Translate

Tuesday, 21 May 2013

Pembangunan Modal Insan


Penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang  paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insane yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Hal ini ditegaskan lagi dengan kenyataan,’Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat’

 (Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)

Dalam penterjemahan kurikulum kebangsaan bagi mata pelajaran Matematik KBSM sudah pasti ianya menuntut agar Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid-muridyang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk mencarimaklumat berkaitan, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam merumus alternatif dan penyelesaian apabila berhadapan dengan perubahandan cabaran masa depan.

Penterjemahan Kurikulum Matematik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, penterjemahan kurikulum matematik yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah bakal menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak dapat dinafikan lagi di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang Had Salleh, 1998). Ini kerana, guru merupakan komponen utama dalam sistem pendidikan untuk melaksanakan dan menjayakan FPK. Kesemua aspek ini disandarkan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.

Pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan diatas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani

Tuntasnya, kurikulum Matematik sekolah menengah sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti kehendak FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini kerana FPK itu adalah panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia.

Segala kelemahan yang dirasai dalam menghayati FPK oleh guru haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang disampaikan itu telus kepada para pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang pelajar itu menerima ilmu itu sekaligus mempraktikanya. Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan datang dengan hikmah dan jayanya.







Elemen Merentas Kurikulum


Bagi membincangkan elemen-elemen merentas kurikulum, aspek pengetahuan adalah satu ciri yang penting. Pengetahuan boleh ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dan kognisi. Namun, menurut Kamus Dewan (1989) pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Dalam hal ini, kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERIS). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah.
Struktur kurikulum baru KBSM memperkenalkan konsep tunjang – satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan. Selaras dengan kepentingan aspek mengira dalam konteks KBSM, tranformasi kurikulum sekolah yang menjurus kepada tunjang pengiraan memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran lain semasa berinteraksi.
Aspek penggabungjalinan dalam mata pelajaran Matematik sudah pasti tidak dipisahkan dengan kemahiran lain atau pun mata pelajaran lainnya. Bagi satu-satu sesi pengajaran dan  pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar, bertutur dan mengira, atau mendengar, menulis dan mengira) digabungjalinkan; Antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni; Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau Projek.
Aspek ko-kurikulum juga tidak kurang pentingnya dalam penyempurnaan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik darjah, pengetahuan dan amalan. Contohnya, ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya. Pengalaman sedia ada murid dilengkapi dengan pengalaman baru melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sekolah mahupun luar.
Elemen merentas kurikulum (EMK) mempamerkan kesepaduan Unsur merentasi kurikulum  seperti;
○    Bahasa merentasi kurikulum;
○    Alam sekitar merentasi kurikulum;
○    Sains merentasi kurikulum;
○    Matematik merentasi kurikulum;
○    Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya.
Tambahan pula, EMK dalam mata pelajaran Matematik sangat penting. Sejajar dengan perkembangan dan usaha Negara menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, bagi memenuhi aspirasi Wawasan 2020; Negara perlu merangka serta memartabatkan sistem pendidikan ke arah penguasaan ilmu dan kemahiran  sepertimana yang diperlukan dalam  Kemahiran abad ke-21. Bidang sains dan teknologi  merupakan asas yang sangat penting.

Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Pendidikan Negara


Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat.

Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti pendidikan. Modal insan yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif, menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).

Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), hasrat agar matlamat pendidikan Negara tercapai berteraskan Falsafah Pendidikan Negara  (1988) dan seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dijenamakan semula dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah serta menggantikan mata pelajaran seperti Alam Dan Manusia dengan Sains dan Kajian Tempatan pada tahun 1994. Usaha ini bertepatan  dengan mengakui bahawa dengan peredaran zaman yang membawa bersama pelbagai perubahan dan cabaran baru, sudah tiba masanya kita melihat semula pelaksanaan agenda ini. Ini termasuklah usaha memperbaiki kelemahan yang wujud, memantapkan strategi dan pendekatan sedia ada dan sekali gus merintis pembaharuan (pioneering change) terhadap sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

Bagi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Dalam edisi penyemakan Matematik ini, kesepaduan dan kesinambungan unsur-unsur ini diteruskan. Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat pendidikan adalah seperti berikut:

1.
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan  yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI);
2.
Meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar;
3.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat;
4.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, dan
5.
Meningkatkan matlamat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Bagi memenuhi keperluan tugasan yang berkaitan dengan opsyen mata pelajaran saya, yakni matematik sekolah menengah maka kupasan akan berkisar kepada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan.

Matematik ialah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kandungan sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran daripada tiga bidang yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan (Sukatan Pelajaran Matematik KBSM, 2000).

Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan.

Parnorama : PP




Saturday, 18 May 2013


940/2                                    STPM



SEJARAH ISLAM (500 – 1918)
KERTAS 2
(Satu jam setengah)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
PRA 2 STPM
SMK MERADONG BINTANGOR
2013

Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan sahaja.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [   ].



Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
Jawab tiga soalan sahaja.


1. Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman jahiliah. [ 20 ]

2. Nabi Muhammad SAW  merupakan pemimpin masyarakat yang berjaya. Bincangkan. 
        [ 20 ]

3. Huraikan konsep khalifah dan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-   
        Rasyidin. [ 20 ]

4. Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk satu pemerintahan Islam di 
        Madinah.[ 20 ]

5. Bincangkan kegiatan ekonomi zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah pada
        abad ke-11  hingga ke-12. [ 20 ]

6. Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah  dan
        Abbasiyah. [ 20 ]


~ Semoga Berjaya ~












Soalan Sejarah Dunia STPM Penggal 1


Sejarah Dunia ( 1500-1955 ) :


Tema Satu : Masyarakat 


1. Jelaskan Konsep Feudalisme?

2. Jelaskan ciri-ciri dan susun lapis masyarakat feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada
    abad ke 16-17.

3. Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 16-17.

4. Huraikan konsep masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda
    dan China pada abad ke 16-17.

5. Jelaskan konsep masyarakat maritim dan ciri-ciri masyarakat maritim yang diamalkan di Portugal
    dan Jepun pada abad ke 16-17.

6. Jelaskan konsep masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England
    dan Jerman pada abad ke 18-19.



Tema Dua : Pemerintahan Dan Pentadbiran


1. Jelaskan konsep pemerintahan beraja.

2. Jelaskan konsep pemerintahan demokrasi berparlimen.

3. Huraikan peranan meharaja  di sistem pemerintahan di China pada abad ke 16-20.

4. Bincangkan sistem pemerintahan dan peranan maharaja di Rusia pada abad ke 16-20.

5. Bandingkan peranan pembesar di China dan Rusia pada abad ke 16-18.

6. Jelaskan peranan pembesar di China dan Rusia pada abad ke 16-20.

7. Bincangkan sistem pemerintahan beraja mutlak di England dan peranchis pada abad ke 16-18.

8. Huraikan  ciri-ciri sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England dan Perancis dari abad
    ke 16-18.

9. Bandingkan sistem pemnerinttahan beraja mutlak  dengan sistem beraja berperlembagaan di
    England dan Perancis pada abad ke 16-18.

10. Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan republik di Perancis dan Amerika Syarikat pada abad ke
      18-19.

11. Jelaskan konsep negara kesatuan dan negara persekutuan.

12. Bincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara persekutuan yang diamalkan di
      Amerika dan Perancis pada abad ke 18-19.

13. Jelaskan proses penyatuan negara bangsa di Itali dan Jerman pada abad ke 19.


Tema Tiga : Kemajuan Dan Pembangunan


1. Huraikan maksud dan ciri-ciri feaudalisme.

2. Huraikan sistem feudalisme yang diamalkan di Asia dan Eropah pada abad ke 16.

3. Bincangkan sistem kapitalisme di England dan Amerika Syarikat pada abad ke 18 dan 19.

4. Terangkan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme Di
    England dan Amerika.

5. Huraikan perkembangan perdagangan dan perniagaan di negara Portugal dan Belanda pada abad
    ke 16.

6. Jelaskan faktor-faktor dan kesan-kesan kemajuan kegiatan pertanian di Belanda dan England pada
    abad ke 17-18.

7. Huraikan perkembangan kegiatan perindustrian di Jerman dan Jepun pada abad ke 19.

8. Bincangkan proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan daripada zaman
    Renaisans, Zaman Reformasi Protestan, Revolusi Sains dan Gerakan Pencerahan yang berlaku Di
    England dan Perancis pada abad ke 17-19.

9. Bincangkan idea dan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi.

10. Terangakan sumbangan Charles Louis Montesquieu dan Jean Jacques Rousseau dalam bidang
       intelektual sepanjang abad ke 18-19.

11. Huraikan proses perubahan sistem pendidikan tradisional kepada pendidikan moden yang berlaku
      di Peranchis pada abad ke 18-19.

12. Huraikan proses perubahan sistem pendidikan tradisional kepada pendidikan moden yang berlaku
      di Jerman  pada abad ke 18-19.


Tema Empat : Nasionalisme Dan Pemventukan Negara Bangsa

1. Bandingkan reaksi masyarakat China dan India terhadap kehadiran kuasa barat dalam abad ke 19.

2. Terangkan faktor-faktor kebangkitan semangat nasionalisme di India pada awal abad  20.

3. Sejauh manakah kemunculan golongan intelektual di China Pada Awal Abad Ke 20 menyebabkan
    kejatuhan Dinasti Manchu.

4. Bincangkan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang Dunia Pertama di negara Jerman dan Rusia.

5. Bincangkan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang Dunia Kedua di Negara Jepun dan Amerika
    Syarikat.

6. Terangkan sebab-sebab Perang Dingin antara Rusia dan Amerika Syarikat.


                                                                      ~~~~~~~~


Sistem Feudal Di England

MASYARAKAT FEUDAL
1.Feudalisme adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat.
3. Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan pada kurun ke- 17 bagi merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.
4. Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92 ) Pada asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah (petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui sumbangan tersebut.Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah membekalkan buruh untuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.

CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal) kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta hak-hak perundangan.
Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja.Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11.Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka yang menguasai tanah.Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya.Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri.Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya.Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal.Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting.Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi.
Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)


SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi, muncul satu institusi politik yang dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah Barat termasuklah di England.Dalam sistem feudal terdapat satu susunan tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di kalangan individu daripada kelas terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja.Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight(pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya (Sivachandralingam, et.al.1999:93). Dalam sistem feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja dengan golongan bangsawan (lord)yang dilantik sendiri oleh raja.
1. Masyarakat feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar (bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau petani.
2. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada dikedudukan paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama itu membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai subinfeudation.
4. Bangsawan lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran.Hak-hak mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yangbertaraf antara orang bebas dengan hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.

6. Sebagai kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja (Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

SISTEM FEUDAL DI ENGLAND
Latarbelakang Sistem Feudal di England

Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan tentera maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England golongan petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang hak.Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja.Golongan bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh raja.Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan bangsawan.
Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala
Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan kepada lordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.

2. Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah
Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief.Fief tidak semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.Pemberian fief berupa tanah dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh tuan tanah.
3. Ketenteraan
Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif.Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassalkepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan.Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit seperti knightsdan chivalry yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.

4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian.
Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord.Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.


Struktur Masyarakat Feudal di England
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin.Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan.Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi.Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja.Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation .Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani.Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap dififnya.Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang dipimpinpula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan ( Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab (Sivachandralinggam, 1996:70).



Sistem Feudal Di England


SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)
TEMA 1 – MASYARAKAT
1.1   Masyarakat Feudal
Di England dan Jepun (abad ke-16 & 17)
-          Definisi
-          ciri-ciri
-          susun Lapis
-          Perbandingan ciri-ciri Feudalisme di England dan Jepun
-          Definisi:
□ Satu bentuk kerajaan – kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu secara persendirian dan bukan kerajaan pusat.
□ Satu sistem anarki yang dirancang.
□ Satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne sehingga abad ke-14.

Definisi Feudalisme:
□ Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch, beliau mentakrifkan istilah feudal[1] bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan (bangsawan) masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi oleh kekuasaan golongan atasan.
□ Berasal daripada perkataan Latin(feodum) – istilah feudalisme dan sistemnya bukan satu system politik formal pada zaman itu.
Feudalisme, satu istilah yang pertama kali digunakan pada awal kurun ke-17, merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals)[2] dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam system ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk seseorang bangsawan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan.
□ Feudalisme – sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.
□ Sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu (dengan petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberi khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah).
□ Satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukannya oleh kerajaan pusat. Sistem feudal mempunyai kuasa militer (ketenteraan) dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuan tanah (land lords) yang merangkumi kuasa ekonomi, politik, ketenteraan di samping hal-hal yang berkaitan dengan hubungan di antara tuan tanah (lords)Vassal (vassalage-fief).
□ Menurut Granshof (1968), “institusi feudal” iaitu berasaskan hubungan feudal vassalage-fief dan ciri-ciri ketenteraan sebagai raison d’ȇtre kepada kewujudan institusi tersebut.
□ Dalam konteks feudalisme ianya merangkumi beberapa perkara pokok;
(i) Vassalage – hubungan timbal balas yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain, yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. Persetiaan wujud apabila seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.
(ii) Melalui hubungan ini, kedua iaitu fief (tanah) yang merupakan sejenis harta feudal diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Tujuan pemberian fief untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fiefnya dikenali sebagai military fief. Ada fief lain juga (tidak semestinya tanah sahaja), seperti pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya.
(iii) Fief (tanah) sebagai sumber pendapatan dan ekonomi bagi hulubalang yang berkuasa bagi menjamin kedudukan politik, ekonomi dan juga sosial. Sebagai contoh, seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian fief (tanah) ini akan kehilangan sokongan dan pengaruh mereka manakala seseorang vasaal yang tidak memiliki sebarang tanah pula sekalipun taraf sosial yang lebih tinggi daripada seseorang  petani kaya, tetapi tidak mempunyai peranan penting dari segi politik dan pemerintahan. Justeru, fief berfungsi sebagai unsur kedua dan menjadi alat (tool) pengukuhan hubungan vassalage.
(iv) Ketenteraan, dalam hubungan vassalage begitu penting juga di mana perkembangan feudalisme di Eropah mengamalkan institusi ketenteraan, yakni wujud kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan (golongan knights dan chivalry).
What was Feudalism? Feudalism was based on the exchanged of land for military service. King William the Conqueror used the concept of feudalism to reward his Norman supporters for their help in the conquest of England. Life lived under the Medieval Feudal System, or Feudalism, demanded that everyone owed allegiance to the King and their immediate superiors.
 □ When was Feudalism established in England? Feudalism in England was established by William the Conqueror and the Normans following the defeats of the English Anglo Saxons at the Battle of Hastings in 1066. The system and structure of feudalism had been well established in Europe for some time and the Norman imposed feudalism in England.

Ciri-ciri  Feudalisme di England
□ Hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang disyaratkan ikatan vassalage di mana vassal memberi taat setia kepada lord. Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut.
□  Satu pihak memberi perlindungan dan satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja.
□ Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperolehi faedah dan keuntungan bersama.
□ Wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja.
□ Diwakili oleh golongan pemerintah (pemimpin) dan golongan yang diperintah (dipimpin).
□ Berbentuk tagonistik (merangkaikan) kepada kerajaan pusat – semua kerajaan pusat adalah berada dalam tangan golongan bangsawan. Dalam hal ini, kemerosotan feudalisme menyebabkan keruntuhan/kejatuhan kerajaan pusat yang menyebabkan kerajaan tersebut hilang kuasa dan tidak mampu lagi melindungi rakyatnya. Rakyat terpaksa mencari perlindungan baru berpecah kepada beberapa kelompok dan wilayah di bawah kekuasaan golongan persendirian yang menguasai fief (tanah) dan tentera.
□ Kuasa langsung raja hanyalah setakat kepada hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankansemua kuasa-kuasa kerajaan.
□ Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan feudalisme di England;
(i) kemerosotan feudalisme apabila kejatuhan/keruntuhan sesebuah kerajaan pusat.
(ii)Perkembangan feudalisme kebiasaanya berlaku dalam sebuah masyarakat yang berada pada tahap ekonomi berasaskan fief (tanah), khususnya pertanian.
(iii)Berlakunya kekacauan yang berpanjangan dalam sesebuah masyarakat membolehkan hubungan persendirian berasaskan tanah dan tentera dibentuk menjadi satu organisasi yang amat praktikal dan diperlukan oleh keseluruhan masyarakat. Konflik-konflik ini (dalaman/luaran) banyak berlaku di Eropah Barat. Contohnya, perebutan takhta, perang saudara dan serangan luar yang terpaksa dihadapi oleh pemerintah Frankish[3] sejak zaman kerajaan Merovingian (500 – 7651), melibatkan satu jangka masa yang amat panjang dan memeritkan seluruh penduduk Eropah. Menurut  Azmi Arifin dalam kajiannya Konsep Feudalisme : Takrif, Ciri-ciri dan Garis Sempadan, gejala feudalisme lahir daripada konflik atau kancah zaman peperangan.
□ Kata seorang ahli undang-undang abad ke-13, “Setiap baron merupakan raja berdaulat dalam kawanannya sendiri. Beliau boleh mengadakan mahkamah bagi tanggungannya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan serta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugas yang diarahkan oleh baron-baron tersebut”. Maksudnya, setiap baron adalah penguasa di wilayahnya.




[1] Feudalisme memberi gambaran tentang masyarakat yang bersusun lapis
[2] Rakyat biasa yang juga dikenali serf merupakan orang bebas di mana terikat dengan tuan mereka tetapi tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
[3] F.L. Ganshof, (1968). Frankish Institution Under Charmemagne. New York : W.W.Norton & Co. hlm. 51.

Friday, 10 May 2013

Sosiolingustik : (a) Penggunaan kata ganti nama (b) Penggunaan perkataan taboo (kata larangan) (c) Penggunaan pidgin (d) Penggunaan kreol (e) Penggunaan kolokial (f) Penggunaan bahasa rojak


Konsep-konsep Bahasa
Dalam tugasan ini aspek sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi iaitu pengkaji dengan individu yang berlaian etnik (kaum) dengan menggunakan bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai variasi. Pada hemat saya, penggunaan dialek geografi seperti yang disarankan oleh Noriah Mohamed (1998) yang menyatakan peranan ruang geografi  sebagai pembentuk kelainan bahasa dari segi sebutan yang bersifat peralihan dialek. Penentuan ruang geografi dialek Melayu terutama Melayu Sarawak nampaknya mengikut negeri dan daerah ianya dipertuturkan.
Dalam konteks bahasa Melayu yang dipertuturkan dengan dialek Sarawak oleh pengkaji dengan responden telah membentuk pelbagai variasi sebutan, kosa kata dan tatabahasa.  Temu bual yang berlangsung bukan sahaja melahirkan variasi bahasa mengikut dialek Sarawak malah temu bual yang berlangsung juga membentuk penggunaan laras bahasa pasar dan bahasa tidak formal yang begitu ketara sekali. Keadaan ini membentuk satu komunikasi yang sambil lewa dan bersahaja kadang-kadang tanpa disedari dan diberi penekanan berhubung aspek bahasa Melayu yang betul dan standard. Bidang sosiolingustik ternyata wujud dalam proses temu bual ini. Rajah 1 di bawah dapat menerangkan perkaitan dalam variasi bahasa yang digunakan oleh pengkaji dan responden-respondennya bagi temu bual yang telah dijalankan.

Rajah 1 : Perkaitan dalam Variasi Bahasa
Sumber : Portal Pendidikan Utusan,
http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Berhubung dengan dialek geografi yang merupakan bahasa tidak formal dan digunakan oleh pengkaji dan responden dalam proses temu bual mereka memperlihatkan ianya hanya perbualan harian sahaja. Beberapa istilah yang perlu diketahui konsepnya, yakni;

(i)                 Bahasa Pidgin (Bahasa Pasar)

Pidgin dikenali sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996). Bahasa Pidgin (pasar) bermaksud bahasa ‘campuran antara dua atau lebih bahasa’ tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal. Bahasa pidgin timbul disebabkan oleh kepentingan perdagangan dalam kalangan penutur bahasa lain yang bertembung di tempat tertentu. Mereka berinteraksi menggunakan bahasa campuran (pidgin) ini, dan tidak menguasai sebarang bahasa komuniti lain sama sekali.  Di Malaysia, bahasa pasar dikategorikan sebagai bahasa pidgin yang digunakan di pasar semasa membeli ikan dan sebagainya. Menurut Asmah Haji Omar (1982) bahasa pidgin turut dihuraikan sebagai “due to the intermingling between the Malay and non-Malay, mostly in the market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular the Chines and Tamil ones”. Ini bermaksud bahasa pidgin (pasar) tidak mempunyai sistm tahabahasa yang tertentu (tidak gramatis) jika dibandingkan dengan bahasa baku. Penutur bahasa ini menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk bahasa asing, iatu bahasa ibunda penutur itu. Sebagai contoh, jika orang itu orang Cina, maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu.

(ii)               Bahasa Kreol

Menurut  Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985) Bahasa Kreol ialah bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar. Ia telah begitu lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa itu kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifat sementara. Namun akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa Kreol apabila bahasa kacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Sementara itu, Asmah Haji Omar (1991) pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Daripada penerangan dan petikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa kreol adalah asalnya daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Bahasa kreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepada penuturnya umpama perhubungan dengan “jalan tengah” yang mana disesuaikan antara bahasa asal usul mereka dengan bahasa masyarakat setempat.

(iii)             Bahasa Kolokial (Basahan)
Kolokial merupakan variasi bahasa yang digunakan oleh penutur dalam percakapan sehari-hari mereaka secara lisan. Dalam hai ini ianya mengandungi variasi sosial yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang lebih cenderung menyingkat kata kerana bukan merupakan bahasa tulisan. Misalnya dok (doktor), prof (profesor), let (letnan), dan sebagainya.

(iv)             Bahasa Baku

Menurut Sulaiman Masri (1992) bahasa baku merujuk kepada bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Bahasa jenis juga menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Oleh itu, bahasa baku merupakan bahasa yang boleh diterima untuk digunakan dalam urusan rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, pengajian tinggi, dan sebagai alat sebaran am.

(v)               Bahasa Taboo

Menurut Oxford Dictionary (1995) taboo adalah sesuatu yang dilarang dan hal itu melanggar dengan norma agama atau keyakinan dan adat di dalam sebuah masyarakat. Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan dengan bahasa yang halus semasa berlakunya proses komunikasi. Dalam bidang sosiolinguistik konsep taboo ialah kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat yang mengenepikan nilai sopan santun semasa bercakap. Kata-kata yang taboo yang digunakan dengan maksud menghina, memperlekeh, membuat perasaan seseorang tidak nyaman dan tersinggung. Berdasarkan penjelasan di atas, taboo berkait rapat dengan nilai-nilai moral masyakat semasa mereka berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Jeniri Amir (2005), penggunaan bahasa yang halus dan sopan akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa kita. Pendengar akan berasa sejuk hati, tenteram dan gembira dengan kata-kata yang disampaikan. Bagaimanapun, ‘tahu bahasa’ harus juga ‘tahu budaya’. Ini kerana kesopanan adalah pengetahuan, pemahaman serta penguasaan amalan-amalan bahasa yang penting yang terdapat dalam budaya sesuatu masyarakat. Dalam erti kata lain, pengetahuan berbahasa ada hubungannya dengan pengetahuan tentang budaya. Antara amalan-amalan bahasa yang berkaitan dengan kesopanan dan budaya dalam sesuatu masyarakat ialah tabu bahasa, penggunaan ganti nama dan leksikal yang betul, larangan bahasa, kepercayaan, bahasa tidak berterus terang dan bahasa bukan verbal (Mohammed Azlan Mis 2002).


(vi)             Bahasa Rojak

Bahasa rojak merupakan bahasa yang tidak formal dan dicampuradukan dengan bahasa lain dengan cara pengucapan yang bersahaja dan tidak mementingkan aspek sosiolinguistik. Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita. Jika diperhatikan, penggunaan bahasa rojak lebih selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan kerana ianya bersifat tidak formal. Ini adalah kerana, jika bercakap secara formal dengan bahasa Melayu baku, kita dapat merasakan kebanyakan masyarakat tidak mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang terlalu formal. Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri, dan bagaimana kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita. Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan masyarakat yang tidak serius terhadap perkembangan dan martabat bahasa itu sendiri. Keadaaan ini member impak besar terhadap perkembangan bahasa Melayu secara keseluruhannya di negara ini.