Etika Komunikasi
Dalam Profesyen Keguruan
Dalam Etika Profesyen
Keguruan, tugas dan peranan guru bukan semata-mata tanggungjawab terhadap
pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara, serta rakan sejawat dan profesyen
keguruan itu sendiri malah dalam aspek komunikasi ianya menggariskan akan
pentingnya Kod Etika tersebut mereka
dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan
penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam
pembelajaran pelajar. Guru memainkan peranan penting dan merupakan
nadi kepada pembentukan manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang
seimbang dari semua segi.
Pembangunan insan
harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa
terpelihara. Mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohammad menyeru agar
guru-guru mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan
masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang
berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Guru
memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral
pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang
dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan
menjadi negara maju pada awal abad yang akan datang.
Etika komunikasi dalam profesyen keguruan termaktub dalam
Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang
mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia
mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang
tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Matlamat untuk
mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan Malaysia pusat
kecemerlangan pendidikan di rantau ini menjadi panduan yang menjadi pegangan
setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak
mulia. Jelasnya, etika komunikasi
dalam profesyen keguruan ditakrifkan sebagai “satu cabang ilmu
pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dalam interaksi dan komunikasi
berteraskan nilai-nilai agama dan moral”.
Dalam hal ini,
guru-guru yang mempunyai sifat komunikasi yang baik berupaya menjalankan tugas
sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha
membawa pembaharuan dalam sekolah.
Guru haruslah mengekalkan kepercayaan orang
lain terhadap dirinya. Hal ini kerana ia dapat melahirkan perasaan hormat dari
orang yang dipengaruhi iaitu pelajar. Jadi, menjadi tugas guru untuk
memperkembangkan personaliti diri bagi menarik berkesan adalah guru yang memperoleh ilmu pengetahuan khususnya
kemahiran mengajar yang berkaitan dengan aspek komunikasi seperti:
(1). Menguasai
ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi
manusia. (2). Menunjukkan sikap jujur yang dapat
menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam
pelbagai hala. (3). Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam
mata pelajaran yang diajar. (4). Menggunakan kaedah dan
teknik mengajar yang mewujudkan aktiviti pembelajaran dalam
kalangan pelajar mereka. Perkara terpenting yang harus dilakukan guru ialah
mencurahkan ilmu yang mereka ada kepada para pelajar supaya mereka dapat
menempa kejayaan dalam bidang akademik.
Guru memainkan peranan
yang penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap
pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan
berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Terdapat
banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik,
guru diharapkan menjadi pemimpin yang berjaya membina pelajarnya. Beliau
berperanan membuka minda pelajarnya, mengenal pasti kemahiran dan potensi yang
mereka miliki, membina potensi yang baik yang ada pada mereka dan mengarahkan
mereka memilih kerjaya supaya sesuai dengan kecenderungan dan kemahiran yang
ada pada diri mereka. Guru juga berperanan membantu pelajar menyelesaikan
masalah akademik, peribadi dan kemasyarakatan yang sering dihadapi oleh
pelajar.
Selanjutnya, tugas para guru yang paling penting dalam
menyahut etika komunikasi ini adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Selaras dengan amalan komunikasi yang baik dan positif mereka wajar mengelakkan
diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosokkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Sepatutnya guru mendidik, mencorak, membimbing di samping memberi ilmu
pengetahuan supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh
tanggungjawab dan harmonis. Tetapi tindakan yang menyimpang daripada etika
komunikasi ini di mana ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan
dan fahaman mereka sendiri seperti apa yang berlaku guru membawa
bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi; membentuk pelajar mengikut apa yang
mereka fikirkan betul; dan terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat
dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila Profesioan
Perguruan Malaysia. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam
kalangan guru-guru.
Memupuk dalam diri
setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Perkara ini biasanya
dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana pelajar diasuh
menghormati ketua. Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam
sikap suka tolong menolong, melakukan amal kebajikan, menjauhi perkara
keji ,dan merupakan etika komunikasi yang mulia yang dapat
dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum. Dari sudut yang lain, tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara ialah mewujudkan kerjasama melalui
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG dan masyarakat sama-sama
memainkan peranan dalam memajukan sekolah. Walau bagaimanapun terdapat
sekolah di mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi semua perkara
diuruskan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun
ianya dijalankan sendiri oleh warga pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus
terlibat sama bagi menghargai pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak
sehingga berjaya. Walaupun perkara ini terdapat dalam etika perguruan
tetapi dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan peranan tanpa
sokongan dari pihak lain. Dari segi etika komunikasi, guru sememangnya
memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru lebih bertindak bersendirian
dalam hal ini.
