Translate

Tuesday 15 January 2013

Kepentingan Bahasa



Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahasa mempunyai perkaitan yang erat dengan budaya. Oleh yang demikian, bahasa mempunyai hubungan yang signifikan dengan sesuatu masyarakat. Bahasa adalah sistem lambang bunyi bahasa yang arbitrer yang digunakan masyarakat untuk bekerja sama, berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri. Dalam kajian yang berkaitan dengan bahasa terdapat banyak aspek yang perlu diambil penekanan terutama yang berkaitan dengan fonologi, morfologi sintaksis, semantik, leksikografi dan tidak ketinggalan ialah bidang sosiolinguistik (Abdullah Hassan, 1976).
Dalam tugasan ini, kupasan akan menjurus kepada bidang sosiolinguistik. Bidang sosiolinguistik mempunyai pengertian yang berkaitan bahasa dan masyarakat. Justeru, perkataan sosio adalah merujuk kepada masyarakat, dan linguistik adalah kajian berkaitan dengan bahasa. Jadi sosiolinguistik adalah kajian tentang bahasa yang dikaitkam dengan kondisi kemasyarakatan [dipelajari oleh ilmu-ilmu sosial khususnya sosiologi]. Terdapat ramai pakar yang turut menjelaskan pengertian sosiolinguistik. Pada awal abad ke-20, De Saussure (1916) telah menyebutkan bahwa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain, seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya.
Charles Morris, dalam bukunya Sign, Language, and Behaviour (1946) turut menyatakan bahasa sebagai sistem lambang. Ada tiga macam kajian bahasa berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan, iaitu; (1) Semantik, jika perhatian difokuskan pada hubungan antara lambang dengan maknanya; (2) Sintaktik, jika focus perhatian diarahkan pada hubungan lambang; dan (3) Pragmatik, fokus perhatian diarahkan pada hubungan antara lambang dengan para penuturnya. Daripada definisi-definisi di atas maka dapat disimpulkan bahawa Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik yang bersifat interdisiplin dengan ilmu sosiologi di mana berkaitan dengan bahasa dengan faktor-faktor sosial di dalam suatu masyarakat yang bersifat kompleks.
Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita. Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri, dan bagaimana kita membaca atau mempersepsi dunia dan penutur lain di sekeliling kita. Inilah yang dikatakan konsep diri kita. Apabila kita melihat diri kita sebagai seorang terpelajar, maka dengan sendirinya kita mengawal bahasa yang kita gunakan bagi mencerminkan citra diri kita. Apabila kita kurang memahami iklim komunikasi di sekeliling kita, maka kita tidak akan memberi pengiktirafan kepada faktor-faktor di sekeliling kita tersebut (Abdullah Hassan, 2007). Fenomena ini jelas menunjukkan hubungan bahasa yang dipertuturkan dengan masyarakat di sekeliling kita.
Bagi mengesan fenomena berbahasa yang melibatkan komuniti di sekeliling kita maka tugasan ini berusaha untuk mengkaji perkembangan secara tinjauan (survey). Penggunaan bahasa oleh masyarakat mencerminkan corak dan bentuk hubungan yang bersifat kompleks. Justeru itu, lahir banyak jenis bentuk bahasa yang terdapat di dalam bahasa Melayu. Bentuk-bentuk bahasa yang lazimnya dipertuturkan oleh kumpulan etnik (kaum) yang berbeza-beza membentuk penggunaan kata-kata seperti yang bersifat taboo, pidgin, kreol, kolokial dan rojak.
Maklumat lanjut.................

2 comments: