguam, namun beliau membuat rumusan bahawa keguruan juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion iaitu: [1]. Mempunyai latihan Ikthisas dalam Perguruan; [2]. Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik  darjah; [3]. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya; dan [4]. Pekerjaanya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan Negara. Kesemua ini bersandarkan akan kepenting etika komunikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawabnya di sekolah.
Tambahan pula, kaum guru dikatakan pakar dalam pendidikan. Mengikut Mok Soon Sang (2004) untuk menjadi guru yang berkesan guru seharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti profesional yang murni seperti berikut; [1]. Sifat ingin Tahu yakni sifat  mendorong guru sentiasa menambah  ilmu pengetahuannya dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang khususnya dalam bidang kurikulum  demi kepentingan kerjaya dan profesyennya. Sebagai seorang guru yang professional beliau harus mengamalkan budaya pembelajaran seumur hidup (longlife learning).
            Bagi menyahut cabaran masa kini, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi, kandungan mata pelajaran dan kaedah penggunan Bahan Bantuan Mengajar (BBM). Selain itu mereka disaran banyak membaca agar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti professional guru dapat  dipertingkatkan. Aspek komunikasi yang penting di mana mereka harus mahir bertutur dan menjadi penyampai yang berkesan. Apabila mereka mahir bertutur dalam penyampaian pelajaran   akan lebih berkesan seperti  penggunaan sebutan  dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap.  Para guru juga harus mempunyai daya ingatan yang kuat supaya dapat menyampaikan isi pelajaran dengan sepenuhnya kepada murid agar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Sifat daya usaha yang tinggi para guru adalah diharapkan supaya tidak rasa bosan dengan rutin tugas  harian. Mereka  akan sentiasa mencari pendekatan mengajar yang baru supaya pengajaran sentiasa menjadi menarik dan berkesan. Perkara yang lebih penting lagi di mana para guru dituntut supaya menjadi pendengar yang  baik (good listener).

            Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, para guru sewajarnya menyahut cabaran etika komunikasi agar menguasai ilmu ICT (Information Communication Techonology). Guru dituntut agar menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Fungsi guru dalam era ICT adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara oleh itu mereka perlu mempunyai pelbagai ilmu terutama  dalam mata pelajaran yang diajar dan kemahiran komputer. Mereka mesti sentiasa mendahului pelajarnya dalam ilmu pengetahuan. Dari aspek bahasa, penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan guru akan lebih mudah meneroka ilmu melalui internet. Dengan pelaksanaan dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tuntutan untuk menguasai bahasa tersebut adalah semakin perlu. 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan  (FPK) adalah asas serta panduan bagi seseorang pendidik mendidik pelajarnya untuk Berjaya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan   dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Oleh yang demikian, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membawa, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam tahun 1988, penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)  dilakukan dengan penuh pertimbangan yang teliti dengan merujuk kepada Penyata Razak 1956, Laporan  Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1979, Rukunegara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, dapat dihuraikan bahawa pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru, jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) ini haruslah seimbang di dalam diri seseorang individu. Ini kerana, kepandaian intelektual seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya rosak, emosinya terganggu serta kesihatannya terjejas. Pendidikan merupakan satu perjalanan bagi mencari kebenaran dalam mendidik insane yang bergelar pelajar. Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi, sosial serta jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apabila masyarakat sesebuah negara berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan masyarakat sekitar sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.
Dalam memastikan pencapaian matlamat pendidikan di negara ini, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) secara menyeluruh  yang diperkenalkan sebagai peringkat percubaan di 305 buah sekolah rendah seluruh Malaysia 1982 dan diikuti perlaksanaan sepenuhnya di semua sekolah pada tahun 1983 adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara  (1988) dan seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dijenamakan semula dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah serta menggantikan mata pelajaran seperti Alam Dan Manusia dengan Sains dan Kajian Tempatan pada tahun 1994. Usaha ini bertepatan  dengan mengakui bahawa dengan peredaran zaman yang membawa bersama pelbagai perubahan dan cabaran baru, sudah tiba masanya kita melihat semula pelaksanaan agenda ini. Ini termasuklah usaha memperbaiki kelemahan yang wujud, memantapkan strategi dan pendekatan sedia ada dan sekali gus merintis pembaharuan (pioneering change) terhadap sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat pendidikan adalah seperti berikut:

