Gaya pembelajaran seseorang individu
berbeza-beza di antara satu dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di
antaranya ialah secara visual (visual
learners), mendengar (auditory
learners) dan secara pergerakan, dan 'Tactile/Kinesthetic
learners'. Pelajar
yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa perlu untuk mereka
melihat 'body language' dan riak muka
guru mereka. Biasanya murid-murid ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat
melihat visual keseluruhan guru yang mengajar.
Belajar
melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat dengan
kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang dikata
orang. Murid akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar nada ton
suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara. Kecerdasan pelbagai merujuk kepada
kepelbagaian kepandaian. Murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain dari
segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh
Howard Gadner (1983) di dalam bukunya berjudul 'Frames of Mind'.
Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan
bahawa kecerdasan akal murid sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan
kemahiran. Keadaan membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon
kepada banyak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat 7 jenis kecerdasan pelbagai yang mungkin ada pada individu-individu
iaitu anggota badan (kinetik), interpersonal, intrapersonal, logikal
(matematik), muzikal (rentak), verbal (linguistik) dan visual (spartial).
Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran
memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang
baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang
diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan
masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan ruang persekitaran, mereka
mampu untuk mengingat dan memproses maklumat. Kemahiran individu ini termasuk
menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon,
menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.
Kebolehan untuk menghubungkait dan
memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat
sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk
memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan,
ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan.
Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata
(eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran
komunikasi dengan orang lain
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan
sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan
dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang
ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri,
menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
Berkebolehan memanipulasi nombor,
menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep
berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu
mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan
soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian
masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai
masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang
sukar.
(v) Muzikal / rentak
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk
musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik.
Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran
individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi,
memahami struktur dan rentak musik.
Kebolehan menggunakan bahasa
dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai
kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi
mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat,
memahami perkataan
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran,
imej, bentuk dan paten (corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual
dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat
peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca,
menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara
visual.
No comments:
Post a Comment