Translate

Tuesday 15 January 2013

Pengukuhan Bahasa Iban


Pengukuhan Bahasa Iban
Bahasa Iban mempunyai aglutinatif, bermakna ianya berasaskan daripada kata imbuhan kepada kata akar. Perkembangan bahasa Iban berpegang kepada sifat penerimaan dan kelenturan morfologi. Bahasa Iban mempunyai aspek pengayaan leksikon dan kelainan berbanding bahasa lain. Menurut Chemaline, et al, (2011) perkembangan bahasa Iban berlaku  berikutan daripada kemajuan gaya hidup serta disokong elemen-elemen lain dalam kata akar, imbuhan awalan, penambahan, dan elemen-elemen lain yang terdapat dalam morfologi bahasa Iban.
         Bahasa Iban mempunyai sepuluh huruf vocal /a/, /a’/, /e/, /e’/, /i/, /i’/, /o/, /o’/ dan /u/, /u’/.  Satu perkara yang membezakan bahasa Iban dari segi sebutan ialah fitur fonetik huruf vokal yang memiliki glotis. Ini bermakna, huruf vokal dalam bahasa Iban disebut sekaligus dan vocal yang disebut bersekat glottis. Huruf vocal yang bersekat glotis hanya terdapat pada hujung perkataan sahaja. Sebagai contoh, /a/ dalam perkataan /naga/ berbunyi terbuka tetapi /a’/ dalam perkataan /naga’/ berbunyai glotis. Fitur  vokal dan glotis dalam bahasa Iban menjadikan kelebihan unik dalam bahasa Iban di mana memilik acuannya tersendiri. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti penulisan ianya tidak ditulis. Perkataan yang berakhir huruf vocal berbunyi glotis hanya nyata dalam lisan sahaja. Oleh yang demikian, bahasa Iban mempunyai jati diri yang praktikal dalam menyampaikan maksud tertentu supaya dapat meliputi sesebuah konsep itu dengan menyeluruh (Chemaline, 2011).

Dari segi linguistik, bahasa Iban mempunyai enam huruf vokal a, e (pepet), e (taling), i, o dan u. Jadual 1 menunjukkan huruf-huruf vocal dalam bahasa Iban.

Huruf
Simbol
Hadapan
Tengah
Belakang
a
a
api
tali
jaga
e pepet
e
empai
sepan
-
e taling
e
-
-
chire
i
i
iru
dinga
mali
o
o
oksigen
koma
chunto
u
u
ubi
buka
biru
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia : PPK (2000)

Bagi huruf-huruf konsonan, bahasa Iban memiliki dua puluh satu kesemuanya. Huruf-huruf konsonan /b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z/.  Sebilangan  perkataan yang tumbuh menggunakan huruf konsonan, misalnya /ch/, /ng/ dan /ny/. Contoh konsonan sebegini dalam perkataan adalah seperti /ch/ dengan perkataan /charik/ (koyak); /ng/ dengan perkataan /ngaum/ (menyokong); /ny/ dengan perkataan /nyabak/ (menangis). Terdapat dua cara menekankan bunyi perkataan dalam bahasa Iban, iaitu tekanan premier dan tekanan skunder. Contoh, dalam penggunaan tekanan premier /ch/ dalam perkataan /charik/ (koyak) dan penggunaan tekanan skunder dalam perkataan /pechah/ (pecah). Bermakna, bunyi sebutan yang bersifat lembut /eh/ wujud di tengah-tengah perkatan bahasa Iban. Tuntasnya, cara sebutan yang bersifat lembut melambangkan intonasi bahasa Iban yang baik dan beradab. Sebutan yang betul memperlihatkan ketinggian standard dalam bahasa Iban yang digunakan sehari-hari. Jadual 2 juga turut memperlihatkan huruf-huruf konsonan di dalam bahasa Iban.

Huruf
Simbol
Hadapan
Tengah
Belakang
b
b
batu
sabut
bab
c
ch
chabut
bacha
-
d
d
dapur
puda
abad
f
f
fosil
sulfur
tarif
g
g
gerah
agi
beg
h
h
hari
sehari
rumah
j
j
jari
gaji
kolej
k
k
kami
aku
pandak
l
l
lima
malam
tikal
m
m
minta
amat
kasam
n
n
nadai
tanah
ikan
p
p
nadi
apai
asap
q
q
Quran
-
-
r
r
raban
kara
achar
s
s
sukat
asuh
panas
t
t
tiga
ketup
sekut
v
v
vitamin
universiti
-
w
w
wai
lawa
-
x
x
xeroks
-
-
y
y
yu
ayuk
x-ray
z
z
zoo
plaza
kuiz
ng
ng
ngajat
angin
pisang
ny
ny
nyamuk
anyut
-
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia : PPK (2000)

Menurut Profesor Dato’ Asmah Haji Omar (1995) dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh beliau dalam forum “Pandangan Terhadap Sistem Ejaan Bahasa Iban Yang Disediakan oleh Dayak Cultural Foundation: Atur Sepil Jaku Iban” mendapati perkaitan atau hubungan yang mendalam dengan bahasa Melayu. Usaha ini dijadikan platform dalam menggubal ssstem ejaan yang mantap bagi bahasa Iban yang standard dan baik. Dalam ketetapan yang telah diambil, pemilihan prinsip lingustik, ketulenan, kesederhanaan, fleksibel, dan praktikal diambil kira dalam memurnikan aspek ejaan dan tatabahasa bahasa Iban yang standard.

            Dewasa kini, bahasa Iban yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah di negara ini adalah selaras denga  Akta Pendidikan 1996. Kurikulum bahasa Iban di sekolah rendah mempunyai kesenambungan dengan sekolah menengah. Kurikulum bahasa Iban turut menekankan aspek kemahiran pelajar menguasai bahasa Iban selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

            Bahasa Iban yang dimartabatkan sebagai mata pelajaran opsyen di sekolah menyahut cabaran agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Aspek-aspek yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa, mendengar, lisan, membaca dan menulis merupakan intipati organisasi kurikulum bahasa Iban. Dengan ini juga selaras dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah sekarang. Pengisian kurikulum bahasa Iban mempunyai kepelbagaian aspek bahasa yakni sistem bahasa, tatabahasa, morfologi, sintaksis, pengayaan istilah, ejaan, sebutan dan intonasi, peribahasa dan kata ganda. Kesemua aspek ini turut mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu yang diajar di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

No comments:

Post a Comment