1.
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan  yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI);
2.
Meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar;
3.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat;
4.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, dan
5.
Meningkatkan matlamat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Pada peringkat sekolah rendah, matlamat pendidikannya menjurus kepada penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep kesepaduan KBSR pula berikutnya, menggariskan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah (http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm). Komponen ini akan digilap, lentur, asuh, dan didik melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1981) yang digunapakai oleh seluruh sekolah di Malaysia bagi memastikan setiap kanak-kanak menjadi warganegara yang mempercayai Tuhan, komited dengan wawasan Negara, berminda terbuka, mahir berinteraksi, bijak bersosialisasi, berhemah tinggi dan optimistik. Jangkamasa pendidikan sekolah rendah ialah enam tahun tetapi boleh diikuti antara lima hingga tujuh tahun. Peringkat ini terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (KPM 2007).
Sehubungan dengan itu, peranan penting wacana pendidikan formal bermula di peringkat sekolah rendah. Dalam hal ini, guru berperanan efektif bagi mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melahirkan individu seimbang, harmonis, bersepadu, dan berketerampilan kea rah mewujudkan “First Class Human Capital” seperti yang termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara Malaysia (Mohammad Johdi Salleh, et al. 2009).

Menurut Mohammad Johdi Salleh, et al. (2009) pendidikan sekolah rendah amat penting dalam memastikan sistem pendidikan Negara berjalan lancar dan matlamat  pembangunan Negara dapat dicapai dengan maksimum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) menyatakan objektif persekolahan sekolah rendah ialah membantu perkembangan diri murid; persediaan persekolahan; persediaan persekolahan menengah; pemahaman budaya dan kemahiran social; pembinaan minat; keagamaan dan moral; dan, sedia member sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Thursday, 9 January 2014

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2

Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro Sarawak.
Memandangkan Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan wujudnya pelbagai persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat mempunyai kepelbagaian  persembahan tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara umumnya, kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami beberapa proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh masyarakat di sini.[1]
            Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater. Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini meliputi pakaian, adat, serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia.[2]  Penulis memilihtajuk  seni bermukun atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro, Sarawak. Seni bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau dan Melayu di negeri ini. Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara persembahan masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan kampung-kampung. Bermukun merupakan persembahan tradisional Sarawak yang membabitkan persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang. Seni ini merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.[3]      
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal sesebuah kebudayaan seni amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan membolehkan masyarakat untuk mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga akanmengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta alat muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam persembahan bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu pelengkap kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak menarik dan tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji juga ingin mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri pengkaji dan masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam pelbagai aspek kehidupan  seperti dari aspek sosial masyarakat.
                Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa kesenian Sarawak berikutan daripada transformasi Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal rakyat kerana terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini.Kemodenan yang wujud bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan pelbagai kesenian rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan budaya luar adalah menimbulkan permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke dalam jiwa masyarakat terutama remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni bermukun ini agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini diadakan pada zaman dahulu dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian hanyut dalam arus globalisasi.Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa elemen utama dalam persembahan seni ini juga akan turut dikaji oleh pengkaji. Sehubungan itu, sejauhmana masyarakat dapat mendalami seni  kehalusan berpantun yang merupakan satu eleman penting dalam adat bermukun ini.
Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985)  dalam kajiannya “pemikiran cinta bermukun dalam gendang melayu Sarawak” kebudayaan  merujuk langsung kepada  “the way of  life” atau cara hidup dan pemikiran masyarakat.  Penelitian terhadap elemen pantun atau mukun dalam seni ini membolehkan kita menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat terdahulu. Persoalan seperti, apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi masyarakat terhadap sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka ? Sesungguhnya puisi tradisional seperti pantun mukun agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang.[4]

            Seterusnya, kajian ini amat  penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam memahami seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau di Sarawak. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada masyarakat terutamanya etnik Melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini. Malahan dapat menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu sendiri. Masyarakat dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri. Pengkaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya. Pengkaji  amatlah berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap pelbagai aspek kehidupan kita.  Justeru  itu, kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula seni warisan dan khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian tenggelam dalam arus modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat masyarakat terhadap kaeindahan seni dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah seterusnya memperkembangkan seni ini agar dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal dihargai dan diteruskan oleh generasi akan datang.
            Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji  ialah meliputi kerangka masa selama 30 tahun iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan membincangkan tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong. Kampung Penibong merupakan sebuah kampung yang terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro. Semua penduduk asal kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik yang sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan Sarjana Barat menggambarkan watak dan keperibadian kaum Melanau sebagai“gentle and peace loving people”. Menurut pendapat Hugh Low (1968), mengenai kaum Melanau adalah seperti berikut :

“…Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last mentioned settlement…”
Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.
            Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang dijalankan. Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentang kajian yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait langsung dengan kajian akan datang (Lawrence Dino, 2007).  Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak (Mohd Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan  dalam pembentangannya “Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun 2009.  Selain itu kajian juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam bukunya yang bertajuk “Persembahan tradisional” pada tahun 2001.
                Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah kaedah kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat bermukun ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu  ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan  untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan Raunah binti Mat yang merupakan salah seorang syeh[5] gendang di Kampung Penibong bagi medapatkan keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu panduan pengkaji.Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji, rujukan internet juga digunakan.
            Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih dahulu dan menimbulkan minat pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu.  Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 perkataan asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan seseorang. Asal-usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu perkara. Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin mendalami  tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro.
Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab. Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan kesesuaian melayu yang sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke ataupun lebih awal. Penduduk  sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian bermukun ini mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di kawasan tersebut seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di  Sarawak sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini.  Buyong Adil (1989) menyatakan peranan kerajaan Kesultanan Brunei menjadi penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Hal ini tertumpu kepada beberapa tempat barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka, Sadong, Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung Sirik.
 Namun begitu, Puan Raunah  Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah Matu Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada terdapat kesasihan yang sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun demikian, budaya bermukun ini merupakan satu  khazanah yang diperturunkan daripada nenek moyang mereka sejak dahulu kala. Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong masyarakat untuk mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat memberikan hiburan kepada masyarakat.[6] Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam proses penciptaan seni traadisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan kondisi lingkungan. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan sosial budaya masyarakat di suatu tempat.Keterangan tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan Raunah iaitu, asal usul persembahan bermukun di kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu memulakan aktiviti bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul apabila mereka mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang berbeza dan dapat menimbulkan minat penduduk untuk menari mengikut rentak yang dipukul. Oleh itu, pelbagai idea untuk mengubah alat muzik tersebut dan akhirnya mereka terfikir untuk menggunakan gendang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu. Akhirnya persembahan tersebut terus diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di Kampung tersebut.[7]
Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran cinta, walaupun digambarkan agak sederhana namun ianya ringan dan menghiburkan, namun isinya mampu menggambarkan peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah (1985). Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah masa untuk mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan tersebut tidak menghairankan kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas.[8] Tambahan lagi,pada zaman dahulu, majlis bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti “bercampak” iaitu mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu tangan  ke dalam tabir yang memisahkan tukang gendang dan para penari.[9]
 Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh masyarakat dahulu kala kerana para penari  menggunakan topeng ketika persembahan tersebut.[10] Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat.[11] Isu tersebut menjadi sindiran menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf  terbitan tahun 1932 mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun. Pandangan serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak. Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.
Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemen-elemen utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun ini dikendalikan  dalam kalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai ‘tukang gendang’ atau juga ‘syeh gendang’. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang dibahagian berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir-gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama mak gendang. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan rumah. Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan dalam keadaan terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam hari perkahwinan sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.[12] Penyataan tersebut juga dijelaskan oleh Abdullah Haji Saidol yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam  ucapannya dalam program TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran RTM  Sibu (2012)  berkata  :
“bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis keramaian.”




            Seterusnya adalah berkenaan dengan  gendang yang merupakan elemen utama dalam persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzik yang digunakan oleh masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang[13] kambing manakala, muka yang besar pula dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan memasangkan gelong-gelong yang diperbuat daripada kulit.[14] Badan gendang melayu diperbuat daripada kayu nagka. Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara meribanya dengan kedudukan melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan.[15] Dalam persembahan bermukun, gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang asas agar dapat disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak yang terdiri daripada golongan lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan tengah. Ditengah pikulannya berbunyi “pak” dan pada bahagian tepi gendang berbunyi “pung”. Pukulan tersebut dikenali sebagai pukulan induk.[16] Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam persembahan bergendang. Namun, pukulan gendang harus dikendalikan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan atau menyumbangkan pukulan keseluruhannya.
Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun penandak. Pemukul gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul gendang dan berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua orang wanita atau lebih. Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam pukulan gendang melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran berpantun.[17]Penandak atau juga penari pula adalah terdiri daripada lelaki.  Mereka akan berbalas pantun dengan tukang gendang sambil menari.Para penandak menari berdasarkan irama pukulan gendang.
Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh golongan lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang ada padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga tandak dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak kebanyakannya menari meggunakan  bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang bertentangan dengan kaki. Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian tersebut adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian aktiviti tersebut diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang. Masyarakat lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan bahawa,tarian merupakan:
“…gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui  gerak-geri berirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang lain…”
 Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut. Pantun dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan berbalas pantun secara bergilir.  Aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi mengasah minda masyarakat.Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati bergendang dan bermukun adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran, kecekapan tingkah laku dan menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah berdasarkan pemikiran masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian mereka.Belles Lettres (2000) juga berpendapat :
“…if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty accomplished by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements of mankind in this form of art…”




Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan masyarakat Melanau  pada zaman dahulu.
            Seterusnya adalah berikutan masalah seni  bermukun ini yang kian malap dalam kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70 peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak pernah menyertainya.[19] Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin luput ditelan kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional bergendang dan bermukun iaitu sebagai  medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan berkumpul  dan bersuka ria. Sopi Smile (2008) berkata:
“…majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-kampung yang berdekatan…”

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang disebabkan perubahan gaya hidup.  Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-masing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.
            Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu terutamanya.Mohd Taib Osman (1996) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan  oleh masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol (2012) iaitu :
“…unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran hanya akan dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya…”

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan.[20] Ketiadaan teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis tersebut,  masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil menenangkan fikiran.  Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi tujuan berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan, kritikan, kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun merupakan medium komunikasi masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.
            Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang, berbudi bahasa dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjut dikatakan harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara, 2009).
            Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat Melanau ini sememangnya sudah  menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman dahulu kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul sebenar kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun daripada nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen penting  dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat muzik utama, pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak, tarian atau tandak,dan juga pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman dahulu dan sekarang.



[1] Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1.
[2]Ibid, hal 2.
[3]Sopi Samile, “bermukun meriah keramaian,” utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september 2008.hal.2
[4] Mohd Fauzi Abdullah et.al. “ pemikiran cinta  bermukun dalam gendang  melayu Sarawak” (Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.
[5] Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat  Melanau.
[6]Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.
[7]Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro.
[8] Mary Fatimah  Subet dan Salbia Hassan “bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu Sarawak”(kertas kerja dibentangkan dalam 55TH seminar in the cls research seminar series, UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel my Sarawak “ bermukun semakin malap”, hal. 3.
[9]Ibid.
[10]Op.cit., Sopi Samile, hal.2.
[11]Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20.
[12]Temuramah dengan Raunah binti Mat.
[13] “belulang” ialah kulit binatang yang telah dikeringkan.
[14]Op.cit.,  Hamidah Husein, hal.51.
[15]Ibid, hal.52.
[16] Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[17]Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[18]Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2.
[19]Ibid.
[20]Ibid, hal. 3

(Jumlah Perkataan: 3394 )

Bibliografi :


Sumber Primer :

Temuramah lisan:

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8 Februari 2013, pukul 4.30 petang.


Sumber Skunder:


Hamidah Husein,  Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma,  Sdn. Bhd.  1995.

Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013”  Mingguan Sarawak (Sarawak),  31 Mac 2013.

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research seminar series, 2009.

Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.

Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company, 1932.

Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.