Menurut
Webster’s Third New International Dictionary, vandalisme bermakna merosakkan
atau memusnahkan harta benda awam secara sengaja. Ini termasuklah telefon,
bangku-bangku di taman rekreasi, balai raya, lampu jalan, perpustakaan, dinding
tandas, papan-papan tanda jalan raya ,kerusi meja di sekolah serta
kemudahan-kemudahan lain di luar kawasan sekolah.
Dewasa ini, masalah vandalisme ini semakin meruncing sama
ada di kalangan masyarakat umum atau pelajar. Terdapat beberapa punca-punca
vandalisme ini terjadi. Antaranya ialah ;
a). Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan seseorang murid
itu melakukan vandalisme. Mereka lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan
rakan terutamanya apabila rakan melakukan perbuatan yang tidak senonoh ini.
Berdasarkan kepada Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977) kebanyakan
tingkahlaku atau kelakuan seseorang individu dipelajari melalui pemerhatian
terhadap permodelan. Sebagai rumsannya, ini bermakna seseorang murid akan
memerhatikan tingkahlaku rakannya(model) dan seterusnya akan meniru segala
tindak tanduk tersebut. Pengaruh rakan sebaya ini akan mencorakkan sikap,nilai
dan tingkahlaku murid atau individu tersebut. Contohnya, sekiranya rakan mereka
menconteng dinding maka individu itu juga akan menconteng.
b). Pengaruh ibu bapa dan
keluarga
Masalah displin di kalangan pelajar timbul mempunai
perkaitan rapat dengan cara didikan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan d
rumah dapt mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah atau aspirasinya
(Stodgil,1970:27). Selain itu, setiap peranan
ibu bapa adalah penting daripada taraf sosioekonomi,(W. C Miller
1971:102). Ini bermakna pengaruh ini juga merupakan pendorong kepada murid atau
seseorang individu melakukan vandalisme. Misalnya, perbuatan ahli keluarganya
yang marah dan melepaskan kemarahannya pada sesuatu benda, misalnya
menghempaskan pintu, maka individu tersebut akan bertindak sedemikian sekiranya
timbul perasaan tidak puas hati terutamanya ketika ditegur oleh guru atau rakan
sebaya. Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura menyatakan bahawa
seseorang kanak-kanak belajar dengancara memerhati dan meniru modelnya. In
menunjukkan bahawa seseorag kanak-kanak
secara langsungnya meniru perlakuan ibu bapa yang sebagai model mereka.
c). Sikap pihak sekolah
Pentadbiran sesebuah sekolah sangat penting dalam
membentuk tingkahlaku murid. Secara pemerhatian, terdapat di kalangan kaki
tangan sekolah yang tidak mengambil berat tentang tingkahlaku salah murid.
Mereka memandang ringan terhadap sikap murid yang sedemikian. Ini mungkin disebabkan pegawai tersebut berasa takut untuk mengambil tindakan
kerana khuatir murid tersebut melaporkan tindakan yang dikenakan kepada ibu
bapa mereka. Sekiranya ibu bapa tidak dapat menerima teguran itu maka mereka
akan menyalahkan pihak sekolah sehinggakan terdapat di kalangan ibu bapa yang
sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang mengambil tindakan
ke atas anak mereka. Sikap tidak memperdulikan perbuatan salahlaku ini
menyebabkan masalah vandalisme tersebut semakin menular di kalangan
murid-murid.
d). Pengaruh media massa
Pada masa kini, pengaruh media massa sangat berkesan dalam mempengaruhi
ingkahlaku seseorang individu atau murid. Paparan negatif dari filem atau
rancangan yang mempunyai unsur-unsur pelakuan negatif (vandalisme) boleh
mempengaruhi mereka melakukan vandalisme. Hal ini terjadi sekiranya tidak ada
bimbingan atau tunjuk ajar daripada ibu bapa atau ahli keluarga dalam menili
kesan baik atau buruknya sesuatu filem atau rancangan yang mereka tonton.
Biasanya kanak-kanak belum tahu membuat penilaian terhadap sesuatu perbuatan.
Ini akan menyebabkan mereka meniru segala perbuatan yang dilihat.
e). Sikap tidak peduli di
kalangan masyarakat
Sikap segelintir masyarakat yang mengamalkan sikap tidak
peduli ini merupakan salah satu punca terjadinya vandalisme. Mereka tidak
menghiraukan atau menegur perbuatan murid yang salah walaupun berlaku di
hadapan mereka. Contohnya, terdapat murid yang suka memetik bunga atau
mematahkan dahan pokok hiasan yang terdapat di tepi pagar sekolah. Apabila
perbuatan ini tidak dihiraukan maka perbuatan murid tersebut akan menjadi
tabiatnya.
f). Keadaan harta benda
sekolah
Kebanyakan harta benda
yang terdapat di kawasan sekolah berada dalam keadaan unsur. Keadaan
sedemikian telah menyebabkan murid-murid mempunyai sikap tidak
bertanggungjawab. Mereka bersikap tidak peduli terhadap harta benda sekolah
yang dalam keadaan lama. Rasa tanggungjawab tidak timbul dalam diri murid dan
tidak ada perasaan ingin menjaga alatan itu berbanding jika alatan itu baru.
Contohnya meja yang telah berlubang atau kaki meja tidak kukuh lagi, mereka
akan membuka kaki tersebut atau menebuk lubang meja tersebut.
Berdasarkan temubual dengan segelintir murid sekolah yang
terlibat melakukan perbuatan vandalisme terdapat beberapa sebab mereka
melakukan perbuatan tersebut. Berikut merupakan hasil temu bual dengan murid
tersebut. Antara sebab mereka melakukan perbuatan vandalisme ini ialah:
a). Keadaan emosi yang tidak tenteram
Apabila mereka berasa tidak puas hati terhadap rakan
mereka akan melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap benda yang di
sekeliling mereka misalnya menghempaskan pintu atau membaling objek ke arah
kawan sehingga mengakibatkan tingkap pecah. Selain daripada itu, sekiranya
mereka tidak puas hati terhadap ibu bapa mereka, maka mereka akan melepaskan
perasaan tidak puas hati mereka di
sekolah, Misalnya jika rakan mempermainkan mereka maka mereka akan marah kerana
emosi tidak tenteram sejak turun dari rumah.
b). Berdendam dengan rakan
Kegiatan mereka yang menconteng dinding, kerusi atau meja
dengan menulis nama merupakan tindakan membalas dendam. Ini terjadi sekiranya mereka
telah menulis nama kawan di merata-rata tempat sama ada di atas dinding, lantai
meja dan kerusi.
c). Perasaan suka-suka atau
berseronok sahaja
Terdapat juga di kalangan murid yang menconteng meja
sambil menyanyi. Mereka akan menulis lirik lagu di atas meja dengan harapan
tidak lupa akan lirik lagu tersebut. Perbuatan ini kerap dilakukan oleh murid
perempuan.
d). bergaduh dengan rakan
Seorang murid perempuan(Tahun 5) telah bertindak
mengoyakkan buku teks rakannya kerana sangat marah terhadap rakannya itu. Dia
bertindak dengan melepaskan kemarahannya dengan cara mengoyakkan buku rakan
dengan harapan berasa puas hati kerana dapat membalas dendam.
e). Sikap tidak
bertanggungjawab
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
terdapat di kalangan murid yang suka mencatat maklumat yang disampaikan oleh
guru di atas meja. Berdasarkan dapatan yang diperolehi , mereka berbuat
demikian kerana memudahkan mereka mencatatkan maklumat dan tidak perlu
mengambil buku di dalam beg. Selain itu, mereka juga menganggap harta benda
sekolah bukan milik mereka. Mereka merasa bahawa kemudahan yang terdapat di
sekolah bukan harta benda mereka sendiri. Ini bermakna mereka tidak perlu
menjaga harta benda tersebut. Terdapat juga di kalangan mereka yang duduk di
atas kerusi tanpa mengikut tertib yang betul iaitu duduk dengan menggerakkan
kerusi tersebut.
f). Sikap terbawa-bawa dri
rumah
Terdapat di kalangan murid ini yang melakukan vandalisme,
mereka membawa budaya menconteng dari rumah. Di rumah mereka menconteng tanpa
dilarang oleh ibu bapa atau ahli keluarga. Ini secara langsung mengakibatkan
mereka terbawa-bawa pebuatan tersebut ke sekolah. Ini bermakna perlakuan
menconteng ini merupakan perkara biasa bagi mereka dan tidak tahu kesan buruk
daripada perbuatannya itu.
Secara keseluruhannya, masalah vandalisme ini berlaku
kerana sikap tidak ambil berat yang sudah tersemai di kalangan masyarakat.
Vandalisme yang berlaku di sekolah secara langsung menular ke atas kemudahan
awam. Dewasa ini, masalah vandalisme ini semakin menjadi-jadi walaupun
pihak Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai ikhtiar
dalam menerapkan nilai murni dalam kurikulum.
No comments:
Post a Comment