Translate

Thursday 17 January 2013

Demokrasi dan pilihan raya


Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia berasaskan sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya dan bertanggungjawab kepada rakyat. Proses pilihan raya di Negara ini merupakan entity yang penting bagi sebuah kerajaan demokrasi berparlimen. Melalui pilihan raya, rakyat akan diberi mandate untuk memilih wakil-wakil rakyat untuk memerintah, sama ada di peringkat kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Menurut Raminah Hj Sabran et.al (2010), penglibatan rakyat dalam pilihan raya amat penting untuk menentukan bentuk kerajaan yang bakal memerintah. Rakyat berhak menyuarakan kehendak mereka melalui wakil-wakil yang dipilih menerusi pilihan raya.

Jalur Gemilang

Di Malaysia, pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali berasaskan kelebihan suara mudah (simple majority) dengan calon yang diisytiharkan menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak dalam kalangan calon-calon yang bertanding, walaupun hanya dengan kelebihan satu undi sahaja. Dalam menentukan kelancaran pilihan raya, terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi dan calon yang bertanding.

Proses pilihan raya yang biasanya mencakupi aspek penamaan calon dan berkempen di mana menetapkan seseorang calon mesti warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, bermastautin, berdaftar dalam daftar pengundi dengan SPR, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabit kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan (Raminah HJ Sabran et. Al, 2010).

Tuntasnya, dalam pilihan raya yang diadakan bakal diadakan menjadikan calon yang menang akan menjadi wakil rakyat bagi kawasannya dan mendominasi parti politik yang diwakilinya. Parti politik yang menang akan membentuk kerajaan sekaligus mentadbir negara dalam masa lima tahun sehingga pilihan raya baru diadakan. Kepentingan mengadakan pilihan raya di negara ini sejajar dengan semua warganegara melibatkan diri dalam system pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara juga harus bertanggungjawab tentang perkembangan politik semasa di samping melibatkan diri secara aktif dalam memilih pemimpin negara sekaligus menentukan bentuk kerajaan.

No comments:

Post a Comment