Translate

Tuesday 13 August 2013

Definisi Konsep : Pengajaran & Pembelajaran

1.1          Definisi Konsep

1.1.1       Pengajaran
Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi, mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada   murid-murid. Tujuan BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur.( Kamarudin Husin: 1989)

1.1.2       Pembelajaran
Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui:
·         penerangan guru yang jelas
·         pengalaman murid yang bererti
·         kegiatan yang menyeronokkan murid dan guru
Jadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.


1.1.3        Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar
BBM  ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981)  membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software dan “ hardware”

Ngui Kuen Sang (1981: 35 )
        “ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi  takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM  dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Atan Long ( 1982: 174 )
         “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”


Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)
   “ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan  sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
·    Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid,  overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
·         Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku  dan sebagainya.
·       Bahan bercorak pengalaman -  saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.


     

No comments:

Post a Comment