Asal usul orang Iban suka membuat kelingai adalah berdasarkan mitos dan lagenda. Menurut mitos,
masyarakat Iban membuat kelingai kerana mencontohi ukiran Burung Bongsu Bubut
yang mengukir Burung Bongsu Ruai. Dua orang pengembara yang bernama Jantau dan
Nyanggau pergi ke hutan untuk mencari getah jelutung. Ini kerana pada masa itu getah
jelutung sangat tinggi harganya. Pada keesokkan harinya, mereka berdua
bercadang untuk pergi berburu kerana mereka sudah lama tidak makan daging.
Setelah mereka mendapat hasil buruan, mereka bercadang untuk memasak. Tidak
lama selepas itu, dua orang yang tidak dikenali melintasi mereka berdua lalu
mengajak Jantau dan Nyanggau pergi ke rumah mereka yang tidak jauh dari situ.
Jantau dan Nyanggau menerima pelawaan itu. Orang yang mempelawa Jantau dan
Nyanggau ke rumah itu merupakan Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai yang
menjelma menjadi manusia. Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai telah
bercadang untuk mengukir badan mereka. Burung Bongsu Bubut telah mengukir
Burung Bongsu Ruai dengan cantik sekali. Apabila melihat kecantikan hiasan cacah
di wajahnya, dia pun berasa sungguh gembira. Selepas itu, tiba pula giliran
burung Bongsu Ruai mengukit Burung Bongsu Bubut. Apabila badan Bubut sudah
hampir setengah diukir dan kelihatan amat cantik, tiba-tiba fikiran Burung
Bongsu Ruai berubah dan beliau tidak mahu Onggsu Bubut kelihatan lebih cantik
daripadanya. Maka Bongsu Ruai pun mmewarnakan badan Bubut dengan warna hitam
bercampur merah sahaja tanpa corak. Apabila menyedari perbuatan Burung Bongsu
Ruai, Burung Bongsu Bubut amat marah dan mereka pun terus berkelahi. Jantau dan
Nyanggau cuba menghentikan pertengkaran di antara Bubut dan Ruai tetapi tidak
Berjaya. Jantau dan Nyanggau amat
berminat dengan ukiran yang dibuat oleh Bongsu Bubut dan mereka melakukan dan
membuat ukiran tersebut setelah mereka pulang ke tempat asal mereka.
Selain itu,
masyarakat iban mencontohi dewa-dewa kayangan. Orang lelaki kaum iban gemar
menghiasi tubuh mereka dengan kelingai
kerana mencontohi rupa tujuh orang menantu ketua dewa kayangan iaitu
Sengalang Burung mencontohi kelingai pahlawan Iban. Gemong bermimpi melihat dinding dan segala
peralatan di dalam rumah itu diukir dengan cantik sekali begitu juga orang
lelaki ya adai mendiamai rumah itu mmpunyai kelingai. Sedang beliau melihat
keindahan dan keunikan ukiran itu, tiba-tiba muncul seorang tua dan beliau
memberitahu Gemong tenteng jenis
kelingai dan ukiran yang ada di situ.
Kelingai
masyarakat iban terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah bungai terung,
ketam itit,buah andu, kera nyangkam, daun wi dan banyak lagi. Corak ataupun
jenis sesuatu kelingai tidak boleh dibuat dengan sesuka hati kerana perlu ada
maksud dan tujuan kelingai itu dicacah. Jenis kelingai yang terkenal di Nanga
dong ialah kelingai “bungai terung”.
Bungai terung ini dicacah pada kedua-dua belah bahu kaum lelaki masyarakat
iban. Hanya orang lelaki yang
mempunyai kelingai bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu
kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Bunga
terong ada yang bersayap enam dan ada yang lapan. Seorang masyarakat Dayak Iban
yang memiliki bunga terong keliling pinggang biasanya lapan buah berarti orang
itu sudah penuh atau sudah puas
merantau,
Selain itu, kelingai
entegulun juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban. Kelingai ini dibuat pada belakang
tangan, penumbuk dan telunjuk. Cacah entegulun tidak boleh dibuat sembarangan.
Ini kerana setelah seseorang itu telah berjaya membunuh dan memenggal kepala
musuh barulah seseorang itu boleh megukir ukiran ini pada belakang tangan,
penumbuk dan telunjuk mereka.
Pada masa dahulu, jenis
kelingai yang dicacah pada leher juga sangat popular. Kelingai yang terdapat
pada leher biasanya berbentuk seekor kala, sayap kupu-kupu dan kepiting. Ukiran
ini juga dipanggil ‘ukir rekung’. Tujuan kelingai ini dibuat adalah untuk
melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang
dihormati. Antara orang-orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua
kampung, pahlawan-pahlawan yang sudah berburu dan panglima. Ini bermakna
perkembangan status pada seseorang dapat dilihat berdasarkan kelingai yang
mereka cacah pada leher kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang
paling sukar dicacah kelingai dan ini dipercayai menguatkan semangat orang yang
dicacah dengan kelingai.
Motif buah andu pada
umumnya juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban dan ianya diukirkan di
belakang paha. Kelingai ini bermaksud, buah andu sebagai makanan dan penyambung
apabila seseorang itu merantau ataupun berjalan jauh.
Dalam membuat
tatu, bahan yang digunakan untuk menghitamkan cacah ialah along. Along
ini akan dicampur dengan berbagai-bagai ubat pemanis supaya cacahan itu
kelihatan lebih cantik dan juga sebagai pelindungan.
ReplyDeleteNama reti setiap curak pantang tu:
Qoute: Antaranya ialah bungai terung, ketam itit, buah andu, kera nyangkam, daun wi dan banyak lagi.
ReplyDeleteNama reti setiap curak pantang tu:
Qoute: Antaranya ialah bungai terung, ketam itit, buah andu, kera nyangkam, daun wi dan banyak lagi.