Translate

Wednesday, 4 September 2013

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,iaitu kolej, institut dan universiti. Membaca membawa maksud yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman

     Kemahiran membaca ialah tahap kebolehan murid mengeja suku kata dan menyebut serta memahami makna perkataan yang diberikan oleh guru. Suku kata terdiri daripada yang mudah seperti dua suku kata dan ke peringkat seterusnya iaitu perkataan yang teridiri daripada tiga suku kata dan seterusnya.

     Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut : “Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan.”

    Punfrey (1970) proses membaca bukanlah hanya setakat merupakan kemahiran mekanikal, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan mengenai apa yang dibaca , sebaliknya lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang konstruktif.  

     Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-duanya saling berhubungan di antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak bertindak memproses bahan bacaan.
     Thorndike (1917) pula menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membanding maklumat dan mengukur maklumat tersebut. Berdasarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru pra-sekolah. Semua bahan berkaitan dengan sosiobudaya tempatan yang tidak asing dalam kehidupan murid.
                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment