Pengenalan
Komunikasi didefinisikan sebagai satu proses pemindahan
mesej oleh seseorang individu kepada individu lain dengan bertujuan
mempengaruhi tingkahlaku individu tersebut. Komunikasi adalah penting dalam
masyarakat ke arah mencapai matlamat bersama yang telah dirancang. Fred C. Lunenburg (1995) menjelaskan bahawa
dalam ‘sistem sosial’ wujudnya bentuk
interaksi antara manusia dengan manusia dan kerjayanya. Kemajuan dalam bidang
pengurusan masa kini telah memaksa proses komunikasi mejadi semakin penting dan kompleks. Masyarakat memerlukan
banyak informasi dalam kehidupan mereka. Justeru, bidang ini menjadi platform
dalam membentuk perhubungan yang berkesan dalam kalangan masyarakat.
A.L. Ramaiah (1999) menyatakan komunikasi adalah satu
proses yang melibatkan pertukaran idea, maklumat dan pendapat menjadikan proses penghantaran dan penerimaan
simbol yang bermakna. Dalam keadaan ini, hubungan manusia bagi sesebuah
organisasi sangat penting. Komunikasi disifatkan sebagai strategi dan proses
untuk mencapai target yang diharapkan dalam sesebuah organisasi. Dalam hal
komunikasi yang berkaitan dengan pemikiran kelompok (groupthink), kemahiran komunikasi, ‘interpersonal’ dan ‘Teori Hubungan
Sesama Manusia ’
untuk menarik perhatian dan memahami matlamat sesebuah organisasi. Oleh sebab
itu, teori pemikiran kelompok (groupthink)
adalah model untuk memperlihatkan hubungan kritis dalam komunikasi
berkaitan dengan proses membuat keputusan (decision
making).
(Stages of Group Development)
Kumpulan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan peringkat memerlukan bentuk
komunikasi yang pelbagai dalam perhubungan dan interaksi mereka. Keadaan ini
menjadi lebih rumit dan sofistikated[1]
dalam konteks masyarakat global dan dinamik. Berhubung dengan teori komunikasi
kumpulan (group), kumpulan dapat
didefinisikan sebagai proses interaksi individu yang terdiri daripada dua atau
lebih yang saling bergantungan antara satu sama lain berdasarkan objektif atau
tujuan yang ingin dicapai bersama.
Dalam hal ini, kita
dapat membahagikan kumpulan kepada dua jenis iaitu kumpulan formal dan
informal. Kumpulan formal mempunyai struktur yang jelas iaitu ada ketua atau
pengerusi dan lain-lain jawatan yang formal selaras dengan peraturan yang
digubal manakala kumpulan informal tiada struktur rasmi tetapi mempunyai ketua
dalam konteks ‘terbuka dan bebas’[2].
Bagi membincangkan proses perkembangan kumpulan, aspek yang paling mustahak
ialah mempastikan gelagat setiap individu dalam kumpulan tersebut. Pelbagai
tingkahlaku dalam kumpulan bakal mencorakkan kumpulan tersebut ke arah
pembentukkan organisasi yang bermatlamat dan berkesan.
Menurut Tuckman (1965)
melalui ‘Stages Theory’, menjelaskan
frasa-frasa perkembangan kumpulan dan proses membuat keputusan (decision making). Proses pembangunan
kumpulan adalah bersifat dinamik dan kompleks. Justeru, kumpulan-kumpulan yang
terbabit berada pada keadaan berubah dan berterusan selari dengan perkembangan
masa.
Tahap pembangunan
kumpulan (Stages of Group Development)
terbahagi kepada lima :-
·
Pembentukan (Forming)
·
Pergeseran (Storming)
·
Kebiasaan (Norming)
·
Perlakuan (Performing)
·
Penangguhan (Adjourning)
Sumber : Bruce Tuckman ,
1965.
Tahap ‘pembentukan’ (Forming)
bagi pembangunan kumpulan adalah bertujuan mengenal pasti tujuan, struktur, kepimpinan, di mana ianya
bercirikan ketidakpastian. Keadaan ini merupakan langkah pertama kumpulan
mengenal pasti ahli serta latar belakang mereka. Bentuk kumpulan yang bakal
wujud adalah melalui interaksi mereka dalam sistem sosial yang berbagai-bagai (Abdul Aziz Hussien Sazally, 2003).
Setiap individu harus faham bahawa interaksi antara individu adalah satu proses
yang tidak dapat dielakkan. Justeru, kadang kala menimbulkan keadaan
ketidakpastian dan selesa dalam proses
berkongsi idea.
Pembangunan
kumpulan bercirikan ‘pergeseran’ (Storming) pula, akur akan kumpulan yang
dibentuk tetapi menolak wujudnya individualiti
dalam kumpulan tersebut. Pergeseran (konflik)
akan berlaku sekiranya sistem organisasi dan peranan setiap ahli tidak jelas.
Maka wujud persepsi siapa yang bakal mengawal dan memimpin kumpulan ke arah
hieraki yang jelas dan mencapai hala tuju yang difokuskan.
Keadaan ‘kebiasaan’ (Norming) bercirikan perhubungan yang erat. Hubungan yang baik dan jelas berlaku dalam
kumpulan masing-masing. Semangat setiakawan jelas terpancar. Struktur kumpulan
kian mantap dan bergerak ke positif secara konsensus[3].
Keadaan ini jelas menggambarkan perkongsian kes dan risiko dalam bentuk
kerjasama sinergistik[4] dalam kumpulan berkenaan (Abdul Aziz Hussien Sazally, 2003).
Berkenaan dengan
proses ‘perlakuan’ (Forming), setiap ahli dalam kumpulan
berfungsi sepenuhnya selaras dengan jawatan dan kedudukan mereka dalam
organisasi tersebut. Justeru, mereka wajar memahami tugas serta melaksanakannya
berdasarkan kriteria dan panduan yang telah ditetapkan. Setiap ahli harus
bergerak ke hadapan selaras dengan anjakan
paradigma ke arah satu model, pola dan set peraturan atau kerangka yang
dipegang dalam sesebuah organiasi kumpulan. Menurut Thomas Kuhn (1963) kemajuan
perlakuan saintifik bukanlah satu proses evolusi tetapi satu siri revolusi
intelektual berteraskan konsep ‘World
View’ ke arah kejayaan organisasi
yang dibentuk. Keadaan ini disokong dengan pacuan teknologi maklumat dan
kemajuan sains yang lainnya.
Sehubungan dengan
proses perkembangan kumpulan tang dipelopori oleh Tuckman, 1965; idea ini turut
diperkembangan oleh seorang sarjana iaitu Fisher, 1970, melalui “Model OCER”. Model ini turut
menjelaskan perkembangkan kumpulan dan proses membuat keputusan (decision making) selaras dengan
perkembangan masa. Proses-proses tersebut mencakupi orientasi (Orientation); konflik (Conflict); muncul (Emergence); dan peneguhan (Reinforcement).
O
|
C
|
E
|
R
|
Orientasi
(Orientation)
|
Konflik
(Conflict)
|
Muncul
(Emergence)
|
Peneguhan
(Reinforcement)
|
Rajah
1 : Diubahsuai daripada, Model OCER
(Fisher, 1970)
Teras utama model
ini adalah berfokus kepada proses membuat keputusan (Decision making) berkenaan dengan
sesebuah kumpulan. Menyelesaikan masalah adalah berkaitan dengan proses membuat
keputusan yang melibatkan proses mental[5].
Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Justeru,
penyelesaian terbaik adalah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua
kesan dan akibatnya.
Sebagai rumusan,
tonggak kecemerlangan sesebuah kumpulan yang membentuk organisasi terletak
kepada jentera pengurusan peranan setiap ahli tersebut. Untuk mencapai
keberkesanan, sesebuah kumpulan organisasi perlu membentuk dan mengamalkan
budaya yang baik. Lazimnya, kumpulan tersebut harus mempamerkan satu persamaan
yang bakal memberi kekuatan kepada mereka dalam konteks cabaran global.
Dalam situasi kerja
berkumpulan yang berkesan biasanya dikaitkan dengan sistem nilai, norma, sikap
dan etika kerja yang dipegang oleh setiap ahli (Zahidi Mohd Daud, 2003). Empat
elemen ini menjadi aras untuk mengawal perlakuan, cara berfikir, perhubungan
antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Keadaan ini
menentukan iklim pekerjaan dan budaya untuk mencapai matlamat (goal) bersama.
·
Nilai
Pengertian nilai secara ringkas memberi maksud tanggapan
dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Setiap manusia
mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara kerana setiap individu
meletakkan satu nilai berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan atau
bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku. Manusia selalu membuat
keputusan atau membuat pilihan dalam hidupnya dan setiap keputusan atau pilihan
yang dibuat adalah berdasarkan sistem nilai yang berada dalam dirinya serta
berperanan sebagai kayu ukur atau penentu dalam membuat sesuatu tindakan.
Sekumpulan manusia yang membentuk
organisasi akan berkongsi nilai berdasarkan prinsip permuafakatan.
·
Norma
·
Sikap
Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan
fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. Sikap mempunyai peranan penting
sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia sama ada menerima atau menolak
sesuatu. Sikap seseorang juga
dipengaruhi (dan juga berubah) oleh
pengalaman ke arah kematangan.
·
Etika
Etika adalah prinsip-prinsip kerja yang terbentuk
daripada gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan.
Apabila ahli-ahli sesebuah organisasi memiliki satu matlamat yang sama maka
wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang
sama. Nilai, norma dan sikap dikongsi
bersama secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik lalu
mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan.
Proses membuat
keputusan secara berkumpulan dikenali sebagai pemikiran kelompok (groupthink). Teori ini telah
diperkenalkan oleh Irving Janis tahun 1982. Proses membuat keputusan merupakan
proses yang paling penting untuk
kejayaan bidang pengurusan bagi sesebuah organisasi. Menurut Siew Mei, Khong (1997)
keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang
sedia ada. Justeru, pilihan itu merupakan satu fungsi kepada objektif si
pembuat keputusan untuk menilai alternatif yang dipilih dari segi kesan
tindakan yang dibuat. Pemilihan dikatakan melibatkan elemen-elemen
ketidakpastian.
‘Pemikiran
Kelompok’ (groupthink), digambarkan
satu keadaan dalam kumpulan yang mempengaruhi pencapaian kepuasan kumpulan yang
tinggi tetapi menghasilkan output yang tidak efektif. Oleh itu, pemikiran
kelompok merujuk kepada faktor-faktor yang menghalang keberkesanan mental,
pengujian realiti, dan penilaian moral yang disebabkan tekanan dalam kumpulan[6].
Keadaan turut berlaku hasil daripada
pengaruh ahli-ahli yang lain dalam kumpulan tersebut.
Pendekatan ‘pemikiran
kelompok’ (groupthink) disifatkan sebagai kaedah lembut dalam proses membuat
keputusan. Pemikiran kelompok (groupthink)
merupakan satu kecenderungan dalam memupuk perpaduan dan sikap tolak ansur dalam
menyelesaikan sesuatu situasi (Siew Mei,
Khong,1997). Oleh sebab itu, ahli kumpulan menumpukan
perhatian dalam memelihara perpaduan dan mengelakkan isu-isu sensitif yang
boleh menyinggung perasaan serta mengeruhkan keadaan.
Tanda-Tanda Pemikiran
Kelompok (Groupthink)
(i)
Matlamat jelas
Ahli-ahli akan komited kepada matlamat pasukan, tahu apa
yang sepatutnya mereka capai, dan faham bagaimana mereka boleh bekerjasama
untuk mencapai matlamat tersebut.
(ii)
Skil Relevan/Sesuai
Terdiri daripada individu yang berkebolehan. Mereka
mempunyai skil teknikal yang diperlukan
dan berkeupayaan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Di samping juga, turut mempunyai ciri-ciri personal
yang baik untuk mencapai kecemerlangan.
(iii)
Kepercayaan Bersama
Kepercayaan ahli kepada integriti, karektor, dan kebolehan dalam
diri setiap ahli.
(iv)
Kesatuan Komitmen
Mempunyai rasa setia dan dedikasi kepada pasukan untuk memastikan
kejayaan pasukan.
(v)
Komunikasi Baik
Ahli dapat menyampaikan mesej antara satu sama lain dengan jelas dalam keadaan bersedia.
Mesej ini termasuklah tidak lisan (non verbal) selain daripada mesej secara
lisan. Terdapat maklumbalas yang baik dalam kalangan ahli dan pengurus untuk
memandu ahli dan memperbetulkan sebarang kesilapan.
(vi)
Skil Berunding
Pasukan yang boleh menjadi fleksibel dan secara berterusan boleh
menyesuaikan perkara yang berkaitan dengan deskripsi tugas, peraturan dan
prosedur organisasi dan sebarang dokumen formal untuk menjelaskan peranan ahli.
(vii)
Kepimpinan Yang Tepat
Keupayaan untuk memotivasikan ahli walaupun dalam situasi genting
untuk mencapai matlamat. Memperjelaskan matlamat, mengenal pasti perubahan yang
mungkin wujud, serta dapat meningkatkan keyakinan ahli-ahli. Pemimpin tidak
hanya mengawal dan mengarah tetapi berperanan sebagai jurulatih dan
fasilitator.
(viii)
Sokongan Dalaman dan Luaran
Wujudnya persekitaran yang menyokong iaitu sokongan dalaman sebagai
contoh kemudahan prasarana, latihan, sistem pengukuran yang difahami oleh ahli
untuk mengukur prestasi keseluruhan mereka. Sokongan luaran pula ialah
berkaitan dengan sumber-sumber yang disediakan kepada pasukan bagi memastikan
kerja dilaksanakan dengan baik.
Cabaran teori
pemikiran kelompok dalam proses membuat keputusan ialah menghadkan perbincangan
akibat kekangan masa. Proses interaksi dan perjumpaan yang kerap kali akan
memakan masa berbanding dengan keputusan yang boleh dibuat secara individu.
Selain itu, terdapat kumpulan pemikiran berkelompok tidak bersifat kritikal dalam membincangkan
sesuatu isu. Sikap terburu-buru membuat keputusan akibat pengaruh minoriti akan
mengambil keputusan akhir berhubung dengan fenomena komunikasi. Keadaan ini
akan memburukkan sesuatu kumpulan organisasi serta merugikan dalam banyak aspek
seperti produktiviti dan budaya mengurus.
Tekanan untuk patuh
menyebabkan fenomena pemikiran kelompok (groupthink).
Fenomena ini menyebabkan ahli akan bertindak untuk menyokong keputusan kumpulan
dan mengabaikan pandangan pakar yang bijaksana dalam membuat keputusan.
Keberkesanan dalam pengurusan kumpulan organisasi perlu menawarkan khidmat
sokongan, pakar selaras dengan pelan pembangunan supaya maklumbalas yang
positif bakal diperolehi serta menguntungkan organisasi.
Selain itu,
tanggungjawab individu dalam kumpulan yang masih kabur turut mengundang
keputusan akhir yang tidak telus dan tepat. Peranan individu yang bercanggah
akan menyebabkan konflik dan persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab
terhadap keputusan akhir. Justeru, peranan ketua atau pemimpin perlu bersifat
menyeluruh bagi memastikan sistem FAC
360 ° Feedback berbentuk ‘developmental’ perlakuan
individu dalam kumpulan menepati kehendak ‘Compentency-based human resourse management’ (Zainal Yang, 2002).
Menurut Janis,
Irving, 1972; dalam bukunya, ‘Victims of
groupthink : A psyhological study of foreign policy decisims and fiascoes’,
menjelaskan kepentingan ‘konsensus’ dalam membuat keputusan. Dalam membuat
keputusan bagi sesuatu kumpulan yakni pemikiran kelompok (groupthink). Keadaan ini merujuk kepada persetujuan bersama yang
dicapai dalam perbincangan tersebut. Halangan yang jelas berhubung dengan
situasi ini di mana pihak yang terbabit begitu yakin dengan keputusan yang
dicapai dan tidak bersedia dengan perancangan kontijensi yang lain. Kesan
daripada tindakan ini akan menjejaskan prestasi kumpulan dalam proses membuat
keputusan mereka. Justeru, banyak pihak yang gagal menyemal alternatif lain
dalam membuat keputusakan akan menghambat keberkesanan kumpulan organisasi
dalam konteks pemikiran kelompok (groupthink).
Oleh sebab yang
demikian, setiap kumpulan harus mendokong teori pemikiran kelompok ini (groupthink) dengan sebaik mungkin
supaya hasilnya dalam membuat keputusan kumpulan lebih efisien dan berjaya.
Dalam proses
membuat keputusan kumpulan melalui teori pemikiran kelompok (groupthink), sewajarnya pihak terbabit
memikirkan cara untuk meningkatkan
keberkesanan proses ini dalam kumpulan organisasi mereka. Antara lain, membina
semangat kekitaan (espirt de corps)
dalam memupuk kerjasama. Norma positif
dalam kumpulan mendorong setiap ahli berjaya dan sekaligus meningkatkan
kepuasan tindakan mereka. Di samping
itu, usaha memberi ruang kepada pengurus untuk melakukan perancangan strategik
melalui semangat kerja berpasukan akan mengurangkan masa menyelia setiap ahli.
Keadaan ini akan memberi banyak masa kepada pengurus melaksanakan pemikiran
strategik.
Meningkatkan
fleksibiliti organisasi membuat keputusan berkaitan masalah kerja akan memberi
ruang ruang fleksibel dan cepat untuk
bertindak kerana mereka mempunyai banyak maklumat serta mudah diperolehi dalam
konteks kumpulan mereka. Latar belakang dan penyelarasan yang berbeza dalam
kumpulan akan menyumbangkan banyak idea
yang inovatif dan boleh membawa kepada keputusan yang lebih baik. Keadaan ini
lahir daripada kepelbagaian tenaga kerja dalam kumpulan tersebut. Sistem 360 ยบ Feedback boleh menambahkan
prestasi dan mengarah kepada perubahan perilaku yang kreatif dan inovatif dalam
memajukan kumpulan organisasi mereka (Zainal
Yang, 2002).
Akhir sekali,
peningkatan prestasi atau pencapaian mampu mengurangkan pembaziran, rangsangan
idea untuk penambahbaikan serta meningkatkan output pekerja dalam kumpulan
organisasi mereka. Usaha ini memberi impak kejayaan kepada tahap pembangunan
kumpulan berdasarkan pemikiran kelompok (groupthink)
secara keseluruhannya.
Berdasarkan
pengalaman sebagai seorang pendidik (guru), tanggungjawab membantu pelajar
membuat keputusan dalam kumpulan adalah satu kebiasaan. Guru
berperanan menyediakan aktiviti
pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir[7]
serta menyediakan pelbagai rangsangan untuk mencabar pemikiran mereka dalam
membuat keputusan. Dalam proses membuat
keputusan, pelajar didedahkan dengan teknik membuat keputusan dengan
mempertimbangkan pilihan dan kesan akibatnya. Berikut adalah Carta Pengurusan
Grafik (PG) untuk membuat keputusan
yang boleh digunakan oleh pelajar:-
Sumber : Dipetik, http://mahirkbkk.tripod.com/masalah.htm
(i) Permulaan – Perkenalkan tajuk
bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilihdan
ransangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah
menggunakan bahan rangsangan yang
berkaitan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian.
(ii) Perkembangan – Perkenalkan
proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan.
(iii) Penutup – Merumuskan pilihan
terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.
Penutup
Sebagai kesimpulan,
dapatlah dikatakan bahawa proses pembangunan kumpulan dan teori pemikiran
kelompok (Groupthink) amat penting
dalam bidang komunikasi. Fenomena ledakan teknologi maklumat dan komunikasi di
negara ini banyak mempengaruhi cara
manusia berfikir serta membuat keputusan
dalam kehidupan mereka yang semakin mencabar serta bersifat global. Zulkiple
(2001) menegaskan bahawa perubahan dalam kehidupan manusia sama ada secara
evolusi atau revolusi turut memberi pelbagai pembaharuan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
Bibliografi:
: Penerbitan INTAN Wilayah Utara .
Cetakrapi Sdn. Bhd.
Hall Inc.
Decisions and
fiascoes. Boston
: Houghton Miffin Company.
& Kreatif
(KBKK). Petaling Jaya ,
Selangor : Longman.
INTAN Wilayah Utara .
Zainal Yang, 2002.
Isu-Isu Dalam Penilaian Penuh Bulatan
MaklumBalas
360ยบ Feedback Dan Amalan
Perkhidmatan Awam
Di Kanada . Mutiara ILMU
: INTAN Kampus Wilayah
Tengah Kuala
Lumpur.
Laman Web:
Group Think. http://www.cedu.niu.edu/~fulmer/groupthink.htm
What is
Groupthink. http://www.psysr.org/groupthink%20overview.htm
[1] Mempunyai cita rasa pelbagai.
[2] Sesiapa juga boleh menjadi ketua mengikut perubahan masa dan tugas.
[3] Persetujuan / permuafakatan untuk mencapai matlamat bersama.
[4] Sinergi berasal daripada perkataan Greek “Synergia” atau “Synergos”
yang bermaksud kerjasama. Lihat juga, Peter Corning
(Synergy and Self Organization in the
Evolution of Complex Systerus-www.Complexsystems.com)
[5] Lihat, Horgarth, 1980;
“Conceptualised the decision making process from a cognitive perspective,
particularly focussing on the mental operation involved at each stage of the
process.
[6] Lihat juga, Janis , Irving L ,1972;
“Occurs when a group makes faulty decisions
because group pressures lead to a deteriovation of “mental efficiency, reality testing, and moral
judgment” (p.9)
[7] Kemahiran berfikir secara kristis
dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
sangat mudah difahami tq
ReplyDelete