Translate

Saturday 21 September 2013

Membina Kecemerlangan Sekolah

If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We too, will not survive if we don't respond to the radical way in which the world is changing (Charles Handy, 1990)-The Age of Unreason
-------------
Prinsip penambahbaikan kemajuan sekolah:-
1. Mempercayai dan mengkaji bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kemajuan.
2. Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para pelajarnya.
3. Pembangunan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif, dan dasar sekolah.
4. Pembangunan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif.
5. Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
6. Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah itu dan bukannya kepada gejala-gejalanya.
7. Pembangunan kemajuan sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usaha sama dan bukannya semata-mata usaha pengetua seorang sahaja.
8. Maklumat balas yang berterusan merupakan mekanisme penting perlaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah.
9. Mempercayai dan mengakui  bahawa ibu bapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga yang dapat membantu pihak sekolah.
10. Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan yang berkesan.
~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment