Kurikulum pada
dasarnya berasal daripada perkataan curere
yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain
itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat
didefinisikan sebagai skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran
(kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi
Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua
ialah semua mata pelajaran yang diajar
di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi
tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk
mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu
kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan
sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990).
Terdapat pelbagai
definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji.
Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj.
Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang
bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan
kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi
mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik.
Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk
kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum
berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum
yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit
dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia
2009).
Oleh yang demikian, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
dibangunkan berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama
penetapan standard dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah untuk ekuiti
dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid
untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan prasekolah. Kualiti pula
membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu
ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah
merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk
objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard
kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).
Dengan ini, kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan (Kurikulum PERMATA Negara) dijadikan Kurikulum Kebangsaan. Skop yang
terkandung di dalam Kurikulum PERMATA adalah meliputi 6 bidang pembelajaran dan
mengandungi aspek pengasuhan yang lengkap iaitu perkembangan sosio-emosi,
sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan
pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia
persekitaran, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, perkembangan
estetika dan daya kreatif serta aspek pengasuhan yang meliputi aspek-aspek
keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanak-kanak dan amalan
pengasuhan.
Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua
jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri
daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam
keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini
juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2009).
Salam... saya nak tanya apa maksud adalah untuk tujuan "ekuiti" dan kualiti & "tujuan ekuiti" bagi tujuan standard penetapan prasekolah.
ReplyDeleteEkuiti disini memberi erti apa ? Maaf menyusahkan.
please masukkan sumber rujukan next time
ReplyDelete