Berhubung kait
dengan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesyen keguruan, para guru
harus mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa
atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru. Sebagai seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang guru
akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib, menegaskan ‘untuk mencapai hasrat
kita ke arah mewujudkan word class
education dan seterusnya world class
nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif
dari setiap warga Kementerian. Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang
dikungsi bersama’.
Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga profesion
perguruan supaya pelanggan dan stakeholder
kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang sah
dapat dipenuhi. Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan
kerja sama ada perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa cacat, tepat,
dan boleh dipercayai. Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga
profesion perguruan maruah seseorang
guru.
Kepentingan Etika Komunikasi
Memang tidak dapat
disangkal lagi bahawa etika komunikasi dalam profesyen perguruan sangat penting
dan selari dengan Kod Etika Profesion Keguruan sedia ada. Sifat profesyen
perguruan yang profesional sejajar sebagai satu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikthisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi , bertanggungjawab,
bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang
ditentukan oleh organisasinya (Mak Soon Sang, 2004). Menurut beliau lagi,
walaupun profesion keguruan masih belum dianggap sebagai suatu profesion
sepenuhnya seperti doctor dan peguam, namun beliau membuat rumusan bahawa
keguruan juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep
profesion iaitu: [1]. Mempunyai latihan Ikthisas dalam Perguruan; [2].
Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah; [3].
Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam
segala aktiviti profesionalnya; dan [4]. Pekerjaanya merupakan perkhidmatan
yang penting kepada individu dan Negara. Kesemua ini bersandarkan akan
kepenting etika komunikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawabnya di
sekolah.
Tambahan pula, kaum
guru dikatakan pakar dalam pendidikan. Mengikut Mok Soon Sang (2004) untuk
menjadi guru yang berkesan guru seharusnya mempunyai sifat-sifat dan kualiti
profesional yang murni seperti berikut; [1]. Sifat ingin Tahu yakni sifat mendorong guru sentiasa menambah ilmu
pengetahuannya dengan terus belajar dan mendalami dalam apa jua bidang
khususnya dalam bidang kurikulum demi kepentingan kerjaya dan
profesyennya. Sebagai seorang guru yang professional beliau harus mengamalkan
budaya pembelajaran seumur hidup (longlife
learning).
Bagi
menyahut cabaran masa kini, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan seperti ilmu psikologi, pedagogi, kandungan mata pelajaran dan
kaedah penggunan Bahan Bantuan Mengajar (BBM). Selain itu mereka disaran
banyak membaca agar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dengan ini
penyampaian pelajaran akan lebih yakin seterusnya kualiti professional
guru dapat dipertingkatkan. Aspek komunikasi yang penting di mana
mereka harus mahir bertutur dan menjadi penyampai yang berkesan. Apabila mereka
mahir bertutur dalam penyampaian pelajaran akan lebih berkesan
seperti penggunaan sebutan dan
tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. Para guru juga
harus mempunyai daya ingatan yang kuat supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan sepenuhnya kepada murid agar tidak ketinggalan dalam pelajaran
mereka. Sifat daya usaha yang tinggi para guru adalah diharapkan supaya tidak
rasa bosan dengan rutin tugas harian.
Mereka akan sentiasa mencari pendekatan
mengajar yang baru supaya pengajaran sentiasa menjadi menarik dan
berkesan. Perkara yang lebih penting lagi di mana para guru dituntut
supaya menjadi pendengar yang baik (good
listener).
Dalam
era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, para guru sewajarnya
menyahut cabaran etika komunikasi agar menguasai ilmu ICT (Information Communication Techonology). Guru dituntut agar
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Fungsi
guru dalam era ICT adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara oleh itu mereka
perlu mempunyai pelbagai ilmu terutama dalam mata pelajaran yang diajar
dan kemahiran komputer. Mereka mesti sentiasa mendahului pelajarnya dalam ilmu
pengetahuan. Dari aspek bahasa, penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam
kalangan guru akan lebih mudah meneroka ilmu melalui internet. Dengan
pelaksanaan dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris tuntutan untuk menguasai bahasa tersebut adalah semakin
perlu.
No comments:
Post a Comment