Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar
Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
·
BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
·
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
·
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
·
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri di kalangan pelajar
·
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui
filem bergerak.
·
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan
kata pelajar.
·
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran
lebih mendalam dan beragam.
Kamarudin
Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan
BBM seperti berikut:
· memberi
rangsangan dan minat murid-muird.
· menyediakan
dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan
gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
· membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
· menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan
mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam
dan beragam.
· dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
· ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan
demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.
Sebagai rumusannya BBM adalah
sangat penting kerana dapat:
·
menjimatkan
masa
·
dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti
murid-murid
·
menyeronokkan
murid-murid.
No comments:
Post a Comment