Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah asas serta panduan bagi seseorang
pendidik mendidik pelajarnya untuk Berjaya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Menurut Akta
Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Oleh yang demikian,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan
FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membawa, memahami dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran
dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul.
Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum dalam tahun 1988, penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dilakukan dengan penuh pertimbangan yang
teliti dengan merujuk kepada Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961,
Laporan JK Kabinet 1979, Rukunegara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat
pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
|
Daripada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, dapat dihuraikan bahawa pendidikan di
Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza
di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap
makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya
tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan
secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini
adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Justeru, jasmani, emosi, rohani, intelek dan
social (JERIS) ini haruslah seimbang di dalam diri seseorang individu. Ini
kerana, kepandaian intelektual seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya
rosak, emosinya terganggu serta kesihatannya terjejas. Pendidikan merupakan
satu perjalanan bagi mencari kebenaran dalam mendidik insane yang bergelar
pelajar. Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi, sosial serta
jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Apabila masyarakat sesebuah negara berilmu, maka ilmu
yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan masyarakat sekitar
sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.
Dalam memastikan
pencapaian matlamat pendidikan di negara ini, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) secara menyeluruh yang
diperkenalkan sebagai peringkat percubaan di 305 buah sekolah rendah seluruh
Malaysia 1982 dan diikuti perlaksanaan sepenuhnya di semua sekolah pada tahun 1983
adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (1988) dan seterusnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
dijenamakan semula dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah serta menggantikan
mata pelajaran seperti Alam Dan Manusia dengan Sains dan Kajian Tempatan pada
tahun 1994. Usaha ini bertepatan dengan
mengakui bahawa dengan peredaran zaman yang membawa bersama pelbagai perubahan
dan cabaran baru, sudah tiba masanya kita melihat semula pelaksanaan agenda ini.
Ini termasuklah usaha memperbaiki kelemahan yang wujud, memantapkan strategi
dan pendekatan sedia ada dan sekali gus merintis pembaharuan (pioneering change) terhadap sistem
pendidikan negara secara keseluruhannya.
Kementerian Pelajaran
Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat pendidikan adalah seperti berikut:
1.
|
Memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh bagi melahirkan insan
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
(JERI);
|
2.
|
Meningkatkan kreativiti dan inovasi
dan budaya ilmu pelajar;
|
3.
|
Membudayakan sains dan teknologi dan
pembelajaran sepanjang hayat;
|
4.
|
Menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan, dan
|
5.
|
Meningkatkan matlamat pendidikan
Malaysia pada peringkat antarabangsa.
|
Pada
peringkat sekolah rendah, matlamat pendidikannya menjurus kepada penekanan utama ialah Kemahiran
Asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam
penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata
pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan
secara khusus.
Konsep
kesepaduan KBSR pula berikutnya, menggariskan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan
supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya
merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang
seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kegiatan
kokurikulum di peringkat sekolah (http://skdarau.tripod.com/kbsr.htm).
Komponen ini akan digilap, lentur, asuh, dan didik melalui Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR 1981) yang digunapakai oleh seluruh sekolah di Malaysia
bagi memastikan setiap kanak-kanak menjadi warganegara yang mempercayai Tuhan,
komited dengan wawasan Negara, berminda terbuka, mahir berinteraksi, bijak
bersosialisasi, berhemah tinggi dan optimistik. Jangkamasa pendidikan sekolah
rendah ialah enam tahun tetapi boleh diikuti antara lima hingga tujuh tahun.
Peringkat ini terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
(KPM 2007).
Sehubungan dengan itu, peranan
penting wacana pendidikan formal bermula di peringkat sekolah rendah. Dalam hal
ini, guru berperanan efektif bagi mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) melahirkan individu seimbang, harmonis, bersepadu, dan
berketerampilan kea rah mewujudkan “First
Class Human Capital” seperti yang termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara
Malaysia (Mohammad Johdi Salleh, et al. 2009).
Menurut Mohammad Johdi Salleh, et
al. (2009) pendidikan sekolah rendah amat penting dalam memastikan sistem
pendidikan Negara berjalan lancar dan matlamat
pembangunan Negara dapat dicapai dengan maksimum. Kementerian Pelajaran
Malaysia (2000) menyatakan objektif persekolahan sekolah rendah ialah membantu
perkembangan diri murid; persediaan persekolahan; persediaan persekolahan
menengah; pemahaman budaya dan kemahiran sosial; pembinaan minat; keagamaan dan
moral; dan, sedia member sumbangan kepada masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment