Translate

Sunday 8 September 2013

Profesion Keguruan dalam Era Globalisasi
Globalisasi menuntut  dan memain peranan besar terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan di Malaysia. Agenda-agenda baru dalam sistem pendidikan negara yang menyentuh pelbagai isu dan krisis menjadikan masalah pendidikan tidak pernah selesai. Keadaan ini amat membantut perkembangan hala tuju pembangunan masyarakat dan negara kita.
          Banyak pembaharuan dalam bidang pendidikan perlu dilakukan di semua peringkat persekolahan. Bagi Malaysia yang merupakan sebuah negara membangun sudah tentu berhasrat berdaya maju dan membangunkan sistem pendidikannya sendiri sejajar dengan kemajuan dan pembangunan dewasa kini. Cabaran era globalisasi menuntut agar negara kita harus memberi fokus dan melabur dalam bidang pendidikan khususnya dalam membentuk 'human capital' dan merancakkan pembangunan k-ekonomi (knowledge-economy). Kesan negatif era globalisasi memerlukan negara kita merombak sistem pendidikan yang ada, dan membuat pembaharuan sejajar dengan permasalahan yang melanda seperti sumber tenaga manusia, masalah pengangguran, dan sebagainya. Keadaan ini menuntut agar program keusahawanan dalam pendidikan dipergiatkan lagi. 
           Globalisasi yang secara jelas memberi impak ke atas masyarakat, negara dan trend yang mencorakkan budaya, sosial, moral, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa.Sektor pendidikan dan profesion keguruan menerima tempias kesan daripada era globalisasi ini.

Kaitan Globalisasi dan Pendidikan
Era globalisasi bukan sekadar disandarkan kepada pandangan umum yang memberi kesan negatif semata-mata. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Dr Mahathir (2002); "The challenge for Asia is now how to manage the present concept of globalization but to make it work and to benefit from it. The challenge for Asia is to infuence the thinking on globalization, to reshape it, to reduce the changes of it going awry and destroying economies and counters"
           Secara ironinya, globalisasi yang berkembang dan signifikan dengan cabaran serta kesannya menjadikan profesion keguruan ini. Globalisasi yang berkembang bukan sahaja berbentuk ideologi semata-mata tetapi juga satu bentuk kesedaran dan persefahaman. Satu anjakan pridigma ke arah kesedaran dan membendung agar memontem era globalisasi ini tidaklah keterlaluan dalam menyentuh perkembangan ilmu pengetahuan.
Kesan-kesan Era Globalisasi
(1) Angin perubahan - membawa pelbagai idea baharu yang menyentuh keperluan membina kekuatan negara, profesionalisme, daya saing, konsep keterbukaan, demokrasi, liberalisasi dan sebagainya.
(2) Pengetahuan Baharu - perkembangan pengetahuan baru seperti k-ekonomi, pengetahuan saintifik, pengetahuan teknologi tinggi, pengetahuan ICT, pengurusan, pengetahuan sains sosial, kemanusiaan, pengetahuan pemikiran strategik dan sebagainya.
(3) Reformasi Pendidikan Guru - menyediakan guru-guru yang lebih profesional dan memperbaiki skop kurikulum pendidikan guru sejajar dengan perubahan ini.
(4) Pembaharuan Global - mendedahkan profesion keguruan kepada pemikiran dan perkembangan global, terutamanya meneyentuh pendidikan guru di negara-negara maju dan negara membangun yang lain.
(5) Kreativiti dan Inovasi - meningkatkan kreativiti dan inovasi bagi menjadikan tugas guru berkembang.
(6) Globalisasi dan ICT - kemajuan ICT mewujudakn dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment