1. Persekutuan berasal daripada
perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan
merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan
pusat.
2. Sistem persekutuan adalah satu sistem
pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang
mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.
3. Walaupun negeri-negeri ini berada di
bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk mengubal
undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.
4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan
persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni
Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50 buah negeri.
Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua
kerajaan.
PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT
1. Sebelum tertubuhnya kerajaan
persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat
penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis, Belanda
dan British.
2. John Cobat merupakan orang pertama meneroka
di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir
Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat
tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk
pertanian.
3. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith
membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki kubu-kubu
pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini
telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan
kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada
mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan.
4. Pada tahun 1620, golongan puritan
telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat bantuan orang Red Indian
untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung
yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan.
5. Kedatangan orang British semakin
bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan
koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), Maryland
(1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina Utara
(1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664),
Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).
6. Pada abad ke-18,
Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah
tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian
dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini
ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja
yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian
perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.
7. Raja George III
tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip
cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap
membantah dengan melaungkan slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah membimbangkan Britian.
Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.
8. Melalui Akta
Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa
membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini
menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang
penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut.
Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran
daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup pada tahun 1774.
9. Tindakan Britian
ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan
mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di
Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George
Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan
mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.
10. Pertempuran
telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang
bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika
yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah
digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.
11. Kekalahan demi
kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan
Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian
Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan
kesemua 13 tanah jajahannya.
PENGUBALAN
PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT
1. Pada tahun 1787,
perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka
perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander
Hamilton, James Madison dan George Mason.
2. Di bawah
perlembagaan ini:
a. Sebuah kerajaan
persekutuan akan diwujudkan
b. Kerajaan pusat
menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai
dan mata wang.
c. Hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing
d. Pentadbiran
kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.
3. Pilihanraya
pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington
telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
4. George
Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri
persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander
Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah
memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan
penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan
pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington.
5. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang
perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan
di Capitol pada tahun 1800.
6. Pada tahun 1812,
Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa
semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke
tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini
telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan
ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.
7. Selepas perang
tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam
hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan
bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar
terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan
terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.
8. Pada abad ke-19,
Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui
3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an,
Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.
9. Walau
bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan
selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang
Saudara pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri
Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang
ini meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan
menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan
Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan
pusat.
10. Perang ini
bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April
1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland
dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah
memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi
rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.
11. Perang saudara
ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban,
amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan
bersatu semula.
12. Selepas tamatnya
perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu
yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi
yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.
Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu
negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan
ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara
masing-masing.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang
memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada
kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula
merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).
Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di
negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika
Syarikat.
Kerajaan Kesatuan Di Perancis
Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai
kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan
juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat
negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:
1. Kerajaan pusat
mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara
Perancis.
2. Untuk memudahkan
pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa
wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini
merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik
oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi
iaitu pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara
urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan
pusat.
Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan
kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang
percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini
kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini
pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai
kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan
menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.
Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi
sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas
atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi
yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang
keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun
1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan
beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan
bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.
Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem
feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk
iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan
setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan
kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet
yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung
kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di
kawasan tempatan.
Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General
Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini
merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan
kerajaan pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai
oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan
dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan
mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti
meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan
pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di
kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang
tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan
sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar
boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.
Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan
kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan
kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.
Penyatuan Negara Jerman
1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri
kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah
dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta
mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan
Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.
2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815,
Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman
kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada
Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.
3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak
berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi
pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana
lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman
berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.
4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk
penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang
Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan
Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan
keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan
dalam bidang politik.
5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein)
telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai
antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong
negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali
Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman
menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman
1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif
ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang
baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah
ke arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera
melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan
perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.
2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1
telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah
menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859
dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas
utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada
kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan
William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan
proses penyatuan Jerman .
3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk
mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat
mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.
4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan
Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang
Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja
Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah
menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark
telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang
Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865.
Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein
manakala Prusia mengawal Schleswig.
5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak
dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark
mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau
telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan
di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada
1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang
dikuasai oleh Austria.
6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta
ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh Parti
Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark
telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam
pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang
diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan
banyak kerusi di parlimen.
7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah
mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein
pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein
iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang
berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia
dikenali Perang Tujuh Minggu.
8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan
perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut
perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah
Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan
ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman
menjadi Pergabungan Jerman Utara.
9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha
menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan
Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis
mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah
mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada
Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan
Austria.
10.Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah
berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas
itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis.
Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada
Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang
ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.
11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah
Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta
kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan
Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.
12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik
sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri).
Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya
mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran
pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan
menentukan dasar luar.
13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871),
Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman,
membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan
hubungan persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda
tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang
dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada
Perancis menyerang Jerman.
14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan
Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet
Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor
ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan
perdagangan serta pemulihan sosial.