Iban
Sarawak
Pandung : Gawai Mankung Tiang |
Orang Iban merupakan
kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak. Menurut perangkaan pada
pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang
daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. Kebanyakan Orang Iban
yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu,
Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong. Sebenarnya nama
Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya mengelirukan dan tidak
sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan tanah tinggi yang jauh
di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya pada pertanian.
Betasak |
Buat beberapa lama istilah
Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat Barat sebagai istilah
yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana kebetulan pada
awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui
laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan Bajau. Sebenarnya
bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan digunakan untuk
merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini
Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban
sahaja.
Orang Iban tergolong dalam
kelompok Proto-Malay (Melayu-Proto) dan menurut sejarah mereka berasal dari
Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak
kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun
ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami
Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak (Stephanie
Morgan, 1968: 61).
Berayah Nengah Rumah |
Macha Telesit Babi |
Apabila James Brooke mula
datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban kebanyakannya tinggal di
Bahagian Kedua. Namun demikian pada penghujung abad ke-19 mereka terdapat
di seluruh negeri Sarawak. Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah
kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal
sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri
ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.
Orang Iban merupakan
kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada
suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi,
kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama (C.A. Bamfylde: 1 898: 7-8).
Oleh itu, Menurut Erik Jensen (1962: 5-6) dalam satu perjumpaan di antara
tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban dari kawasan Batang
Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di Simanggang (Sri
Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat, kebudayaan dan ritual
Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak perkara berkenaan dengan
adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini mereka mereka
dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu sereta
berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. Suku dayak yang paling hampir
menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam
ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.
Bagi orang Iban yang pagan
pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme
hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk adat resam dan kepercayaan mereka
dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu. Oleh itu, selain daripada mempunyai
tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya ada tuai burong, lemambang dan
manang. Tuai burung ialah orang yang yang bertanggungjawab menilik dan meramal
mimpi, mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain
yang berkaitan dengan aktiviti harian. Namun demikian, generasi Iban kini
mungkin sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak
mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-sekala pada hari gawai sahaja.
Pada zaman dahulu Lemambang
pula adalah individu yang penting kerana bertanggungjawab menjampi dan membaca
mentera ketika upacara tertentu seperti gawai umai, gawai batu dan gawai sakit.
Manakala manang pula adalah dukun atau bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang
sakit. Dari segi ekonomi, pada masa dahulu orang Iban bergantung
sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan menanam padi bukit besar-besaran
secara pertanian pindah. Seperti masyarakat Iain di Malaysia, kini orang Iban
juga telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan daripada segi sosial,
ekonomi dan politik sejajar dengan pembangunan negara. Pertanian pindah tidak
lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-nilai, norma-norma dan kebudayaan serta
adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah tidak diamalkan lagi.
Pandung |
Bebiau |
Orang Iban mempunyai
berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak
turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan masyarakat
Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi. Sastera lisan
yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat resam dan
kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula adalah
merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan legenda
orang Iban.
ada x mklumat mngenai Industri Muzik Iban....sy tgh mncari mklumat bkaitan dgn muzik Iban untuk siapkan Thesis...
ReplyDeleteNama kabuah mayuh tubang ba ranyai mangkong tiang nyak? Nama utai dalam tubang nyak?
ReplyDeleteNama kabuah mayuh tubang ba ranyai mangkong tiang nyak? Nama utai dalam tubang nyak?
ReplyDeleteNama kabuah mayuh tubang ba ranyai mangkong tiang nyak? Nama utai dalam tubang nyak?
ReplyDelete