Translate

Thursday 20 June 2013

Kemahiran Berfikir

1. Pendahuluan
Kemahiran menggunakan fikiran secara kreatif dan efektif dengan bantuan alat alat berfikir secara tersusun akan melahirkan buah fikiran atau idea yang bernas dan berkualiti. Nabi  Muhammad (s.a.w) bersabda yang bermaksud: ilmu yang tidak beramal itu sepeti pokok yang tidak berbuah.
2. Rumusan Jurnal
Wawasan 2020 yang telah dibentuk mulai tahun 1991 hasil cetusan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dimana salah satu cabaran strateginya ialah Pembentukan Masyarakat Penyayang
Yang di maksudkan dengan Masyarakat Penyayang megikut Mahathir (1991) ialah membabitkan satu Sistem Sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan bukan hanya berkisar pada negara atau orang perseorangan sahaja, tetapi di sekeliling sistem sosial yang kukuh. Masyarakat Penyayang menurut penulis boleh ditaarif sebagai masyarakat yang memberi keutamaan, menyediakan peluang dan kemudahan, memberi sokongan material, intelektual dan moral; dan mengadakan kawalan social untuk memastikan setiap angota masyarakat dapat memuaskan keperluan asas dari aspek sosiologi, keselamatan, emosi, pecapaian, tazkiyah dan rohani sehingga terjalin satu ikatan kasih sayang, cinta menyintai dan hormat menhormati antara ahli masyarakat tersebut.
Masyarakat Penyayang merupakan masyarakat yang saling bantu membantu antara satu sama lain sehinggalah seolah-olah terjalin satu ikatan kekeluargaan yang besar lagi utuh dan akrab antara satu sama lain dalam masyarakat tersebut.
Satu pendekakatan yang digunakan dalam Masyarakat Penyayang ialah konsep menang- menang di kalangan ahli masyarakat itu sendiri termasuklah dalam membuat sebarang keputusan, kemesraan, menyelesaikan masalah, kepentingan dan segala perkara melibatkan masyarakat tersebut.
Masyarakat Penyayang menjadikan pencipta sebagai pusat sandaran kehidupan mereka dimana mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain, bukan masyarakat yang saling bermusuhan. Dan benci membenci, Masyarakat Penyayang ini akan menyumbangkan prinsip-prinsip dan paradigma mereka untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar mencapai kehidupan sosial yang terbaik.
Penggabungan paradigma ini memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada masyarakat, kerana proses pengabungan paradigma pada masyarakat ini memakan masa dan memerlukan pengorbanan dari masyarakat itu sendiri tanpa pengabungan paradigma yang menyeluruh ini maka konsep masyarakat ini akan menemui kegagalan.
Dalam membangunkan Masyarakat Penyayang pastinya akan meghadapi pelbagai masalah dan halangan terutama dari masyarakat itu sendiri. Halangan halangan ini wujud kerana didalam sesebuah masyarakat itu terdiri daripada pelbagai kategori sifat manusia seperti dari segi faktor jantina, umur, kaum, bahasa, agama, taraf pendidikan, moral, tabiat, perwatakan dan ideologi politik. Bagi melepasi halangan ini masyarakat tersebut mestilah perlu mengamalkan konsep menang-menang terutama dari segi sosial dan budaya yang positif, berdasarkan pemikiran yang waras dan ketenangan jiwa. Antara sifat-sifat positif tersebut seperti bertimbang rasa dan bersopan santun, bertanggungjawabdan bersedia berbakti, bekerjasama dan saling hormat-menghormati serta pelbagai sifat positif yang lain.
Disamping mengamalkan sifat-sifat positif tersebut Masyarakat Penyayang juga memerlukan beberapa komponen-komponen lain secara seimbang, meyelaras dan bersepadu iaitu komponen kognitif seperti kefahaman, persepsi, konsepsi, intelek dan lain-lain. Komponen Efektif seperti kesanggupan menerima kopnsep diri, harga diri komitmen, autonomi dan lain-lain aspek. Manakala komponen psikomotor juga perlu diambil kira seperti kemahiran motor deria, penglibatan aktif kecekapan diri dan pelbagai lagi. Selain komponen kognitif, elektif dan psikomotor, komponen rohani juga amatperlu diambil berat seperti niat yang betul, tanggungjawab moral, hubungan dengan pencipta dan sebagainya.
Secara ringkasnya dalam memperkatakan Masyarakat Penyayang ini adalah lebih baik kita menyambut pendekatan menang-menang berlandaskan dan besandarkan kepada yang maha pencipta ini kerana pendekatan ini sajalah merupakan pendekatan paling berjaya berbanding pendekatan lain seperti sekular dan lain-lain. Dengan perkataan lain Masyarakat Penyayang berlandaskan Maha Pencipta merupakan tulang belakang dan kemuncak bagi segala amalan Penyayang.
Tidak ada jalan mudah untuk membantu Masyarakat Penyayang, segalanya memerlukan pemahaman, komitmen dan usaha yang berterusan dan perlu memahami fungsi masyarakat, kekuatan , kelemahan, peranan dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan masyarakat dan apa yang lebih penting sekali ialah aspek Pembangunan insan terlebih dahulu mestilah dipenuhi. Menurut Sayid Sabiq (1978) mengatakan bahawa Pembangunan insan membabitkan tujuh perkara asas iaitu KekuatanAqidah, Kekuatan Ilmu, Kekuatan Budi Pekerti, Kekuatan Ekonomi, Kekuatan Ikatan Masyarakat, Kekuatan Susunan Pendamaian dan Kekuatan Jihad.
Memandangkan Masyarakat Penyayang dalam memenuhi acuan wawasan 2020 ialah satu harapan yang paling besar, maka harapan Masyarakat Penyayang ini juga menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Antara halangan dan cabarannya ialah Keruntuhan Akhlak dalam masyarakat sendiri seperti keruntuhan akhlak dari kalangan pemimpin-pemimpin negara, ahli perniagaan dan juga keruntuhan akhlak dikalangan remaja yang mana remajalah merupakan tunggak Wawasan 2020. Masalah penagihan dadah yang semakin meningkat demi tahun ketahun juga merupakan penghalang yang amat besar dalam merealisasikan Masyarakat Penyayang dalam acuan Wawasan 2020. Selain dari itu masalah keruntuhan institusi rumahtangga juga semakin ketara seperti penderaan kanak-kanak, pengabaian tanggunjawab Keluarga, kehilangan kemesraan di kalangan Keluarga. Ketidaktanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat dan perabaian perlindunagan orang tua juga semakin ketara dalam masyarakat kini. Gabungan halangan-halangan inilah yang menyebabkan kegagalan bagi mewujudkan Masyarakat Penyayang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama samaada daripada Sektor Awam, Sektor Koporat dan Sektor Swasta bagi memastikan Masyarakat Penyayang dalam acuan Wawasan 2020 mencapai sasaranya.
Dalam merealisasikan Masyarakat Penyayang dan acuan Wawasan 2020, apa yang perlu di beri perhatian ialah dari segi Pembangunan manusia itu sendiri kerana manuasi merupakan unsur yang paling asas dan merekalah yang merancang dan menjayakan matlamat tersebut tanpa membangunkan insan itu sendiri. Yang pasti Masyarakat Penyayang dalam acuan Wawasan 2020 tidak akan berjaya.
4. Kupasan jurnal
Dalam mengupas jurnal ini, bagi melahirkan sebanyak mana ideal untuk menyelesaikan masalah dan mengunakan kemahiran berfikir keatas jurnal ini, saya lebih gemar mengunakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Edward de Bono iaitu alat CoRT tenik keempat AGO (Anis, Goals, Objectives) atau ( Tujuan, matlamat, objektif).
4.1 Pendahuluan
Malaysia yang kini giat menjalani proses modernisasi dan urbanisasi tidak lupa untuk mengganjakkan paradigma dalam merevolusikan institusi kemasyarakatan selaras dengan komitmen kerajaan untuk membentuk sebuah masayarakat yang seimbang dalam aspek fizikal, rohani, mental, emosi dan intelek. Kerajaan talah melaksanakan kerangka untuk mencapai objektif ini melalui pembentangan teks Wawasan 2020. Misi untuk mewujudkan masayarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat telah diletakkan sebagai sasaran ketujuh dalam memorandum ini. Dengan terasminya rancangan ini, setiap nadi anak watan berdenyut kencang menandakan bermulanya satu misi baru dalam era kehidupan sejagat.
Menurut professor Paul Kennedy dalam bukunya “The Rise and Fall of the Great Powers “, perpaduan dalam sesebuah komuniti adalah tunggak kepada pembinaan suatu kuasa besar dunia. Contohnya, orang Mesir dan Babylon berjaya membangunkan bangsa mereka kerana bersatu padu dalam memperbaiki sistem saliran dan pertanian serta membina bangunan seperti pyramid dan kubu. Dengan ini dapatlah difahamkan bahawa semangat perpaduan ini hanya akan wujud jika lahirnya budaya saling menyayagi anatara satu sama lain.
4.2 Peranan Keluarga
Untuk Merealisasikan Masyarakat Peyayang dalam Wawasan 2020 apa yang perlu di perhatikan dan merupakan perkara pokok ialah Pembangunan Keluarga mestilah di utamakan, sekirabnya pincang pembagunan keluaga maka pincangla masyarakat penyayang yang hendak dibangukan, ini kerana institusi Keluarga merupakan perkara paling asas didalam masyarakat. Oleh itu pihak kerajaan dalam merealisaskan Masyarakat Penyayang ini perlulah memeberi penekanana dalam pembentukkan Institusi Keluarga ini.
4.3 Peranan Pendidikan
Disamping itu pihak kerajaan juga mestilah memberi penekanan dalam aspek Sistem Pendidikan. Sistem Pendidikan mestilah dijaga dengan rapi dan efektif seperti mengadakan korikulum yang bersangkutan dengan hal-hal bermasayarakat dan interaksi anatra kaum. Satu Sistem yang tidak membezakan perkauman dan sebagainya seperti sekolah wawasan yang telah di jalankan merupakan salah satu agenda yang baik, disamping itu juga pihak kerajaan sepatutnya tidak mewujudkan pelbagai sekolah yang berasaskan kaum seperti SRK (C), SRK (T) dan Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini mestilah disatukan, wujudkanlah satu sekolah sahaja, dengan wujudnya pelbagai sekolah berasaskan kaum ini dengan tidak sengaja akan menjadi satu penghalang kepada pembentukkan atau mewujudkan Masyarakat Penyayang.
Sekolah merupakan intitusi pendidikan terawal yang mengajar kanak kanak dan remaja erti nilai nilai moral. Dua subjek yang diperutukan untuk memupuk nailai nilai murni di sekolah ialah Moral bagi golongan beragama islam dan Agama Islam bagi pelajar beragama islam . kokurikulum seperti perbicanggan dalam kelas, pertandigan pertangian muhibah juga merupakan proses menwujudkan masyarakat penyayang.
Korikulum yang berasaskan kepelbagaian kaum juga hendaklah diperhebatkan lagi sama ada di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah mahupun di Institut pengajian Tinggi yang jelas Institusi Pendidikan merupakan jalan yang sebaiknya dan mewujudkan dan merealisasikan Masyarakat Penyayang ini, seperti persatuan badan beruniform dan sebagainya.
4.4 Peranan Ibu Bapa
Peranan ibubapa dalam mendidik anak dan membudayakan Masyarakat Penyayang ini amat penting, ibubapa seharusnya meyuntik kepada anak mereka suka tolong menolong anatara jiran tetangga. Jauhkan sikap mementingkan diri terutamanya ibubapa yang berada dibandar besar. Selalukan membawakan anak-akan beriadah bersama-sama dikawasan-kawasan perumahan agar anak-anak mengenali jiran-jiran mereka dengan ini sikap Masyarakat Penyayang secara sendiri akan bercambah dalam diri mereka.
4.5 Peranan Masyarakat
Ahli Masyarakat juga penting dalam menjayakan Masyarakat Penyayang ini, terutama mereka yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan dan Bandar besar. Aktivi kemasayarakatan perlu di perbanyakkan seperti bergotong royong, perjumpaan-perjumpaan seperti perjumpaan hari raya, mewujudkan pasukan Rela dan pelbagai aktiviti lain yang berunsurkan kemasyarakatan. Sikap penting kan Keluarga sendiri dan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling patut dihakiskan didalam setiap ahli masyarakat, budaya-budaya inilah yang menjadi penghalang dan meyebabkan kegagalan dalam merealisasikan Masyarakat Penyayang. Konsep Masyarakat Madani perlu diperkenalkan secara menyeluruh kedalam masyarakat kini.
4.6 Peranan Undang-Uundang
Undang-undang merupakan alat penting untuk mengubah nilaI sosial dan gelagat masyarakat (Norma Mansor 1994). Kerajaan harus menyemak semula undan-undang yang terdapat dinegara kita yang berkitan dengan masyarakat umum, terutama yang berkaitan akta yang memberi ketidakadilan atau diskriminasi terhadap satu masyarakat. Ini kerana tanpa keselarasan undang-undang ini boleh menyebabkan sebelah masyarkat lain memandang serong kepada masyarakat yang lain daripadanya apabila ini berlaku maka akan wujud jurang perbezaan antara satu sama lain dan seterusnya akan gagallah matlamat Masyarakat Penyayang yang ingin dicapai itu.
4.7 Peranan Media Massa
Media massa juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina Masyarakat Penyayang ini, bahkan peranannya tidak boleh dipandang rendah lagi. Media elektronik seharusnya menggunakan segala apa yang ada dengan sewajarnya dalam menjayakan konsep Masyarakat Penyayang, terutamanya pihak yang mengendalikan televisyen dan radio. Ramai daripada masyarakat menghabiskan masa daripada mereka dengan menonton Televisyen dan mendengar radio, kesempatan ini haruslah mengambil kesempatan yang ada ini untuk merealisasikan Konsep Masyarakat Penyayang. Dengan menyiarkan bahan-bahan yang bercirikan konsep Masyarakat Penyayang, sama ada melalui iklan mahupun drama-drama dan filem. Para-para pembuat filem dan drama seharusnya memperbanyakkan lagi pembikinan drama-drama dan filen yang bercorak masyarakat Penyayanguntuk disembahkan kepada penonton, ini kerana peranan media bukalah kecil pengaruhnya kepada masyarakat terutama dalam membina masyarakat Penyayang.
Manakala pihak media cetak juga tidak kurang pentingnya memainkan peranan dan agenda mereka dalam membangunkan Masyarakat Penyayang ini, terutamanya dari kalangan pihak akhbar. Para pengarang akhbar hendaklah memperhebatkan lagi dan memperbanyakkan tulusa-tulisan mereka dalam mempertingkatkan serta merealisasikan masyarakay Penyayang ini. Manakala pihak pengusaha majalah-majalah hendakalah menggunakan ruang-ruang dalam majalah mereka dengan memperbanyakkkan artikel-artikel yang berkaitan Masyarakat Penyayang ini dan bukannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Selian itu, hendaklah ada pihak-pihak tertentu memperbanyakkan lagi pembinaan laman-laman web yang berkaitan dengan Masyarakat Penyayang ini, ini kerana di zaman globalisasi ini pelbagai cabaran yang hebat akan menghalang konsep merealisasikan Masyarakat Penyayang. Dunia internet merupakan perkara yang global tanpa ada sempadan dan had tertentu, dengan ini bermungkinan ada pihak-pihak yang tidak bertaggungjawab menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membuat huru hara dan pecah belah dalam masyarakat. Lama-laman Web ini hendaklah merangkumi pelbagai perkara seperti artikel-artikel yang berkaitan dengan Masyarakat Penyayang, agenda-agendan masyarakat Penayang sehinggalah kepada forum online. Diharapakan dengan pembinaan laman web ini rakyat akan menggunakan laman web ini dengan sebaik mungkin dan mendapat faedah semaksimum mungkin dalam membina Masyarakat Penyayang.
5. Kesimpulan
Untuk merealisasikan Masyarakat penyayang dalam acuan wawasan 2020 memerlukan sokongan dan pergorbanan dari semua pihak. Masyarakat itu sendirilan yang bakal menentukan samaada ia akan berjaya ataupun gagal. Walaubagaimanapun pihak yang berwajib iaitu dari pihak kerajaan memainkan peranan terpenting dalam menentukan kejayaan ini. Tanpa sokongan dan kerjasam dari semua pihak pastinya untuk menjadikan masyarakat penyayang kedalam acuan wawasan 2020 menemui kegagalan.
Rujukan:
1. AI-Ghazali (1992). Ihya' Ulumuddin (Jilid 1-4). Singapura: Pustaka Nasiona1.
2. Abdullah, N, (1988), Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional. 
3. Goldhaber, G. (1990), Komunikasi dalam organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Mahathir, M. (1991). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara
5. Nik Azis, N.P. (1994). Penghayatan wawasan pembangunan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Nik Sofiah Karim (1990). "Wanita Malaysia: Harapan dan Cabaran", Kuala Lumpur 'K' Publishing 
Sdn. Bhd.
7. Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh, Kuala Lumpur: Pencetak Nasional Malaysia.
8. Rosini Abu, Rohani Ahmad Tarmizi, Ghazali Mustapha. Modul EDU 3043 Kemahiran Berfikir. 
IDEAL UPM.
9. Sabiq, S. (1978). Unsur-unsur kekuatan dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional.

No comments:

Post a Comment