Translate

Tuesday, 13 August 2013

1. Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)dan Perlaziman Operan (Operant Conditioning)

1.      Pelaziman Klasik (Classical Conditioning)
Berdasarkan ‘hukum perkaitan’ (Law of Association), Ivan Pavlov (1849-1936); mencadangkan proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara Rangsangan (R) dan sesuatu Gerak Balas (G). Beliau cuba membuktikan toeri pembelajaran secara pendekatan behaviorisme ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu akan keluar.
Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang diberikan kelak melalui pengalaman lepas. Pavlov telah melanjutkan lagi kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak balas dengan pemberian sesuatu ransangan (R).
Pavlov's Dogs
Rajah 1 . Eksperimen Anjing (Ivan Pavlov)
Perlaziman Klasik
(Classical Conditioning)
Tindakan
(Action)
(a) Sebelum Perlaziman
RTT (makanan)    à  GTT (keluar air liur)
RT   (loceng)   à Tidak ada GT (air liur tidak keluar)
(b) Semasa Perlaziman
RT (loceng) + RTT (makanan)à GTT (keluar air liur)
(c) Selepas erlaziman
RT (loceng)          à GT  (keluar air liur)

KEKUNCI :      RTT à      Ransangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
                           RT    à      Ransangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
                        GTT     à     Gerak balas tak Terlazim (Unconditioned Respond)
                          GT  à      Gerak balas Terlazim (Conditioned Respond)
Penguasaan (Acquisition), yakni organisma (anjing) tersebut telah mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru yang berlaku secara berperingkat-peringkat. Dalam hal ini, lebih kerap organisma (anjing) itu mencuba, lebih kukuh lagi penguasaannya terhadap situasi (pembelajaran) berkenaan.
Penguasaan (acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisma anjing tersebut mempelajari sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh lagi penguasaan berkenaan.
Generalisasi (Generalizations)
Dalam eksperimennya Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisma yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu ransangan tak terlazim (GT = keluar air liur) walaupun ransangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain organisma itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).
Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada loceng itu jauh berbeza daripada loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukan bahawa aoganisma berkenaan dapat membezakan atau mendeskriminasi.
Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu ransangan terlazim (loceng) tidak diikuti ransangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisma itu tidak akan bergerakbalas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

     2. Perlaziman Operan (Operant Conditioning)
Perkataan ‘Operan’ yang dicipta oleh Barrhuss F. Skinner (1904-1990), membawa maksud bertindak ke atas. Perlaziman operan (Operant Conditioning) ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu gerakbalas kerana organisma itu mengoperat (operating) ke atas persekitarannya (environment). Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkah laku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga seseorang budak mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan aiskrim.
Skinner's Box
Rajah 2 : Skinner’s Box ( Melatih Tikus Di Dalam Kotak )
         Perbezaan antara perlaziman operan (operant conditioning) dengan perlaziman klasik (classical Conditioning) di mana dalam perlaziman klasik , organisma tidak mengubah keadaan persekitaran (environment). Anjing tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala dalam perlaziman operan (operant conditioning), anjing mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan ransangan (makanan) yang diberikan.
          Menurut Skinner, Perlaziman operan (Operant Conditioning) terdiri daripada dua konsep utama iaitu peneguhan (reinforment) yakni peneguhan positif dan peneguhan negatif serta denda (punishment). Peneguhan positif (positive reinforcement) boleh menambahkan kebarangkalian ransangan tingkah laku bersifat positif . Sebagai contoh, tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan mengulang tingkah laku itu dengan harapan mendapat makanan.
         Manakala peneguhan negatif (negative reinforcement) ialah ransangan yang mengakibatkan atau mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku bersifat negatif. Organisma berkemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Sebagai contoh, seseorang ibu akan mengangkat bayi yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar bunyinya memekik-mekik.
           Di samping itu, denda (punishment) merupakan ransangan yang menyebabkan suatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau dihapuskan. Sebagai contoh seseorang itu tidak memberi peluang kepada anaknya bermain bola semata-mata membuang masanya.
           Peneguhan berterusan (continues Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement) boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Peneguhan berterusan adalah ganjaran atau peneguhan yang dihasilkan setiap kali gerak balas dihasilkan manakala peneguhan berkala adalah ganjaran menurut nisbah atau menurut masa berdasarkan kekerapan tertentu.
Dari segi pembelajaran dalam teori tingkah laku ini,  tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip rangsangan dan tindakbalas terhadap bahan yang dikemukakan oleh guru kepada muridnya. Menurut Skinner (1954) lagi teori behaviorisme (tingkah laku) ini adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan dan diukur.Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.
 Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindakbalas akan diperkukuhkan sekiranya tindakbalas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan berdasarkan teori ini adalah tanggungjawab pendidik dan dikawal sepenuhnya oleh sistem pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengaplikasian teori behaviorisme (tingkah laku) pada murid-murid dalam pengajaran bahasa Melayu adalah wajar bagi membangunkan keupayaan mereka  untuk memberikan rangsangan bagi setiap tindakbalas positif yang diberikan oleh  guru kepada murid.




No comments:

Post a Comment