Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Rukun
Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
oleh Majlis Gerakan
Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan
perpaduan dan ketenteraman negara.
Teks
Bahawasanya
negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya
- Memelihara cara hidup
demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang
adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan
saksama
- Menjamin satu cara liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
- Membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar
Maka
kami rakyat Malaysia
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan
Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Bangsa
dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip
ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta
latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini.
Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia
adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Keadilan
diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia .
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil
dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama
ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan
dan Kesusilaan
Prinsip
ke lima ini
menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya
ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut
diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin
serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang
angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
No comments:
Post a Comment