Teori
Behaviouris
Teori
Behaviouris dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks
dan ahli psikologinya pula ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike.Menurut golongan ini,
bahasa boleh dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh itu, dalam proses
pengajaran bahasa, perlulah memberi penekanan terhadap memberi latihan dan
pengulangan yang banyak. Menurut golongan ini juga, pengukuhan, pemerhatian,
sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah menjadi faktor utama dalam
pembelajaran bahasa.(Kamarudin bin Hj. Hussin, Pedagogi Bahasa, 1988:12)
Dalam
aspek pengajaran bahasa, aspek pengukuhan ini amat penting. Penggunaan
pengukuhan ini membolehkan ilmu yang diperolehi oleh murid mudah diingati dan
mengukuhkan kemahiran berbahasanya. Misalnya, aktiviti mengenalkan huruf harus
diberi dalam bentuk latihan supaya murid tersebut akan sentiasa mengingati
huruf tersebut.
Teori
ini juga menyatakan bahawa faktor persekitaran murid adalah penting untuk
merangsang proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan iatiu
termasuklah perlakuan guru, rakan sebaya dan suasana bilik darjah. Teori ini
berasaskan kepada teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran. Ini penting bagi mengekalkan tingkahlaku
pembelajaran murid yang diingini dan
mengurangkan tingkahlaku pembelajaran yang tidak diingini. Misalnya Cikgu
Zainab memanggil nama dan memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab
dengan betul.
Teori Mentalis
Teori
ini dipelopori oleh Chomsky. Teori ini menumpukan kepada penguasaan bahasa
dengan proses berfikir berbanding dengan perlakuan
kanak-kanak. Perkembangan bahasa
kanak-kanak pula mengikut tahap umur mereka. Oleh itu, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa bahan dan strategi yang digunakan perlulah mengikut
tahap perkembangan kanak-kanak supaya penguasaan bahasa dpat dicapai dengan
mudah. Teori ini mementingkan tulisan
dan bacaan dalam pembelajaran bahasa.
Selain itu, tatabahasa akan diajar secara formal
melalui kaedah deduktif. Menurut golongan ini juga, rumus-rumus fonologi
kanak-kanak tidak terbentuk melalui proses peniruan atau latih tubi, tetapi
melibatkan peranan alat pemerolehan bahasa yang sememangnya sudah sedia wujud
dalam minda sejak kanak-kanak itu dilahirkan ke dunia.
Teori Konstruktivisme
Menurut teori ini,pembelajaran bahasa
diperolehi oleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah sama ada dengan
rakan sebaya atau guru. Selain itu, teori ini juga menerangkan tentang perlunya
pengelibatan murid secara aktif dalam memahami dan memberi makan kepada
maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.
Penglibatan aktif murid dalam
aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu mempercepatkan kebolehan
membaca mereka. Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran beberapa
perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengaplikasikan teori ini iaitu;
i). Berikan peluang kepada murid mengemukakan pandangan tentang
sesuatu konsep.
ii). Berikan peluang kepada
murid berkongsi persepsi antara satu sama
lain.
iii). Pengajaran perlu berpusat
kepada murid.
iv). Berikan peluang murid
berinteraksi dengan guru dan juga rakan .
v). Galakkan murid bekerja dalam
kumpulan.
Berdasarkan
kepada ketiga-tiga teori tersebut, terdapat beberapa kebaikannya iaitu:
a). Teori behaviouris memberi penekanan
tentang pentingnya proses pengulangan
dan latihan secara latih-tubi. Kedua-dua proses ini membolehkan perkembangan
dan pengekalan penguasaan bahasa yang dipelajari oleh kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah
membuat pengulangan terhadap bacaan murid supaya kemahiran membaca mereka dapat dikuasai dengan
secepat mungkin. Latih-tubi juga perlu
dilakukan, misalnya menyebut bunyi sesuatu huruf dengan kerap sehinggalah murid
tersebut mengenal pasti bunyinya. Menurut Thorndike, perkaitan rangsangan dan
gerakbalas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Ini bermakna
seseorang murid akan menguasai kemahirannya jika latihan diadakan.
b). Selain
itu, penggunaan ganjaran dan peneguhan juga memberi manfaat kepada murid yang
menerimanya. Menurut Hukum Kesan yang dikemukakan oleh Thorndike, jika sesuatu
tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,
kebarangkalian tindakan tersebut akan meningkat atau sebaliknya. Oleh itu,
berdasarkan hukum tersebut,untuk mengekalkan sesuatu tingkahlaku yang baik,
perlulah seseorang murid diberi peneguhan atau ganjaran. Dalam proses
pembelajaran bahasa, ganjaran ini membolehkan atau mendorong seseorang murid
untuk bertutur. Ini dapat membantunya meningkatkan dan mempercepatkan
penguasaan kemahiran bacaan.
c). Di
samping itu, berdasarkan teori mentalis, pembelajaran bahasa, pengetahuan
seseorang murid itu sangat penting kerana pengetahuan tersebut memudahkan
pembelajaran bahasa. Oleh hal demikian, contoh dan perkataan yang digunakan
oleh guru dapat disediakan mengikut pengalaman sedia ada atau persekitaran
murid tersebut. Selain itu, penyediaan bahan atau perancangan strategi yang digunakan
juga dapat ditentukan berdasarkan tahap umur mereka.
d). Menurut
teori mentalis juga, kesalahan murid dalam sesuatu penguasaan bahasa bukanlah
merupakan kegagalan mereka semata-mata tetapi ia merupakan satu percubaan hipotesis.
Ini bermakna murid tersebut berpeluang memperbaiki kelemahannya, misalnya jika
seseorang murid itu tidak dapat membaca maka dia berpeluang untuk meningkatkan
kemahiran membacanya.
Berdasarkan
teori konstruktivisme pula, melalui penekanan kepada aktiviti dalam kumpulan
maka murid tersebut berpeluang untuk berinteraksi dengan
rakan sebayanya. Dia juga berpeluang
berkongsi idea atau pendapat. Ini akan membolehkan murid tersebut untuk
mengembangkan kebolehan berbahasanya dengan cepat dan dapat meningkatkan
keyakinannya untuk menguasai kemahiran membaca seperti murid yang lain.
e). Selain
itu, pendekatan teori konstruktivisme ini juga membolehkan seseorang murid itu
mengamalkan sikap hormat-menghormati.Ini kerana aktiviti yang dijalankan
berpusat kepada murid memberi peluang kepada mereka untuk memberi pendapat
masing-masing dan seterusnya membina keyakinan kepada murid yang lemah untuk
meningkatkan kemahiran mereka terutamanya dalam menguasai kemahiran membaca. Di
samping itu, seseorang murid yang lemah tersebut berpeluang belajar melalui
rakan sebayanya yang kemungkinan
memudahkannya menguasai kemahiran membaca tersebut.
No comments:
Post a Comment