Penekanan terhadap usaha membangunkan
Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi
hadapan merupakan aset insani Malaysia yang
paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah
Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN
2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha
menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu
yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi,
beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif,
kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya
saing. Inilah modal insane yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang
akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Hal
ini ditegaskan lagi dengan kenyataan,’Membangunkan
modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk
memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan
kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan
warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga
yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat’
(Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)
Dalam penterjemahan kurikulum
kebangsaan bagi mata pelajaran Matematik KBSM sudah pasti ianya menuntut agar Berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik menyediakan pengetahuan dan kemahiran
matematik kepada murid-muridyang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang
pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk
mencarimaklumat berkaitan, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam
merumus alternatif dan penyelesaian apabila berhadapan dengan perubahandan
cabaran masa depan.
Penterjemahan
Kurikulum Matematik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai seorang guru, penterjemahan kurikulum matematik
yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah bakal menentukan
kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak dapat dinafikan lagi di samping
pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang Had
Salleh, 1998). Ini kerana, guru merupakan komponen utama dalam sistem
pendidikan untuk melaksanakan dan menjayakan FPK. Kesemua aspek ini disandarkan
daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.
Pendidikan
di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza
di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap
makhluk yang diciptakan diatas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya
tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan
secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini
adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, sosial dan jasmani
Tuntasnya, kurikulum Matematik sekolah menengah sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti
kehendak FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini
kerana FPK itu adalah panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia.
Segala
kelemahan yang dirasai dalam menghayati FPK oleh guru haruslah di atasi segera
bagi membolehkan ilmu yang disampaikan itu telus kepada para pelajar tanpa ada
rasa halangan bagi seseorang pelajar itu menerima ilmu itu sekaligus
mempraktikanya. Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya
sebagai pendidik bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan
datang dengan hikmah dan jayanya.
No comments:
Post a Comment