Sistem pendidikan di Malaysia
berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti
oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan
kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Dalam
konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni
visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan
membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur,
prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Murid-murid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK).
”Creatiity is a matter of talent – there is nothing you can do about it
except get creative people” (de Bono, 1996)
|
Oleh yang demikian, peranan
guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya
dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan
kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya
warisan bangsa.
1.0 Mencorak
Dan Membuat Rekaan
Bidang mencorak dan membuat
rekaan adalah sebahagian daripada pengetahuan asas dalam subjek seni visual.
Bidang ini secara umumnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan yang berlainan. Manakala mencorak pula ialah proses menghasilkan
struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau
bebas. Dalam bidang seni visual, corak kerapkali meliputi aspek semulajadi
seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Dari segi bahan yang
dihasilkan, objek yang kerapkali dihasilkan adalah seperti kerusi, meja, rumah
dan sebagainya. Pada kebiasaannya, bahan-bahan yang dihasilkan berbentuk
geometri yakni seperti bulat, segi tiga dan segi empat.
Corak Teknik Resik
|
Corak Cetakan Tai
|
Corak Garisan Grid
|
Corak Teknik Cerminan
|
Corak Teknik Anyaman
|
Corak Teknik Pualaman
|
Corak Terancang
|
Corak Tidak Terancang
|
Rajah 1 : Penghasilan Corak
(Sumber : Modul HBAE2103 hal.5-7)
Berkenaan dengan jenis dan
susunan corak, terdapat corak-corak yang lazimya digunakan seperti
berselang-seli, batu bata, berusat, beralun, berpusat dan sebagainya. Dalam
menghasilkan corak bagi sesuatu karya ianya boleh dilakukan secara terancang
dan tidak terancang. Corak secara terancang meliputi corak seperti lukisan,
catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.
Manakala corak tidak terancang pula seperti titisan, renjisan, ikatan dan
celup, tiupan, pualaman, lipatan dan tarikan. Dalam menghasilkan sesuatu karya
seni lazimya pengkarya menggunakan gabungan kedua-dua corak ini supaya hasil
seni yang dihasilkan lebih menarik dan cantik.
Susunan Ulang Sekata
|
Susunan Bertimbal
|
Susunan Berselang Seli
|
Susunan Beralun
|
Susunan Batu Bata
|
Susunan Berpusat
|
Rajah 2 : Jenis Susunan Dalam Corak Dan Rekaan
(Sumber : Modul HBAE2103, hal. 7- 10)
Berkenaan
dengan tujuan membuat corak dan rekaan, selalunya guru akan mempertimbangkan
aspek perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya. Dari segi perlakuan, kriteria
pemilihan warna untuk tujuan tertentu amat penting supaya bentuk asas yang
dihasilkan memperlihatkan perbezaan yang jelas.
2.0 Kepentingan Mempelajari Corak
Dan Rekaan Dalam Membantu
Pembelajaran
Dan Perkembangan Kanak-kanak
Dalam bidang seni visual
kepentingan membuat corak dan rekaan adalah perkara yang sewajarnya berlaku.
Secara prinsipnya, kepentingan aspek ini adalah bersandarkan citarasa dan
keinginan seseorang pengkarya seni ingin melihat hasil seninya cantik dan
menarik. Sebagai seorang manusia biasa, kita suka akan sesuatu yang cantik,
menarik dan mengiburkan. Begitu jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan
bakal kita hasilkan. Mengikut Mohd. Zaihidee (2007) (dalam modul) kepentingan
membuat corak dan rekaan adalah bertujuan mencantikan bahagian atau permukaan
luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak sebagai elemen
hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada
tolok bandingnya dalam hasil karya seni.
3.1 Kepekaan
Pengamatan
Hasilan karya seni seseorang pengkarya
boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan kepekaan pengamatannya dalam
menghasilkan karya seni. Aspek ketelitian dan kepekaan yang tinggi bagi
seseorang pengkarya seni dapat ditonjolkan melalui pengamatan yang tinggi ke
atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Pengamatan
dari segi garisan yang merupakan cantuman satu siri titik yang boleh dalam
bentuk tebal, nipis, berbulu, putus-putus, bergeriggi dan sebagainya merupakan
unsur yang penting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui kaedah ini,
garisan yang dibuat bagi tujuan menulis, melakar, membuat jalinan gambar,
membuat rupa dan membentuk merupakan elemen penting dalam hasil karya.
Teknik-teknik koyakan, tamplan, kolaj, gosokan, cetakan dan capan yang
digunakan berupaya menghasilkan unsur seni yang menarik. Sebagai seorang guru
kita wajar menanam kepentingan aspek-aspek ini agar pelajar (kanak-kanak) dapat
mempelajari sesuatu yang bernilai berhubung dengan karya seni.
Dari segi warna, pemilihan
warna dalam kategori warna asas, sekunder dan tertier amat penting bagi
membentuk warna-warna yang sesuai. Melalui usaha ini, seseorang pengkarya seni
dapat mempraktikkan kepekaan pengamatan yang tinggi dalam karya mereka.
Berhubung dengan kesan jalinan
pada permukaan objek yang dihasilkan turut memperlihatkan kepekaan pengamatan
ke atas hasil seni. Dalam hal ini,
seseorang pengkarya seni wajar menampakkan jalinan tampak dan sentuh dengan
jelas supaya satah gambar yang dihasilkan bersifat dua dimensi dan maujud. Dari
segi rupa cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan
penghujung garisan dapat membentuk rupa jenis objek khusus seperti bulat, empat
segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan sebagainya. Terdapat
beberapa jenis rupa yang boleh terbentuk yakni seperti positif dan negatif,
rupa dan corak, rupa dan lambang serta rupa dan muka taip.
Pengamatan
dari segi bentuk pula bersandarkan kepada konsep isipadu. Konsep isipadu ini
sangat sinonim dengan rupa. Bentuk akan terasil sekiranya sifat hasil seni
tersebut digambarkan dalam bentuk ton, jalinan ruang sekaligus
menghasilkan bentuk ilusi (dua dimensi)
dan bentuk konkrit (tiga dimensi). Dan aspek yang terakhir pula ialah ruang.
Ruang juga tidak kurang pentingnya dalam kepekaan pengamatan dalam karya seni.
Ruang yang seimbang dan tersusun bakal menghasilkan karya seni yang baik.
Prinsip ruang yang dirancang dengan baik akan membentuk garisan, perspektif,
warna dan bentuk yang sesuai bagi sesuatu karya seni.
3.2 Kognitif
Kepentingan mempelajari corak
dan rekaan dari segi kognitif sememangnya perkara yang sangat penting. Pada
peringkat kanak-kanak tahap kognitif pelajar mudah diasuh dan senang meniru
serta akur dengan arahan. Melalui pendekatan teori-teori seperti Teori Gestalt
dan Teori Sosial-Interaksi Piaget berhubung dengan kognitif kanak-kanak
menunjukkan proses dalaman minda kanak-kanak mudah memahami sesuatu objek atau
material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka mempelajari sesuatu.
Dalam bidang seni visual, teori gestalt bukan sahaja meliht kepada produk atau
hasil kerja kanak-kanak tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses
penghasilan produk (hasil seni) itu sendiri.
Dalam seni visual, elemen ini
amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada
penghasilan hasil seni yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan
kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar
tidak mementingkan hasil kerja seni semata-mata. Penilaian kerja para pelajar
(kanak-kanak) juga harus dimasukkan
elemen proses dan bukannya hanya menilai hasil karya yang sudah siap sahaja.
Dalam konteks pengajaran, guru harus lah sedar bahawa setiap rangsangan yang
diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para
pelajar.
Proses perkembangan kognitif
kanak-kanak sememangnya bekembang. Sebagai seorang guru, saya sangat akur dan
setuju dengan Teori Sosial-Interaksi Piaget yang mengkategorikan perkembangan
kognitif kanak-kanak kepada peringkat-peringkat seperti Peringkat Deria-Pergerakan,
Peringkat Pra-Olahan, Peringkat Pengolahan Konkrit dan Peringkat Pengolahan
Formal.
Berkenaan dengan pendekatan
konstruktivis dalam pengajaran, guru berupaya memahamkan para pelajarnya dalam
menguasai kemahiran mencorak dan rekaan dengan menekankan perbezaan iaitu
melatih para pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang
diterima oleh mereka. Kedua, kanak-kanak sewajarnya berupaya menstrukturkan
maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami. Ketiga, guru-guru sebolehnya
menyampaian pengajaran mereka secara tertib di samping disokong material
pengajaran yang sesuai. Seterusnya, sifat dan bentuk ganjaran atau hukuman yang
akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu bakal
mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif.
3.3
Kreativiti
Menurut Ensiklopedia
Malaysiana (1996) ‘kreativiti’ membawa
maksud kemampuan mencipta atau
menghasilkan sesuatu. Dalam kes
ini, kreativiti kanak-kanak akan dilihat dari segi menghasilkan hasil seni
mereka. Kebolehan murid-murid
menggembangkan kemahiran mencipta, menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan
idea yang baru dan asli amat digalakkan. (Kamus Dewan, Edisi 3, 2000) Bagi
Mclnerney & Mclnerney (1994) melihat aspek kreativiti berkaitan
dengan personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan juga
penekanan kepada hasil usaha mereka sebagai kriteria kreativiti. Dalam konteks kemahiran seni mencorak dan
mereka, keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru
kepada bentuk organisasi baru bakal
memberi nafas baru kepada idea-idea mereka yang bersifat kreatif.
Kreativiti merupakan suatu
konsep yang bersifat multi dimensi dan
inter disiplin bagi semua bidang yang berkaitan dengan ilmu. Perkembangan
bidang kreativiti di kalangan manusia [pelajar] kian menyerlah dewasa kini
hasil penemuan dan penyelidikan yang berterusan
oleh pakar yang terlibat. Dalam
konteks seseorang individu seperti pelajar di sekolah rendah, kreativiti dalam
membuat corak dan rekaan disifatkan sebagai organisasi memahami, mengetahui dan
mampu mengaplikasikan daya kreativiti bagi menghasilkan sesuatu kerja projek.
Menurut Mohd. Azhar (2003) literasi kreatif menekankan kefahaman individu
terhadap persoalan ’know-what’ ;
’know-why’ ; dan ’know-how’ dalam
konteks pengetahuan dan pengaplikasiannya. Atau paling tidak, pada tahap
sederhana individu mengetahui dan faham akan konsep kreativiti serta tahu
bagaimana untuk berkreativiti dalam pelbagai keadaan dan suasana. Di samping
itu, Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling
sesuai untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam
konteks prasekolah. Dengan perkataan lain, usia awal kana-kanak sangat mudah
menerima pelbagai bentuk pembelajaran yang berkaitan dengan mereka.
Mempelajari corak dan rekaan
adalah salah satu cabang Pendidikan Seni Visual (PSV) yang berkaitan aktiviti-aktiviti perkembangan imaginasi, kreativiti dan
ekspresi diri. Kegiatan ini
merangkumi penerokaan kesan seni dalam kehidupan dengan alat-alat yang sesuai. Kegiatan ini
berkait rapat dengan kemahiran mereka cipta hasil karya seni. Fokus kegiatan
seni mereka akan memperkembangkan
persepsi visual murid dan kesedaran terhadap unsur-unsur seni seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya.
4.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dapatlah
dikatakan bahawa aspek-aspek seperti kepekaan pengamatan, kognitif dan
kreativiti sememangnya penting bagi
menjayakan proses membantu pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak (pelajar)
di sekolah. Namun begitu, peranan guru dan pihak sekolah lainnya turut
sama penting dalam proses membantu
pembelajaran pelajar.
bagilah komen sekiranya sudah merujuk..
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete