Translate

Tuesday 13 August 2013

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
·         BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
·         Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
·         Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
·         Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri  di kalangan pelajar
·         Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
·         Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
·         Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.


Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

·  memberi rangsangan dan minat murid-muird.
·  menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada  murid-murid.
·    membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
·   menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
·  dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
·  ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana  dapat:
·         menjimatkan masa
·         dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
·         menyeronokkan murid-murid.

No comments:

Post a Comment