Translate

Thursday, 17 January 2013

Konsep Raja Berpelembagaan


Malaysia  adalah antara puluhan negara yang mengamalkan konsep feudalisme yang lahirnya daripada sifatnya sebagai Negara Persekutuan (federation). Sejak negara merdeka tahun 1957, konsep federalisme yang mendokong idea penggabungan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah mencetuskan idealisme kewujudan Kerajaan Pusat (central government) dan Kerajaan Negeri (state government). Namun, perpisahan Singapura pada 1965 dan penarikan Negara Brunei Darul Salam dalam Persekutuan Malayia pada 16 September 1963 bukan menjadi pokok perbincangan dalam tugasan ini, khususnya bagi membincangkan aspek Doktrin Pengasingan Kuasa di negara ini.

Perkara yang menjadi keunikan Malaysia adalah lahirnya sebuah negara persekutuan. ‘Persekutuan’, bermaksud persatuan yang mempunyai sebuah kerajaan pusat (central government) serta beberapa buah kerajaan negeri. Hal ini bermakna persekutuan mengamalkan konsep federalisme yang unggul berkaitan dengan penyelesaian konflik di dalam negara. Menurut Azmah Abdul Manaf (1994), sesebuah negara persekutuan seperti Malaysia mempunyai hak dan kuasa yang diagihkan kepada kerajaan tempatan (negeri) manakala sebahagian lagi diagihkan kepada institusi Persekutuan.

Selain itu, K. Ramanathan (1988), juga mentakrifkan konsep federalisme yang akhirnya melahirkan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia sebagai ‘Suatu bentuk pemerintah di mana terdapat sebuah kerajaan pusat yang mewakili wilayah-wilayah yang lain. Ia bertindak mewakili wilayah-wilayah tersebut dalam hal ehwal luar negeri. Tetapi, negeri-negeri atau wilayah-wilayah yang lain mempunyai dartjah yang sama dan bebas. Dengan adanya kuasa politik ini, ia membolehkan semua wilayah ini berkongsi dalam membuat keputusan’

Menurut beliau lagi, dalam bukunya Konsep Asas Politik telah menggariskan beberapa ciri politik federalisme (persekutuan) yang seharusnya ada bagi sesebuah negara federal seperti Malaysia.
(i)                 Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan wilayah-wilayah lain.
(ii)               Pemisahan kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dari segi institusi politik seperti badan perundangan (legislative), kehakiman (judiciary), dan eksekutif (executive).
(iii)             Mempunyai perlembagaan (undang-undang) bertulis yang dipersetujui bersama.
(iv)             Mempunyai perlembagaan yang jelas.
(v)               Mempunyai badan kehakiman yang bebas untuk menjamin keadilan.

Jelas, ciri-ciri di atas  memperlihatkan  satu perkongsian kuasa yang ideal dalam sesebuah Negara Persekutuan seperti Malaysia. Tanpa ciri-ciri di atas, kewujudan sesebuah negara yang mengamalkan konsep federalisme  mungkin dapat dipersoalkan (Azmah Abdul Manaf, 1994).

Selaras dengan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan merdeka juga, sudah tentu ianya mempunyai ciri-ciri politik yang kuat dan jitu.  Menurut Raminah Hj Sabran et. al (2010), Malaysia mempunyai sempadan politik yang jelas, penduduk,  sistem kerajaan telah menjadikan negara ini Negara Persekutuan yang unik. Sistem kerajaan demokrasi berparlimen telah membentuk Perlembagaan Persekutuan yang mantap. Keadaan ini sekaligus telah mencorakkan Malaysia sebagai negara demokrasi yang unggul dan ternama di dunia kini. Selanjutnya, aspek yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah berkisar akan sistem pemerintahan yang berasaskan demokrasi berparlimen di menjadi platform utama kerajaan Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment